Kek ni mr.mama dah penah buat kat sini, buat lagi sebab anak mr.mama suka kek ni.....cuma kali ni mr.mama ada ubah sikit bahan2nya. Anak2 lah lagi feberet kiranya cam fanatik gilerrr la diorang nie. Kalau tak dapat rasanya boleh gaduh oooo.... . Design coklat tu mr.mama main pusing2 ja...kakakakka.... . Mr.mama ngan wife buat hari sabtu lepas, hari ni tinggal gambar ja la yang real already finish maaaa... . Mr.mama cuba guna pisang berangan, rasanya bagi mr.mama memang sedaplah dari guna pisang emas..... . Lemak dan manis dia memang rasa lain la.. . Boleh buat lagi nie nanti.
Cuba la kalau yang belum penah lagi...TAK RUGI tau...... . Selamat Menjamu Mata....
sumber copy : izahdaut
Bahan-bahan
- 200g pisang berangan - dilecek
- 180g tepung kek
- 150g gula halus
- 3 biji telur ayam
- 120ml minyak masak
- 1 sudu teh ovelate
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- Secubit garam
- 2 sudu besar susu cair
- 1/2 sudu teh esen pisang
- 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
- Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
- Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
- Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
- Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
Pisang dah ada. Nak cuba juga.
ReplyDelete