Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, May 10, 2011

Kerang Mak Tom

 

Ada la buat blog walking hari tu, sampai ja kat blog Story Of Mama....mr.mama teringin pulak tengok n3 kerang tu. Settle ja cari barang2, mr.mama on ja projek ni. Lama betul rasanya tak makan kerang ni, dekat2 2 tahun jugak la.... . tu yang tak tahan tengok 'Kerang Mak Tom' tu. Jadi????.... Tengok la sendiri dan Selamat Menjamu Mata. Opss...sebelum terlupa minta izin ya tuan empunya resepi mr.mama kopi n pes ni dan terima kasih sudi berkongsi resepi ni..... . Cayalah memang sedap sangat. Sesuailah sangat untuk lunch mr.mama. Nyum.....Nyummmm......

Bahan :
  • 1 kg kerang(kalau yg besar2 lg best)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 2 s/b udang kering(stok takde,mama letak ikan bilis)
  • 4 s/b sos cili
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (ketuk)
  • Garam & gula


Cara :
  1. Kerang direbus dan dikopek kulit sebelah sahaja
  2. Kisar b.putih,halia,kunyit hidup,cili merah,cili padi & udang kering.
  3. Bawang besar dihiris
  4. Tumis bahan kisar sampai garing
  5. Masukkan serai dan daun limau
  6. Masukkan sos cili,gula dan garam,kacau sebati
  7. Masukkan kerang...balik2kan dan sesuaikan rasanya.
  8. Bolehlah dihidangkan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...