Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, March 10, 2011

Kari Ikan Tenggiri Rempah Giling


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.....

Menu semalam nie. Haa...ha.... ni resepi kari ikan rempah giling special yang my MIL selalau masak dulu. Wife mr. mama tiba2 teringin nak makan yg macam my MIL buat.... kat rumah kami ni mana la nak cari batu giling, batu jalan tu banyak la tak pun batu sungai....jadi tak payah nak pikir2 sangat.....jadi kisar ajelah.... apa2 pun... resepi dari mak mmg sedap..... . Sehingga menjilat mangkuk kakakaka... . Rasanya tu tak lah sesedap rempah yang digiling, keaslian tu tak berpa nak serlah, tapi sedap tu ada rasa la.... Mai pakat2 jengok mai. Selamat Menjamu Mata....


Bahan :
  • 6 keping ikan tenggiri
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan putih*
  • 3/4 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar lada hitam*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 10 tangkai cili kering (direbus)*
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 2 cawan air
  • 100 ml santan kara + 3 cawan air
  • 1 sudu besar halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • Sedikit minyak untuk menumis
*digiling / dikisar

Cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis halba campur, daun kari dan bawang yang dimayang hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan yang digiling/kisar tadi. Kacau dan masukkan airdan pes asam jawa. Sederhanakan api dan tutup tudung periuk, masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan garam kacau, biar hingga mendidih. 
  5. Masukkan ikan. Boleh masukkan bendi atau terung jika suka.
  6. Tunggu hingga masak dan sedia untuk dihidangkan.


2 comments:

  1. pernah gaklah merasa menggiling rempah dulu masa sekolah2 dulu.. saja nak merasa time mak buat keje tu kan.. tp takdelah reti sgt.. hehe.. skrg nih entah mana batu giling mak tu.. nak kena pg selongkar balik store kat kg tu nampaknya.. hehe..

    ReplyDelete
  2. MAdiHaA : betul tu ...nengok org tua2 buat senang ja, time kita nak buat...hampehhh x jadi pun...skill pun dah out..kakakaka....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...