Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, March 10, 2011

Ikan Pedas Bunga Kantan

Menu lunch hari ni mr.mama terjah kat blog Yatie@Sinar KehidupanKu . Suka sangat tengok kuah yang colour kuning2 macam ni. Kalau masak jenis ala-ala masak lemak ni mr.mama mesti makan dengan kicap pekat manis....pehhh memang lajak tanpa disedari la. Minta izin ya Yatie kopi n pes resepi ni...memang sedap la Yatie. Masak 1 menu ja lunch ni cuma mr.mama tambah dengan ulam-ulaman untuk bagi terangkat sikit selera dan kepedasan. Ulam taugeh mentah ni memang feberettt mr.mama, up dengan timun dan sambal belacan.....jawapannya JADIK...hahahahaha..... Selamat Menjamu Mata...


Bahan-Bahan :
  • 5 ekor ikan mata besar/ apa2 jenis ikan- mr.mama guna ikan jenahak
  • 1 btg serai- diketuk
  • 2 kuntum bunga kantan- di belah 2
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air
  • 1 keping asam keping
  • garam dan sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ikan
  • minyak secukupnya
Bahan dikisar
  • 10 biji cili padi merah atau lebih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit belacan
Cara-Cara :
  1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ikan separuh masak atau embal2....setelah masak, ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 kisar dan masukkan serai, tumiskan sehingga naik bau.
  4. Masukkan air, santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Kacau lagi dan masukkan bunga kantan yg telah di belah 2.
  5. Masukkan ikan dan kacau lagi sehingga kuah mesra dngn ikan..... biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan buah tomato yg telah di belah 4...kacau lagi dan perasakan.
  7. Sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah diangkat dan di hidangkan.
MENU SAMPINGAN



4 comments:

  1. laju mr. mama update hari ni... hehe...
    nampak menyelerakan lauk ikan pedas tu... menu ikan ni mmg sy suka sbb mmg suka mkn ikan berbanding ayam/daging.. tp anak2 lebih suka ayam...

    ReplyDelete
  2. Assalam Mr Mama,
    wadud terliur je tngk menu mrmama arini..ada ulaman lagi..mmng bertambah2 nasi....tngk tu dah tersandar kekenyangan....hehehe..

    ReplyDelete
  3. sedappnya lauk2 tu...terliur mas tengok..he..he..

    ReplyDelete
  4. memang sedap kalau ada bunga kantan. kalau sy, tambah daun kesum sikit pun ok jg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...