Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, May 3, 2011

Siaran Ulangan......

Lama sungguh mr.mama tak hup date blog nie, bukanya malas tapi kamera rosak. Dah la ada semangga tu saja p rosak pulak, jadi mati kutu, mati akai semua dok ada la.... . Nak guna handpon pun gambar jadi tak clear langsung. Tu yang jadi mengung seminggu dua...kakakakaka.... . Oklah berbalik pada n3 nie, rasanya
dah manyak kali dah buat so layan saja la yaaaaa..... .

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
* Untuk gliss*
  • Baki telur + 2 sudu besar susu
  • Resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba......



4 comments:

  1. perhhhh...gebunnyaaa roti tu......

    ReplyDelete
  2. Mas : makasih2...dh banyak kali buat jadi tere la sikit.hehehe...

    ReplyDelete
  3. nampak cantik dan betul2 gebu roti ni...

    ReplyDelete
  4. munna : makasih2...hehehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...