Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, May 3, 2011

Blended Orange Cake



Kek ni buat 2 hari lepas, wife mr.mama yang banyak main peranan untuk buat kek ni...mr.mama tolong sikit ja. Tolong bawa wife p beli oren..hehehehehe..., beli limau yang harga sebijik rm3. Beli sebijik ja la...kakakaka mahal tu nak beli banyak2. Teorinya kalau limau mahal ni boleh la kek tu jadik lagi sodap, bila dah siap tu mmmmm.... ada betulnya jugak coz rasa limau tu ja dah manis melecas. Resepinya mr.mama ambik kat blog Mas@Duniaku, tima kaseh la ya kongsi resepi ni. Resepi kek ni dah banyak melompat2 kat blog2 masakan cuma mr.mama yang lambat buat. Ok sambung balik....bila dah jadi kek tu paham2 ja la kan..kan..kan. Mai la pakat2 nengok ya..... Selamat Menjamu Mata....

Resepi asal : Kak fida
Sumber : HaSue, Kak Ita dan Mas.

Bahan :
  • 1 biji buah limau 
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus - Mas ikut Kak Ita letak 1 1/2 cwn (mr.mama pun sama)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
  • hasue tambah sedikit pewarna oren - Mas tak letak (mr.mama pun sama)
  • Mas ikut Kak Ita tambah 1 sudu besar orange sunquic (mr.mama pun sama)
Cara membuatnya :
  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
  2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Nota :
  • Jangan tuang adunan hingga penuh kedalam bekas sebab kek oren ni akan naik hampir 2 kali ganda semasa proses membakar, jadi biarkan baki suku dari bekas supaya kek tak melimpah nanti semasa dibakar.
  • Letak 1 1/2 cawan jerk gula tu, kek oren tu dah cukup manis.


7 comments:

  1. As'salam sdp kek ni ingat nak bua lagi lee ank2 suka sbb ada rasa orange yg sebenar...

    ReplyDelete
  2. Sheila : waalaikumsalam.. betul tu memang sedap..hehehehe...

    ReplyDelete
  3. wahhhhh...nampak lembut lembab jerk kek tu...
    sedappnya tengok anak mr mama tu makan...he..he..

    ReplyDelete
  4. Waaaaaaaaahhh Mr Mama dah mendahului...akak pun x buat2 lgk..hehehe

    ReplyDelete
  5. Look so nice! Must be very Yummy!

    Papacheong
    http://home-cook-dishes-for-family.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Nmpk gebulah kek tu...menyelerakan sungguh..akak pun tak terbuat2 lagi..oren dah beli da.....nak kena wat gak ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...