Assalamualaikum & Salam Ramadhan......
Angan2 tu nak letak n3 ni semalam tapi tak sempat jugak coz bawa hero mr.mama p klinik....domam dongan solsomo. Terawih pun buat 8 saja, risau jugak takut kena demam panas. 2...3 hari lepas mr.mama deman, selesema + batuk sekali......berjangkit pulak kat anak, insyallah makan ubat nanti tu sihat laaaaa. Ok sambung balik tentang menu ni, asal usul menu ni dari KakNor@secubitgaram, mr.mama ambil dari myresipi. Adala sikit2 mr.mama DERHAKA, jangan marah ya KakNor posa2 nie...hehehehe.... . Memang tak di nafikan SEDAP tuuuuu.... . Selamat Menjamu Mata.....
Original resepi : http://secubitgaramnor67.blogspot.com/
Bahan-bahan :
- 500 gram daging batang pinang
- 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
- 1 biji benggala hijau
- 1 biji benggala merah
- 1 biji lada merah
- 3 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 cawan air
- 1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu besar air
- 1/2 sudu garam halus
- 1 sudu besar gula
- Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan yang mr.mama tambah (sikit derhaka jugak)
- Dah ada kat atas benggala hijau dan merah jadi mr.mama tambah kuning 1 biji.
- 2 ulas bawang putih - dicincang
- 2 biji ubi kentang - potong baji dan goreng
- 1 sudu besar sos blackpepper
- 1 labu bawang besar - potong bulat
Cara-cara :
- Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yang banyak ketika menggoreng.
- Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
- Panaskan minyak, sebolehnya di gunakan minyak yang banyak dan menggunakan api yang kuat seperti yang ditunjukkan oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dengan lama. Goreng daging lebih kurang 3~4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Masukkan serbuk lada hitam, bawang putih yang dicincang dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. *Peringatan - garam tak perlu letak banyak kerana dah pun masin dari kicap dan sos tiram.
- Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah masukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih kemudian masukkan ubi kentang yg digoreng, sos blackpepper dan bawang besar yg dipotong bulat. Bila dah pekat bolehlah di padamkan api dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.
salam ramadhan buat mr mama.. lama tak update ya.. tak marah pun, adat lah org masak, masak ikut selera dan stok bahan kat dapur sendiri kan.. tu namanya derhaka yg baik.. tak kena hukuman pancung pun hehee..
ReplyDeleteslmt berpuasa buat mr mama sekeluarga.. smoga yg tak sihat segera sembuh..
salam ramadhan dan selamat berpuasa buat mr mama sekeluarga....
ReplyDeletehhmm...menyelerakan betoi nengok daging tu...
K.Nor : salam ramadham kembali, ya la akak, mr.mama buat2 bz tu yang x sempat nak update blog...hehehe...apa2 pun tima kaseh sudi kongsi resepi dan sudi jengok blog yg x seberapa ni.....
ReplyDeleteMas: salam ramadhan untuk Mas sekeluarga jugak. tima kaseh jugak buat Mas sudi terjah blog yg dah lama beku nie...kikiki.....
ReplyDelete