Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, May 9, 2011

Udang Goreng Berlada


Lewat post n3 hari ni, bzzzzz...sikit. Mr.mama masak simple saja untuk lunch. Resepi ni mr.mama ambil dari buku 'resepi@.prima'. Ada lebih kurang 50 jenis resepi tapi buku ni semuanya bahan asas dia UDANG. Salah satu seafood yang murah dan fresh kat K.K ni. Mr.mama terpikat kat buku ni coz dia punya motto 'Sedap, Mudah dan Gerenti Jadi', tu yang mahal tu hehehehe.... . Jadi ka tak????... . Mai la pakat2 tengok n Selamat Menjamu Mata..... .

Bahan-bahan :
  • 500 gram udang (sederhana besar)
  • 2 sudu makan perahan air limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak
Bahan-bahan dikisar :
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili hijau
  • 5 biji cili padi
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis pula bahan yang dikisar hingga naik bau.
  3. Masukkan air limau nipis, sedikit garam dan gula.
  4. Masukkan udang dan gaul sebati.
  5. Boleh di hidangkan.


1 comment:

  1. wahhh..sedappnya udang tu....
    terliur nengoknya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...