Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, March 14, 2011

Ayam Masak Rose


Assalamualaikum.......

Ini lah dia pasangan regu dengan 'Nasi Tomato' dari n3 sebelum ni. Sesi menghabiskan saki baki drummet dalam esbok. Tak mau nak crita panjang2 lah. Mai kita p tengok n Selamat Menjamu Mata....

Bahan :
  • Ayam segar  14 ketul - letak garam kunyit dan goreng 1/2 masak
  • 15 tangkai cili kering - rebus dan kisar
  • 2 biji cili merah - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam -dikisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • sedikit daun bawang da daun sup - dipotong
  • sedikit minyak
Bahan tumis :

  • 1 batang serai dititik
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kisar, sos cili dan sos tomato dan sedikit air, kacau sebati.
  3. Masukkan garam dan gula, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, gaul sebati.
  5. Masak hingga ayam masak dan tabur daun bawang dan daun sup.
  6. Matikan api, sedia untuk dihidang.


3 comments:

  1. Salam... Merah dah bertukaq jadi rose ka? Nak seketoi boleh?

    ReplyDelete
  2. sedap nih, kawan baik nasik tomato

    ReplyDelete
  3. Antan Bertingkah > he..he..he.. my MIL kata rose tu nama asal tuan punya yg mula2 buat ayam merah ni...tu la jadi ayam masak rose...:)

    Hann... betoi2 kawan, sahabat akrab....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...