Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, January 9, 2011

Karipap Daging Mama+Mak = Mr.Mama


Assalamualaikum semua.....

Hari nir macam biasa mr.mama p ukur kawasan apartment mr.mama.......jogging la apa lagi, sambil2 mengeluarkan peluh tu mr.mama dok pikir apa nak buat untuk n3 hari nie. Dengan tiba2 ja terlintas karipap dalam kepala otak mr.mama. Lama juga mr.mama tak buat karipap, ketagih pulak rasanya. Al kisah resepi nie dari my MOM...tapi dah ada adjust skit2 combine dengan resepi my MIL, dulu masa dok kt semenanjung kalau nak order ja tapi sekarang dah jadi perantauan ni dah tak dak maknanya order2 nie...jauh la katakan. Bila dah teringin sampai ketaq2 kepala lutut tu apa lagi kena la usaha buat sendiri...hallo p...hallo mai habih 2...3 keping kad topup rm10 gak la dalam proses menimba ilmu karipap tu. Dah cuba punya cuba akhirnya dapat la merasa walaupun tak sama la macam 'SIFU' buat.....nanti lawan tokey pulak. Sekarang ni alhamdulillah la mr.mama dah dapat tali pinggang hitam dalam membuat karipap nie.....permintaan pun banyak la jugak. Kalau kt opis wife mr.mama tu  ada jamuan ja mesti ada la order yang sampai kat telinga mr.mama.


Last year pun time balik raya kat semenanjung, kena pulak gaya adik ipar mr.mama bertunang...hai dekat2 200 biji juga diorang order. Semua kata ish...ishh....ish..... sedapnye....sedapnyeee.... . Kembang mr.mama hari tu, nak pakai seluar pun semua jadi ketat belaka....Hahahahaha....... . Anak mr.mama yang umuq baru 2 tahun pun kalau makan aiii....mau 3...4 biji jugak la... . Bab karipap nie bagi mr.mama, kita kena lebih titik beratkan tentang inti coz inti itu la akan mempengaruhi rasa sebijik karipap tu......bab kulit tu mudah ja, kalau nak kulit ranggup lebihkan planta/majerin ngan minyak. Ok macam biasa dari mr.mama Selamat Menjamu Mata n Mencuba....

INTI KARIPAP 
Bahan-bahannya :
  • 300 gram daging (dipotong dadu/kecil2) - basuh dan toskan 
  • 2 sudu besar lada hitam      - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar jintan putih     - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar jintan manis    - ditumbuk halus
  • 1 kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 3 biji bawang besar (dipotong dadu/kecil2)
  • 3 biji cabai hidup (dipotong dadu/kecil2) 
  • Daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 liter air (ikut pd kelembutan daging)

  • ** lada hitam, jintan putih dan jintan manis harus direndam bersama dalam air panas selama 5 minit sebelum ditumbuk.


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan lada hitam, jintan manis dan jintan putih yang ditumbuk. (jangan terlalu lama nanti hangit)
  3. Masukkan daging dan kacau sebati, biarkan selama 5 minit kemudian masukkan air.
  4. Setelah daging separuh masak, masukkan bawang besar, ubi kentang dan gula. Masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.
  5. Masukkan garam dan masak hingga separuh kering.
  6. Perlahankan api kemudian masukkan cabai, daun bawang, daun sup dan masak sehingga kering.

    KULIT KARIPAP
    Bahan-bahannya :
    • 600 gram tepung gamdum
    • 2 sudu besar planta/majerin
    • 3 sudu besar minyak masak
    • Sedikit air garam
    • Air secukupnya - mr.mama guna air sejuk dari peti sejuk
    Cara-cara :
    1. Gaulkan tepung bersama planta/majerin dengan minyak masak sehingga sekata.
    2. Masukkan air garam, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi sebati dan lembut.
    3. Perapkan doh lebih kurang 20 minit sebelum memulakan proses pembuatan karipap.

    • ** Pesanan mr.mama : semasa hendak menggoreng karipap, api dapur hendaklah sederhana sahaja supaya kulit karipap menjadi licin macam pakai fair n lovely tak la jadi menggerutu. 
    • **adunan kat atas tu dapat la lebih kurang 70 biji....



          3 comments:

          1. sedapnya karipap..lama dah tak buat...nak tapau 10 biji boleh..he..he...

            ReplyDelete
          2. wah montok2 la karipap ni...terliur la pulak cheq tgk ni mr mana...bai mai kat cheq 10 ketoi juga sama mcm mas order tu...hehehe

            ReplyDelete
          3. mas & Nieza : mr.mama boleh hantar guna pos laju, cuma takug x smpai coz en.posmen dh makan dulu...he3x.....

            ReplyDelete

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...