Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, August 4, 2011

Padprik Ayam


Assalamualaikum....
Sat tenggelam sat pulak timbui....sat2 ada sat2 hilang plak dah......macam CHIPMORE. Ni timbui pulak, nak buat macamana banyak benda nak buat. Jangan la pulak cemuih nak TERJAH blog mr.mama ni. Insyallah post2 yang lain akan menyusul nanti. Mr.mama akan beri yang terbaik buat PEMBACA2 mr.mama. Nie menu berbuka puasa semalam, nak post malam tadi tak sempat...mr.mama dahulukan yang lebih penting lagi. Apa dia?..... Mesti la solat TERAWIH tak gitu??.... . Menu ni mr.mama regukan dengan telur dadar saja. Meh la tengok n Selamat Mencuba..... 

Copy dari :  http://www.aziancollections.blogspot.com/
Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil  (mr.mama guna 2 peha ayam saja)
  • 4 sudu cili kisar
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 3 batang serai - dititk
  • Cili akar - dititik (ikut selera masing2)
  • Sedikit kicap manis (mr.mama guna cap kipas udang)
  • 4 sudu makan cili sos
  • 4 sudu makan air asam jawa
  • Garam & gula
Bahan Sayur :
  • Kobis bunga
  • Kacang panjang 
  • Karot
  • Putik jagung _ mr.mama x letak
  • Capsicum
  • Daun limau purut
Cara-cara :
  1. Cuci bersih ayam dan lumur bersama sedikit lada putih dan garam (mr.mama guna kunyit dan garam)
  2. Goreng ayam tadi sehingga hampir masak. Ketepikan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan serai dan daun limau purut.
  4. Masukkan cili kisar dan masak hingga kering.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, cili sos dan kicap manis. Kacau rata.
  6. Masukkan ayam yang goreng hampir masak tadi bersama air asam jawa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua sayur-sayuran. Masukkan garam dan sedikit gula.
  8. Angkat dan hidangkan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...