Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, May 16, 2011

Ayam Bakar..Menu Ulangan Lagi!!!...

Ni lagi satu sepatutnya dah keluar kat n3 last week, TAPI....takpa2 mr.mama post lagi sekali untuk tatapan semua. Yang lain semua sama cuma mr.mama taruh 'lenga' sikit. Tau kot apa tu lengan kan..kan... .  Meh nengok lagi sekali walaupun dah berkali-kali mr.mama dah buat..kakakaka....  Selamat Menjamu Mata... .


Bahan2nya :
  • 1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
  • 1 cawan yogurt/tairu
  • 3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
  • 2 1/2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan garam
  • 2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
  • Sedikit perasa jika suka
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3/4 sudu makan campuran  jintan kasar dan halus – ditumbuk
  • 3/4 sudu makan biji  ketumbar – ditumbuk
  • 3/4 sudu makan  lada hitam – ditumbuk
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis
  • 4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
  • 1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan2 di atas.
  2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
  3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
  4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
  5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
  6. Dah SIAP... apa lagi belasah leeee......hehehehe....






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...