Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Nasi Tomato VS Ayam Masak Merah





Dah pernah buat dah dalam n3 lepas2. Kali ni buat pun tak banyak, 2 mulut saja nak makan. Tp ayam tu kiranya banyak ketui la jugak.....habuan nak ratah. Anak mr.mama yang kecil sekali pun sekarang nia dah makan pedas2 dah. So kerja tu makin mudah la kan...kan...kan. Cakap banyak pun buat kering rengkong ja, apa kata p cuba dulu noooooo............... . 


Nasi Tomato Mr. Mama

Bahan:
  • 4 cup beras basmathi
  • 4 1/2 cup air
  • 1/2 cup susu cair
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar badam kisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji cili hijau -potong 4
Bahan tumis :
  • 1/4 labu bawang besar - dimayang
  • 1 batang serai dititik
  • 4 helai daun pandan wangi - disimpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga


Cara :
  1. Panaskan minyak masak + minyak sapi dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kisar, kacau sebati, biar mendidih. 
  3. Masukkan  air, susu cair, tomato puri, sos tomato, garam dan gula, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan beras, kacau dan masak hingga kering air, kecilkan api, tutup periuk.
  5. Biar hingga nasi masak, tabur cili hijau yg telah di potong  kareh nasi dan matikan api.


Ayam Masak Merah II

Bahan-bahan :

  • 10 ketul paha ayam / kepak ayam
  • 20 biji cili kering - direbus dan dikisar
  • 2 biji cili merah - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 kuib ayam
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
Bahan tumis:
  • Sedikit  kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • 1 batang serai dititik
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kuib ayam, masak sekejap hingga mendidih.
  3. Masukkan paha ayam dan air, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebati, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong pendek2, kacau sebati.
  6. Matikan api dan siap untuk dimakan.

Wednesday, August 10, 2011

Nasi Daging & The Geng


Assalamualaikum.............
 Ada ka yang dah mula buat 'Kuih Raya'?..... . Mr.mama n family asyik dok menghitung hari ja nak BALIK KAMPUNG, maklumlah dah setahun tak balik. Oklah berbalik pada juadah berbuka mr.mama, minggu nie mr.mama asyik serang blog DJ sesaja. This time mr.mama cuba buat 'NASI DAGING + AYAQ ASAM'. Nasi Daging nie memang feberetsss mr.mama kena pulak dengan regu pilihan...AYAQ ASAM, memang lajak terlajak semua cukup. Mr.mama pun terbabas la jugak 2 kali tambah..kakakaka..., nak buat macamana dah SEDAP. All the best la untuk DJ@DapurKuSayang untuk resepi yang KEKABOOMM nie. Mr.mama kopi n pes yeee.... .  

Untuk Hidangan 4 Orang

Bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
Bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 

Bahan Air Asam
Bahan-bahan :
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 8-10 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 cawan air asam jawa (+/-)
  • Sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • Sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara : Satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.







Monday, April 11, 2011

Nasi 'Carrot'.......

Salam 1 Malaysia semua......
Hari ni mr.mama nak share satu resepi yang boleh dikatakan berkhasiat. Apa dia???.... Ya betul... 'Nasi Lobak Merak' kata orang melayu. Mr.mama buat ni dua hari lepas. Mr.mama ambil resepi ni dari Chef yang terkenal iaitu 'Chef Hanieliza' dalam buku 'Senangnya Memasak'. Mmmm....memang ada ummmp, mr.mama regukannya dengan menu yang berkhasiat jugak iaitu 'Ayam Bakar'. Kalau dah tak guna minyak tu kiranya jaga kesihatan la tu..... . Cuma ada sedikit derhaka coz mr.mama tukar dari rempah kurma kepada rempah beryani....jangan marah nanti kena jual. Cerita panjang berjela pun tak guna....mai kita pakat2 usharrrrr... Selamat Menjamu Mata....


Bahan A :
  • 6 cawab beras basmati
  • 1 cawan lobak merah
  • 1/2 cawan susu cair
  • 7 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil gula (sekiranya suka)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Bagi Menumis) :
  • 2 sudu besar rempah kurma - mr.mama x stok jd tukar dgn rempah beryani
  • 5 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 sm halia - dimayang halus
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar - diracik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan bahan tumis, bawang halia dan daun pandan.
  2. Apabila sudah wangi, masukkan rempah kurma. Kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air, garam. kiub ayam dan susu cair. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras, lobak merah dadu (mr.mama guna sagat aja) dan daun ketumbar.
  5. Masukkan bahan tumis kedalam periuk nasi dan biarkan masak seperti nasi biasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

SUMBER
Chef Hanieliza


Tuesday, April 5, 2011

Nasi Goreng Ikan Masin


Selamat pagi semua.....
Dah shoru ka?. Kenyang?...Alhamdulillah.... . Mr.mama baru ja nak makan, buat nasi goreng saja pagi ni. Ikan masin ada lagi yang  import dari semenanjung, tu pun tinggai seredak2 saja. Jadi sesuai sangat la perabih buang kata orang utara. Goreng telur dadar sikit...line clear la, makan pulak time panas2 mestilah lajak punya.... . Ehh...lupa pulak mai la join sekali makan, banyak mr.mama masak nie...hehehehehe...... . Selamat Menjamu Mata....


Bahan :
  • 5 cawan nasi
  • 2 biji cili merah - ditumbuk
  • 12 biji  cili padi hijau - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1/2 inci belacan - ditumbuk
  • Ikan talang masin - dipotong kecil dan nipis2, lebih kurang 1/3 cawan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit sayur kangkung
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan talang masin yang telah dipotong kecil dan nipis hingga masak.
  2. Masukkan semua bahan tumbuk, goreng hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap, tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan nasi dan gaul sebati.
  6. Masukkan sayur kangkung, kacau balik2.
  7. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan bersama telur dadar.


Monday, March 21, 2011

Nasi Beriani Utara


Nyumm...nyumm...amacam menu tengahari mr.mama, dah keturunan pun made in mamu penang...mana bleh nak lupa nasi beriani ni. Dalam sebulan tu kadang2 sampai 3...4 kali buat haaa.., paling koman2 pun mesti ada sekali jugak. Regu dia mr.mama buat 'Ayam Kari Beriani' dengan 'Kerabu Timun+Nenas'. Yang 2 tu nanti mr.mama post pada n3 akan datang yaaa..... . TUNGGUUU..... . Berbalik pada n3 sekarang ni mai kita p tengok n Selamat Menjamu Mata... .

Bahan-bahan :
  • 4 cawan beras basmathi -basuh dan toskan
  • 4 cawan air
  • 1/2 susu cair
  • 2 sudu besar rempah beriani 
  • 2 sudu rempah beriani MAGGI
  • 3 helai daun pandan
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 1/4 cawan kismis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar :
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia kisar
  • 4 biji badam
  • 4 biji gajus
Bahan Tumis :
  • 1 batang serai - dititik
  •  1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak masak

 Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi, minyak masak dan mentega ke dalam periuk.
  2. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar, kacau sebati.
  4. Masukkan rempah beriani dan beriani MAGGI, kacau sebati. Biar mendidih.
  5. Masukkan air  dan susu cair, badam dan gajus yang dikisar halus.
  6. Masukkan juga daun pandan, daun ketumbar dan daun pudina, juga sedikit garam dan gula. Masak hingga mendidih.
  7. Masukkan beras yang telah ditoskan, kacau sikit bagi sebati.
  8. Bila air nasi hampir kering, taburkan kismis, kecilkan api, tutup periuk dengan tudungnya hingga nasi masak.
  9. Kareh nasi tadi balik2 secara perlahan. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.


Monday, March 14, 2011

Nasi Tomato Mr. Mama


Assalamualaikum Semua.....

Mula operasi hari ni awal sikit, sajalah mr.mama tak mau jadi kalut nanti. 1stly mr.mama masak 'Nasi Tomato' dulu....nanti baru nak buat set pelengkap dengan nasi ni. Kat sabah terutama K.K kalau tak silap mr.mama tak penah la nampak lagi mana2 kedai yang ada jual nasi tomato ni...pasal apa?.. Jangan tanya mr.mama pun tak tau kakakaka..... . Nak bagi sedap nasi tu kena la guna beras basmathi, rasanya semua orang tau kan???.... . Kalau dah tau mai kita pakat2 tengok dan Selamat Menjamu Mata....

Bahan:
  • 4 cup beras basmathi
  • 4 1/2 cup air
  • 1/2 cup susu cair
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar badam kisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak masak
Bahan tumis :
  • 1/4 labu bawang besar - dimayang
  • 1 batang serai dititik
  • 4 helai daun pandan wangi - disimpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara :
  1. Panaskan minyak masak + minyak sapi dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kisar, kacau sebati, biar mendidih. 
  3. Masukkan  air, susu cair, tomato puri, sos tomato, garam dan gula, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan beras, kacau dan masak hingga kering air, kecilkan api, tutup periuk.
  5. Biar hingga nasi masak, kareh nasi dan matikan api.


Sunday, March 13, 2011

Nasi Lemak S.I.M.P.L.E



Assalamualikum semua.......


Cuti sehari suntuk semalam untuk n3, bukan apa pun...lepas solat subuh mr.mama dah keluar. Dah 2 minggu tak p memancing...gian la pulak. Semalam p jauh sikit dari selalu, siap naik2 bot lagi. Memancing kat bawah jambatan kat Gayang, nak p dok kat bawah jambatan tu kena naik bot, tambang rm5 saja. Tempat selesa, teduh nak solat pun tak dak masalah....tu yang sonok tu. Nanti mr.mama upload gambar tu ya. Ok...ok berbalik pada n3 hari ni....wife ambik alih tugasan pagi ni. Wife buat nasi lemak, sambal udang ngan telur dan goreng ikan bilis sikit..... . Jadi sedap la apa2 menu pun kalau kena penangan air tangan wife sendiri....tak gitu??.. . Sat g mr.mama buh n3 untuk sambal udang ngan telur pulak ya... .  Mai pakat tengok yang ni dulu n Selamat Menjamu Mata.....




Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras basmathi - bersih dan toskan
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan pati santan KARA
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1/2 inci halia - dihiris nipis
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar  garam


Cara :
  1. Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
  3. Bila kering air, kecilkan, tutup periuk dan masak hingga nasi masak.
  4. Kareh nasi, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, March 11, 2011

Nasi Goreng Ulam Taugeh


Assalamualaikum......

Saja mr.mama masak nasi lebih lunch tadi, dalam kepala otak dok pikir nak buat nasi goreng malam karang. Nampaknya semua dirancang mengikut plan, wife bawa balik sup ayam pulak...masyuk la kiranya tu... . Ada sambal belacan belen sikit2 ngan ulam taugeh....ohhh my feberetttss... . Sambal belacan tu main renjis2 ja...kakakaka... . Alamak!!!!... Rancangan feberet dah start la, nak taip pun tak khusyuk....mr.mama dok layan Raja Lawak kat astro prima niii, bukan nak tengok peserta pun tapi nak tengok David Teo cakap nogori sembilan......... . Mai la kalau nak join.... Selamat Menjamu Mata.....


Bahan:
  • 4 cawan nasi
  • 10 ekor udang - buang kulit
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 biji cili merah - dikisar
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang yang telah dimayang hingga naik bau.
    2. Masukkan semua bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
    3. Masukkan udang masak hingga kering air udang.
    4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan kacau sebati.
    5. Masukkan garam dan gula masak hingga garing (pecah minyak la).
    6. Masukkan nasi, gaul hingga sebati.
    7. Matikan api, siap untuk dihidangkan.


    Sunday, March 6, 2011

    Nasi Komok



    Assalamualaikum Semua......

    Masak lunch hari ni agak kalut malut sikit coz mr.mama ada temujanji dengan krew 1Tube. Masak pun guna gear 6...laju saja...kakakaka.... . Makan pun tak berapa nak lajak bukan sebab tak sedap.....SEDAP nasi komok ni tapi dok gelabah sat gi nak jumpa dengan Azizul(krew 1Tube), nak kena temuramah!!!.....dah la tak penah pun dok becakap depan kamera. Tapi dalam2 tak berani tu ada perasaan nak cuba jugak..... . Takpa la kita tengok la nanti apa nak jadi. Oraitt...berbalik pada n3 menu hari nie...ketika sedang berblog walking, terjumpa  la resepi ni di sini aziancollections. Setelah membaca  dan meneliti resepi ni terasa pulak nak mencuba...tapi takde rempah komok tu kat sabah ni..... disebabkan tuan punya resepi ada juga resepi untuk menyediakan rempah komok maka mr.mama ikut la cara yang nak buat rempah komok tu... Rasa nasi komok ni sedap la...apatah lagi dengan ayam goreng panas2 dan garing...serta dengan kepedasan sos komok tuu tambah dengan ulam timun...pergghh...memang SEDAP..... . Balik dari temuramah nanti nak continue balik makan...hahahaha... . 
    Minta izin tuan empunya resepi  untuk share resepi yang sedap ni kat sini dan terima kasih.... dan mr.mama ada adjust sikit sukatannya. Resepi asal boleh rujuk kat sini... . Selamat Menjamu Mata.....


    NASI KOMOK


    BAHAN-BAHAN :

    • 4  cawan beras basmathi
    • 2  sudu minyak sapi
    • 4-5 ulas bawang merah - dicincang
    • 1 Inci halia - ditumbuk
    •  4 Ulas bawang putih ditumbuk
    •  4 batang akar ketumbar
    • 3 sudu besar rempah komok
    • ½ cawan susu cair
    • 4 keping ayam (bahagian paha)
    • 7 cawan air
    • Garam secukup rasa
    • Rempah penumis.

    CARA MEMASAK:

    1.  Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
    2.  Tumis rempah penumis dan bahan yang  ditumbuk dan dicincang tadi dengan minyak sapi hingga naik bau.
    3.  Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
    4.  Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
    5.  Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan serbuk cili, garam dan kunyit. Perap sebentar lebih kurang ½ hingga 1 jam biar ia mesra.
    6.  Goreng ayam yang diperap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
    7.  Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
    8.  Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
    9.  Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.




    BAHAN SOS CILI

    • 1 Cawan air kuah nasi komok*
    •  4 biji cili merah*
    • 20 biji cili padi*
    • 2 ulas bawang putihh*
    • 4 tangkai daun ketumbar*
    • Gula, garam ,cuka (secukup rasa)


    CARA MENYEDIAKAN:-


    1.    Kisar semua bahan bertanda *.

    2.    Masak hingga agak pekat.

    3.    Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.

    4.    Hidang bersama nasi komok.


     Ini resepi untuk buat rempah komok yang dikongsi oleh tuan punya resepi azian collections.....


    Resepi Rempah Komok

    • 2 sudu kecil rempah kari ayam
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • ½ sudu kecil serbuk jinta putih
    •  ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar gula





    Saturday, February 26, 2011

    Sedap Punya Cerita....Buat Lagi....

    Baru saja mr.mama buat nasi udang goreng ni, kalau tak silap minggu lalu rasanya. Sebab punya hal, lagipun hari ni cuti masa pun free banyak tu yang menjadi lagi resepi ni. Kali ini buat periuk besar sikit coz wife buat overtime, so bawak la sikit untuk kengkawan kat opis tu. Mai la pakat2 usharrrr. Selamat Menjamu Mata..


    Sumber : MadihaA

    Bahan-bahannya:

    Bahan untuk udang :
    • 1/2 kg udang sederhana besar
    • 2 sudu kecil garam*
    • 1 sudu besar serbuk kunyit*
    • 1 sudu besar rempah kari*

    Caranya :
    1. Udang di potong kepala(potong separuh ja kepala tu baru rasa manis tak hilang), bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
    2. Setelah siap, angkat udang dan ketepikan dahulu.

    Bahan Utk Masak Nasi :
    • 1 sudu rempah kari
    • 1 inci halia-tumbuk kasar
    • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
    • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
    • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
    • 2 inci kulit kayu manis
    • 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
    • 3 kuntum bunga lawang
    • Sedikit kiub ikan bilis
    • Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
    • 2 bay leaves/ daun ketumbar
    • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
    • 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
    • 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
    • Sedikit minyak
    ** Sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) -mr.mama guna 1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu minyak


    Cara-Caranya:
    1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
    2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
    3. Susunkan udang yang sudah digoreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ikan bilis dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak. Masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)


    Monday, February 21, 2011

    Nasi Udang Goreng


    Nie haaa...resepi malam semalam tak sempat nak post, pagi nie baru la ada free sikit DAN Minta maaf ya MadihaA, mr.mama memandai-mandai dalam kata kata lain menderhaka ja ubah resepi ni dari "Nasi Ayam Goreng" yang penah buat kat sini  kepada "Nasi Udang Goreng". He3x..... . Maklumla kat K.K ni udang lagi murah n fresh dari ayam. Rasa boleh tahan..kiranya dalam kategori sedap la kira-kiranya. Masyuk la dengan tekak mr.mama's family. Mari2 la pakat2 mai tengok ye.... Selamat Menjamu Mata...

    Bahan-bahannya:

    Bahan untuk udang :
    • 1/2 kg udang sederhana besar
    • 2 sudu kecil garam*
    • 1 sudu besar serbuk kunyit*
    • 1 sudu besar rempah kari*


    Caranya :
    1. Udang di potong kepala(potong separuh ja kepala tu baru rasa manis tak hilang), bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
    2. Setelah siap, angkat udang dan ketepikan dahulu.

    Bahan Utk Masak Nasi :
    • 1 sudu rempah kari
    • 1 inci halia-tumbuk kasar
    • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
    • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
    • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
    • 2 inci kulit kayu manis
    • 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
    • 3 kuntum bunga lawang
    • Sedikit kiub ikan bilis
    • Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
    • 2 bay leaves/ daun ketumbar
    • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
    • 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
    • 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
    • Sedikit minyak
    ** Sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) -mr.mama guna 1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu minyak

    Cara-Caranya:
    1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
    2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
    3. Susunkan udang yang sudah digoreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ikan bilis dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak. Masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)


    Monday, February 14, 2011

    Mati Akal = Inilah Jadinya....

    Simple gitu-gitu... . Mr.mama hari nie very the bz person, bz tu sikit ja saja ja buat lebih2 kakakaka...kalau dah dasar pemalas macam2 ja alasannya kan..kan???. . Mati akal pun sama mr.mama ni, jadi blurrr la pulak hari nie. Lagipin ada projek lain sama tu yang lunch jadi simple gilerrrr. Mr.mama tanak nasi 2 pot, goreng ayam drummet 3...4 ketoi ...JADIK.... . Mai tengok sama2 dan Selamat Menjamu Mata...

    Bahan-bahan : 
    • 4 cawan nasi putih
    • 2 biji cili merah - ditumbuk
    • 4 biji cili padi - ditumbuk
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 1 labu bawang besar - ditumbuk
    • 50 gram ikan bilis - ditumbuk
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 3 sudu besar kicap manis
    • 1 biji telur
    • Sedikit gula dan garam - kalau nak laaa....
    • Sedikit minyak masak


    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk. Biarkan sebentar.
    2. Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam. Kacau sebati.
    3. Masukkan nasi, gaul hingga sebati. Kemudian masukkan kicap manis dan gaul rata.
    4. Pecahkan telur dan gaulkan dengan nasi hingga sebati.
    5. Matikan api, siap untuk dihidangkan.


    Saturday, February 12, 2011

    Nasi Ayam Goreng

    Copy dari : Dari Dapur MadihaA
    Sumber : meh jah (copy dari midza)

    Ha...ha...ha...tiba turn blog MadihaA untuk mr.mama teroka dan menjadi blog cnp pilihan dari mr.mama. Hari cuti ni kiranya sarapan pagi di tunda...teruih ja makan tengahari. Terus ja makan berat...safe...safe....He3x. Kat K.Kinabalu hari ni hujan memanjang dari pagi tadi sampai la sekarang tak dak tanda2 nak berenti... . Matahari mogok hari ni agaknya, kuasa ALLAH tak boleh di sangkal2 lagi..... . Berbalik pada n3 today tqsm la buat MahihaA coz berkongsi resepi yeee. Memang menjilat jari sampai ke lengan la rasanya tu. Mr.mama cuma tambah 1 menu lagi, apa dia???...kalau nak kena 'guu' dengan nasi nie mestilah kerabu timun...baru ada uuummpppp..... . Mr.mama tak tambah pun pinggan cuma tambah nasi ja...hehehehe.... SEDAP.... . Selamat Menjamu Mata....


    Bahan-bahannya:

    Bahan untuk ayam :
    • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul) - mr. mama guna drumstik 12 ketoi
    • 2 sudu kecil garam*
    • 1 sudu besar serbuk kunyit*
    • 1 sudu besar rempah kari*

    Caranya :
    1. Ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
    2. Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

    Bahan Utk Masak Nasi :
    • 1 sudu rempah kari
    • 1 inci halia-tumbuk kasar
    • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
    • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
    • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
    • 2 inci kulit kayu manis
    • 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
    • 3 kuntum bunga lawang
    • Sedikit kiub ayam
    • Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
    • 2 bay leaves/ daun ketumbar
    • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
    • 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
    • 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
    • Sedikit minyak
    ** Sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) -mr.mama guna 1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu minyak

    Hah...ni mr.mama buat untuk tambah kepedasan sikit..He3x...
    Cara-Caranya:
    1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
    2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
    3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.  masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)


    Sunday, February 6, 2011

    Nasi Minyak

    Kalau kat semenanjung, nak rasa nasi minyak kena la tunggu time2 cuti sekolah. Pasal apa?... Kan cuti sekolah selalunya banyak akan ada hamba2 ALLAH mendirikan masjid (kawen la). Mr.mama buat kemarin, makan dengan 'Kari Ayam Kerisik', ingat tu nak post semalam tp tak sempat. Memang sedap makan dengan kari ayam tu. Lepas nasi 'elek' mr.mama continue tukaq kepada roti benggali. Kena pulak perangat kuah tu bagi agak2 pekat sikit.... . Mmmm...memang..memang lajak tak boleh nak berenti. Tak Pecaya?????. Kena "try cuba" buat baru tau. Selamat Menjamu Mata.....

    NASI MINYAK MR. MAMA

    Bahan :
    • 4 cawan beras basmathi
    • 3 cawan air
    • 1 cawan susu segar
    • 2 ulas bwang merah - dikisar
    • 2 ulas bawang putih - dikisar
    • 1/4 inci halia - dikisar
    • Secubit serbuk buah pala
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil gula
    Bahan tumis:
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 sudu besar minyak masak
    • 1 batang serai - dititik
    • 1 helai daun pandan - disimpul
    • Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga

      Cara :

      1. Panaskan minyak sapi + minyak masak dalam periuk, masukkan bahan tumis hingga naik bau.
      2. Masukkan bahan kisar, kacau sebati, biar sekejap hingga mendidih.
      3. Masukkan air, susu, garam, gula dan serbuk buah pala, masak hingga mendidih.
      4. Masukkan beras dan masak hingga air kering, kecilkan api dan tutup periuk biar hingga nasi masak.
      5. Buka kaup balik nasi, matikan api dan sedia untuk dihidang.


      Thursday, February 3, 2011

      Nasi Lemak Gong Xi Fa Cai

       
      Lambat sikit n3 ni. Resepi ni 'guu' dengan n3 sambal tumis ikan talang masin. Mr.mama terrrlewat sebab ada di luar kawasan tadi.... . Tak dapat nak buat apa2, nie haa...baru free sikit. Selamat Menjamu Mata....

      Bahan-bahan :
      • 5 cawan beras basmathi
      • 3 1/2 cawan air
      • 1 cawan santan
      • 1 cawan susu segar
      • 2 ulas bawang merah - dikisar
      • 2 ulas bawang putih - dikisar
      • 1/2 inci halia - dikisar
      • 1 batang serai - dititik
      • 1 helai daun pandan - disimpul
      • 1/4 sudu teh serbuk pala
      • 2 sudu teh gula
      • 1 sudu teh garam
      • 2 sudu besar minyak sapi
      • 2 sudu besar minyak masak
        Cara- cara:
        1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumis serai dan daun pandan hingga naik bau.
        2. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak. 
        3. Masukkan air, santan dan susu. Masak hingga mendidih.
        4. Masukkan garam, gula, serbuk buah pala, kacau sebati.
        5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan.
        6. Masak hingga kering air dan kecilkan api, tutup periuk dan biar hingga nasi masak.
        7. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.


        Thursday, January 27, 2011

        Nasi Tomato resepihidupku...

        Resepi nie dah penah buat sebelum ni tapi tak sempat nak post coz dah boliau, cuma kekdahnya berbeza dan untuk kali ni ada penambahan bahan sikit. Resepi asal masih dari.... siapa lagi kalau bukan TTM, nk lagi tepat klik kat sini.... Cuma kali nie mr.mama ada olah sikit bahan2nya, sebab nak bagi ada kelainan dari yg kami sekeluarga makan 2-3 hari sudah. Kali nie..nasi tomato resepihidupku disajikan dengan ayam ceti (dah post entri lepas), jelatah timun nenas dan papadom (dapat bayang kot nooo...). Sekali lagi minta izin cnp kat TTM ya... Selamat Menjamu Mata.......

        Bahan-bahan :
        • 750ml stok ayam (air + 3 kiub stok ayam) 1 kiub ja
        • 500g beras basmathi, cuci bersih, toskan.
        • 2 sm minyak ( samada ghee, canola atau olive oil)
        • 3 biji capsicum - merah, hijau, kuning(hiris)
        • 1/2 cawan sos tomato, 1/2 cwn kismis
        • 1/4 st serbuk buah pala dan kayu manis
        • 1/2 cwn hirisan badam bakar - ommit 
        • mr. mama tambah : 
        • 1 helai daun pandan 
        • 4 sudu susu cair 
        • 1 sudu badam kisar

        Cara-cara :

        Didihkan stok ayam dalam periuk. Di samping itu panaskan minyak dlm kuali dan goreng beras selama 1 minit. Masukkan sos tomato, serbuk buah pala dan kayu manis serta garam. Kemudian masukkan capsicum dan kismis. Goreng sehingga bergaul rata. Padamkan api dan langsung tuang beras goreng ke dalam stok ayam yg sedang mendidih. Tutup periuk dan masak nasi hingga kembang tapi tak kering. (aku masak dalam rice cooker sampai nasi masak) mr. mama masak sampai nasi masak le....


        Saturday, January 22, 2011

        Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean

        Lunch mr.mama n family hari ni agak istimewa sikit...  Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean .... mr.mama rasa istimewa sbb 1st time buat. Resepi ni copy sebijik@sejibik dari dapur malus domestica @ TTM, mr.mama masak nasi tu 1/2 shj dari resepi asal, kiranya cukup la untuk 4 beranak kami lunch tadi...setambun mr.mama makan, abis...licinnnn!!!  tak rugi mencuba kali ni......  Resepi ni rasa dia ala2 nasi tomato jugak dan amat sesuai untuk penggemar nasi yg ada rasa masam2 skit. Mr.mama gandingkan dengan acar timun campur cili, biasa la kan tekak org malaysia...nak ada rasa pedas2 gak. TTM minta izin cnp resepi kat cni ye... resepi asal boleh tgk kat sini... . Selamat Menjamu Mata......


         Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean 
        ( Resepi Hajjah Suraya Bee M Ibrahim)
        Sedap jugak nasi ni, lain dari lain!
        Bahan A :( Lauk Ayam)
        • 10 kpg ayam* 
        • 1 sm madu* 
        • 1 st serbuk lada putih* 
        • 1 ibu jari halia** 
        • 5 ulas bawang putih** 
        • 3 biji bwg besar** 
        • 1/2 cwn hirisan daun ketumbar 
        • 1 st serbuk ketumbar 
        • 1/2 st jintan putih. 
        • 1/2 st jintan manis 
        • 1 x 140g tin tomato puri 
        • 1 st gula perang 
        • 2 sm tairu, dipukul sebentar 
        • 2 sm badam kisar 
        • 2 sm minyak sapi 
        • garam dan serbuk lada putih. 
        • Perap bertanda* selama 15-20 minit 
        • Kisar bertanda **

        Cara:
        Tumis bahan kisar dalam minyak sapi. Masukkan tomato puri, jintan putih + jintan manis + serbuk ketumbar, gula perang dan hirisan daun ketumbar. Masukkan tairu dan badam kisar, tumis lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan kepingan ayam dan masak sampai 3/4 empuk. Tuang sedikit air di sekeliling kuali utk memudahkan minyak terbit. Tabur garam dan serbuk lada putih.

        Bahan B:( Nasi)
        • 750ml stok ayam (air + 3 kiub stok ayam)
        • 500g beras basmathi, cuci bersih, toskan. 
        • 2 sm minyak ( samada ghee, canola atau olive oil) 
        • 3 biji capsicum - merah, hijau, kuning(hiris) 
        • 1/2 cawan sos tomato, 1/2 cwn kismis 
        • 1/4 st serbuk buah pala dan kayu manis 
        • 1/2 cwn hirisan badam bakar

        Cara :
        Didihkan stok ayam dalam periuk. Di samping itu panaskan minyak dlm kuali dan goreng beras selama 1 minit. Masukkan sos tomato, serbuk buah pala dan kayu manis serta garam. Kemudian masukkan capsicum dan kismis. Goreng sehingga bergaul rata. Padamkan api dan langsung tuang beras goreng ke dalam stok ayam yg sedang mendidih. Tutup periuk dan masak nasi hingga kembang tapi tak kering. (aku masak dalam rice cooker sampai nasi masak)

        Sesudah nasi masak alihkan ke casserol dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan dan sendukkan kuah ayam atas nasi, kemudian aturkan ayam atas kuah. Bakar lagi 15 minit atau sehingga ayam masak. Sesudah masak tabur hirisan badam. Permukaan nasi haruslah garing dan lembab di dalam. Hidang panas.








        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...