Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, March 11, 2011

Kerapu 3 Rasa


Assalamualaikum......


Dari semalam mr.mama dah plan nak pertaruhkan ikan kerapu dalam esbok untuk masak hari nie. Bw punya bw mr.mama termasuk 1 blog baru, macamana mr.mama bleh terlepas pandang blog http://www.kakinakl.com/ ni. Jadi mr.mama ambik berkat kat blog Kak Ina ni laa.... . Kena gaya pulak resepi Siakap 3 Rasa ada la pulak....cantikkkkkk. Mr.mama ada sikit menderhaka coz mr.mama tukar ikan guna ikan kerapu. Asal usul resepi ni dari Chef Idola mr.mama sapa lagi kalau bukan Chef Hanieliza, pas tu melompat kat blog Kak Ummi baru la sampai kat blog Kak Ina. Mr.mama pulak tambah kilometer sampai sabah pulak...kakakakka... . Minta izin semuanya mr.mama kopi n pes terutama kat Chef Hanieliza.. . Mmmmm....resepi yang sedap sangat, mr.mama bagi A+++++++..... . Mai tengok mai jadi ka mr.mama buat... . Selamat Menjamu Mata.



Sumber : Kak Liza (dari buku 'Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza')
Sumber : Kak Ummi 
Copy : Kak Ina @ http://www.kakinakl.com

Bahan : 
  • 1 ekor ikan siakap - mr.mama guna ikan kerapu
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (tak letak) - mr.mama x letak
  • 1/3 biji capsicum hijau - mr.mama x letak
  • 1 biji tomato - didadu kasar) 
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang - mr.mama x letak
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris) - mr.mama x letak
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
  • akak tambah-1 batang daun ketumbar (potong kasar) - mr.mama x letak
  • 1 batang saderi - mr.mama x letak
  • 1/2 batang lobak merah-nak habiskan stok
  • 1 biji bawang merah-potong bulat


Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung) - mr.mama ikut jugak
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.


1 comment:

  1. perrhhhh..sedappnya ikan tu...
    rasa macam nk cari nasi jer....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...