Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, March 7, 2011

Ikan Siakap Stim


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....

Hasil hujung minggu...berbaloi-baloi.....hehehehe... . Ikan siakap ni adalah hasil tangkapan daripada aktiviti memancing ahad lepas. Dapat sekor ja....jadi la alhamdulillah rezeki dariNYA. Mulanya tu ingat nak buat Ikan Bakar Woku tapi wife nak buat kukus, takpalah bagi la wife menang. Malam ni mr.mama mula la upacara memasak, memang sedap, manis...lemak semua cukup rasa. Maklumla masih kategori ikan fresh lagi. Wife rasa secubit...dua saja yang selanjutnya mr.mama selesaikan lah.....muahahahaha..... . Siap hirup2 kuah lagi tu... Mai pakat2 usharrr. Selamat Menjamu Mata....


Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap - perap asam garam 15 minit, bilas bersih, toskan.
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • 1 sudu teh lada hitam - dikisar
  • 2 pokok daun bawang - dipotong 
  • 1 pokok daun sup - dipotong
  • 1 biji cili merah - dipotong
  • 5 biji cili padi - dipotong
  • 2 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 4 sudu sos tiram
  • 1 sudu teh kicap manis
  • 1/2 sudu teh sudu garam
  • 1 sudu teh gula

Caranya:
  1. Perap ikan yang telah ditoskan hingga kering air dengan bahan kisar, sos tiram, kicap manis, garam dan gula lebih kurang 20 minit.
  2. Tabur semua bahan potong ke atas ikan tadi.
  3. Kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
  4. Tuangkan jus limau 2 minit sebelum diangkat.
  5. Sedia untuk dimakan dengan nasi putih.


5 comments:

  1. salam mr mama
    cantiknya isi ikan tu,,putih je..ini menu org diet ni.sesuai sgt dgn akak..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Bestnya ikan ni. sangat sedap. ada sekor dlm peti ais. bila le agaknya nak diselamatkan.amik resepi yea?

    ReplyDelete
  3. suka ikan kukus..
    sedapnya..

    ReplyDelete
  4. sedappp...huhu lapaq!!

    meh ke rumah..
    ~stationery~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  5. hai awak :) saye da join awak :) follow me back ok :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/rasmi-senarai-pasukan-f1-2011.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...