Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, March 8, 2011

Puff Ayam Cendawan Kentang


Assalamualaikum dan Selamat Malam....

N3 ni sepatutnya post pagi tadi tapi disebabkan laptop belum siap lagi kena la tunggu wife balik kerja baru ada laptop. Tu yang 2...3 hari ni n3 semua post sebelah malam saja. Dan mr.mama nak minta maaf la kat kawan2 blogger masakan semua, mr.mama tak sempat nak terjah@jalan-jalan kat blog korang. Susah la sikit coz laptop ada sebelah malam saja. Nanti2 mr.mama pi jenjalan kay.... . Kali ni...mr.mama buat puff, idea asal mr.mama ambik dari http://www.jintanmanis.com tapi mr.mama tukar intinya sahaja, cara buat sama ja macam Ros buat. Mr.mama ikut langkah demi langkah yang Ros tunjukkan tu. Terima kasih Ros sudi kongsi cara buatnya, minta izin share kat sini yer Ros. Intinya mr. mama tukar inti ayam sebab my wife tak berapa suka sardin @ tuna dalaam tin tuu....jadi pikiq punya pikiq mr.mama buat yang macam kat bawah ni..... Selamat Menjamu Mata....


Bahan Inti :
  • 1 keping daging ayam (bahagian dada) - dipotong dadu
  • 1 biji kentang - dipotong dadu
  • 80 gram cendawan tiram - dipotong dadu
  • 1 tangkai daun bawang - dihiris nipis
  • 1 biji cili merah - dibuang biji dan hiris nipis
  • 1sudu teh serbuk ketumbar*
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih*
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 2 sudu teh lada hitam - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1/2 labu bawang besar - dicincang
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan semua bahan bertanda * kacau sebati.
  3. Masukkan kentang dan air, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam dan masak hingga kentang dan ayam empuk.
  5. Masukkan cendawan, garam dan gula,  kacau sebati.
  6. Kecilkan api, masak hingga kering.
  7. Masukkan daun bawang dan cili merah, kacau balik-balik.
  8. Tutup api, biarkan sejuk sebelum dibuat puff.

Untuk cara melipat puff boleh rujuk di sini.... Lupa pulak nak bagitau, mr.mama pun guna roti pratha jenama KAWAN, yang jenis pastry tu KAWAN takde jual kat Sabah ni ataupun mr.mama yang tak jumpa lagi.....


2 comments:

  1. salam singgah Mr. Mama...nak tumpang bekfes nih, rajin tul dia masak2..Akak pun buat puff sardin jek bekal tuk Aiman pagi tadi...nak cepat, puff dia tu pun bakar kurang garing...adeehh..hehe

    ReplyDelete
  2. hek3, terbalik dgn my ER, dia lak tak suka tuna or sardin... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...