Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, May 6, 2011

Karipap Daging

Abah nak pap...abah nak pap, tu la permintaan anak lelaki mr.mama yg umuq 2 tahun tu. Hari2 bukak saja mata dari tidur terus saja tanya karipap. Memang hantu karipap sungguh hero mr.mama sorang ni. Kesian la jugak asyik buat request ja, jadi mr.mama suruh wife beli daging dengan barang yang patut. Pagi semalam mr.mama jalankan operasi 'Ops Karipap'.....hahahaha.... . Dapatla dapat 70 biji, wife bawak p opis sikit yang lebih tu paham2 saja la...hero mr.mama belasah. Selagi dia dok nampak karipap tu selagi tu lah mulut dia dok mengunyah tanpa henti. Habis ja atas meja dia p ushar dalam esbok plak, suruh goreng lagi. Haru2, kiranya dalam 2 hari tu clear la semuanya. Fanatik sungguh hero mr.mama dengan karipap. Sebenaqnya mr.mama pun sama gak....bak orang kata 'Bapa Borek Anak Rintik'.....'Kemana tumpahnya kuah.......' tak gitu. Oklah jom tengok... Selamat Menjamu Mata....

INTI KARIPAP 
Bahan-bahannya :
  • 300 gram daging (dipotong dadu/kecil2) - basuh dan toskan 
  • 2 sudu besar lada hitam      - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar jintan putih     - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar jintan manis    - ditumbuk halus
  • 1 kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 3 biji bawang besar (dipotong dadu/kecil2)
  • 3 biji cabai hidup (dipotong dadu/kecil2) 
  • Daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 liter air (ikut pd kelembutan daging)
  • ** lada hitam, jintan putih dan jintan manis harus direndam bersama dalam air panas selama 5 minit sebelum ditumbuk.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan lada hitam, jintan manis dan jintan putih yang ditumbuk. (jangan terlalu lama nanti hangit)
  3. Masukkan daging dan kacau sebati, biarkan selama 5 minit kemudian masukkan air.
  4. Setelah daging separuh masak, masukkan bawang besar, ubi kentang dan gula. Masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.
  5. Masukkan garam dan masak hingga separuh kering.
  6. Perlahankan api kemudian masukkan cabai, daun bawang, daun sup dan masak sehingga kering.

KULIT KARIPAP
Bahan-bahannya :
  • 600 gram tepung gamdum
  • 2 sudu besar planta/majerin
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sedikit air garam
  • Air secukupnya - mr.mama guna air sejuk dari peti sejuk
Cara-cara :
  1. Gaulkan tepung bersama planta/majerin dengan minyak masak sehingga sekata.
  2. Masukkan air garam, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi sebati dan lembut.
  3. Perapkan doh lebih kurang 20 minit sebelum memulakan proses pembuatan karipap.

  • ** Pesanan mr.mama : semasa hendak menggoreng karipap, api dapur hendaklah sederhana sahaja supaya kulit karipap menjadi licin macam pakai fair n lovely tak la jadi menggerutu. 
  • **adunan kat atas tu dapat la lebih kurang 70 biji....


2 comments:

  1. Kalau dapat dek alif ni mesti dia makan cam tak hengat. Rasanya inti cam ada je kat dlm esbok tu. So jn tunggu lagi...jalankan operasi

    ReplyDelete
  2. assalam
    mmm..bt lapar plak malam2 ni tengok isi karipap..hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...