Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, January 12, 2011

Bun Lembut Osaka


Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Assalamualaikum semua........

Nak cerita bagi nie, mr.mama punya la hangin dah sampai nak hangit semalam....intenet  buat hal. Cuma boleh nengok blog ja, time nak post asyik2 disconet.....post ja disconet...disconet ja post..... . Tergendala n3 mr.mama semalam, terpaksa lah bawa untuk hari nie. Resepi nie mr.mama cnp dari blog http://www.jintanmanis.com . Minta izin cnp ya tuan empunya resepi.....kalau hendak lebih detail lagi klik kat sini.... . Sedap cakap sama lu.....ahaksss.. .


Selamat la sikit duit mr.mama asyik dok pi beli kt bakery shop saja, coz hero mr.mama nie hanya makan roti, biskut ngan kek......NASI ???. tak maunya dia, puas memujuk jawapan dia tetap 'amau...amau...amauuu....'. Bila di tanya nak apa?... nak oti(roti la tu)...nak kut(biskut la tu)....kek ja yang betul sebutan tu...He3x.. Apa2 pun Selamat Menjamu Mata.....



Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
* Untuk gliss*
  • Baki telur + 2 sudu besar susu
  • Resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.


7 comments:

  1. salam sejahtera
    hi mr mama ! salam perkenalan ..dari kk juga ye?
    jemput singgah kat blog saya hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Mr Mama,
    Cantik gebulah roti tu...rajinnya meroti....

    ReplyDelete
  3. wahh dah terror wat roti.. tahniah :)

    ReplyDelete
  4. izazi : akan mr.mama susuli

    saya_arief : nak ka???...

    yatie : budak baru nak belajar....he3x....

    k.nor : tima kaseh...tima kaseh....

    ReplyDelete
  5. tahniah mr mama, cantik dan gebu roti tu....

    ReplyDelete
  6. mas : tima kaseh, baru nk berjinak2...hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...