Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, May 18, 2011

Salad Buah


Projek hari nie dari mr.mama...amacam??... . Masih lagi dengan resepi dari buku 'Senangnya Memasak Kerabu & Salad' dari Chef Hanieliza. Minat betul mr.mama dengan masakan dan resepi dari Chef ni, cuma belum ada kesempatan untuk berjumpa...nak ambik sign autograf..hehehehehe... Maklumla Chef dok semenanjung, mr.mama plak dok sabah.....camna nak jumpa... . Insyallah mana nak tau kan satu hari nanti dapat dipertemukan. Oklah jom pakat2 ushar n Selamat Menjamu Mata...


Bahan-bahan :
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • 1 biji mangga (yang sudah masak tetapi keras)
  • 1 biji betik (saiz kecil)
  • 3 cawan yogurt (perisa mengikut citarasa)
  • Beberapa biji anggur merah dan hijau
  • Kismis hitan dan kuning
  • 3 cawan aiskrim vanilla (di tambah sekiranya suka)
Cara membuat :
  1. Potong dadu buah-buahan yang bersaiz besar
  2. Gaul rata yogurt dengan semua bahan.
  3. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
  4. Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan.



1 comment:

  1. Ini faveret ank2 sy tapi sy gunakan susu cair dan sejukkan...mmg sedap dessert ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...