Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

Meatball ala ikea c/w special sauce





Tetiba teringin pulak nak makan meatball ala ikea yang dah banyak ada di blog2. Cuma terlupa nak save link  blog yang mr. mama ambik resepi sos ni, mohon halalkan ye tuan punya resepi. Mr. mama ada adjust skit iku kesedapan tekak dalam rumah ni.


o


Meatball guna yang segera aja, brand AZMY - grill dalam pan dengan sedikit minyak zaitun hingga masak.

Resepi sos :

  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 sudu besar  tepung gandum -membukit
  • 1 biji buah tomato - dicincang
  • 11/2 cawan air
  • 2 sudu besar sos lada hitam*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • 1 sudu besar sos tomato*
  • 2 sudu besar sos cili*
  • 2 sudu kicap manis*
  • 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk*
  • 1/2 kuib pati daging*
  • 1 sudu kecil gula*


Cara-caranya:

  1. Cairkan butter lepas tu masukkan bawang, goreng hingga layu.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
  3. Masukkan tomato, goreng lagi, masukkan air.
  4. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.
  5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi).
  6. Grillkan meatball hingga masak , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama sos yang dimasak tadi.

** mr. mama tak makan bersama jem, takde stok di rumah.

Tuesday, February 26, 2013

Lamb Chop....kambeng....kambeng...




Minggu ni saja dah 3x buatnya. Dah rasa sedap, jadi lepas makan...perap lagi, lepas tu makan pulak...perap lagi. No komen la dari mr.mama, lu cuba lu rasa la... . Cerita panjang pu tak guna la... . 




Resepi

  • 4 keping kambing / lamb shoulder


Bahan perap

  • 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1/2 inci halia - ditumbuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh parsley
  • 1 sudu besar madu lebah asli
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit minyak zaitun/ butter - utk menggoreng/ panggang


**kaedah masak ni mr. mama belajar dengan my wife, my wife belajar dgn ofismate dia yg pakar masak kambeng ni si jusnika namanya.

Cara:

  1. Mula-mula rendam sekejap kambing tuu dengan sedikit air dan tepung gandum antara 1/2 hingga 1 jam, boleh jugak kalau kambeng tu masih keras lagi, rendam je.
  2. Basuh bersih-bersih bilas dan perahkan lemon biar seketika. Bilas bersih-bersih, toskan.
  3. Masukkan semua bahan perap ke dalam mangkuk besar (agak2 muat letak kambeng tuu), gaul sebati.
  4. Masukkan kambeng dalam mangkuk bahan perap dan gaul sebati.
  5. Perap dalam peti sejuk beberapa jam, satu malam lagi baik.
  6. Panaskan minyak zaaitun atau butter dalam pan. Masukkan daing kambeng yang telah diperap dengan 1/2 cawan air. Tutup pan tersebut, api sederhanaa kecil supaya daging tu masak dan serap semua bahan-bahan perap tu. Masak hingga kering, matikan api.
  7. Siap untuk dimakan, makan panas2 baru sedap


Kalau nak makan dengan sos blackpaper pun boleh atau nak makan begitu saja pun sedap.
Resepi blackpaper penah buat kat sini, sejarahnya pun adakat sini jugak .

Bahan:

  • 1 tin krim cendawan (brand Campbell)
  • 1 biji bawang besar  - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih  - dicincang
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar2
  • 4 sudu besar sos lada hitam (brand life)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 kuib daging knorr
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan kuib daging dan kacau sebati.
  3. Masukkan krim cendawan, kacau dan tuangkan air, kacau sebati dan biar mendidih.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, lada hitam yang ditumbuk, sos tiram dan sos lada hitam, kacau sebati.






Saturday, December 11, 2010


Burger Ala Cart

Salam hari minggu.......

Kat K.Kinabalu ujan dari petang semalam tak berenti lagi sampai pagi nie, nak mandi solat subuh pun terketaq-ketaq......ayaq sejukkkkk. Anak2 mr.mama pakat2 dok merekot lagi kat bawah selimut. Rutin mr.mama hari minggu nie biasala jogging, tapi ujan punya pasai ubah schdule post la apa2 yang patut untuk tatapan pengunjung blog mr.mama. Gambaq nie menu malam tadi, mr.mama and lovely wife malas nak makan berat2, last2 burger naik nama jadi calon. Roti dia pun guna roti gardenia ja, buh timun, carot, bawang, sos cili + sos black pepper. Kalih pi kalih mai, golek p golek mai.......SIAP. 7/8 kali gigir settle. Urrppp......alhamdulillah ALLAH bagi rezeki kat mr.mama sekeluarga. 





Thursday, December 2, 2010

Lamb Chop Putri Bahang 2nd Edition




Malam nie mr.mama and lovely wife tak ada selera nak makan nasi, jenguk2 dalam freeze ada daging kambing 2 keping balance hari tu. Tilik pi tilik mai terus ja masuk dalam oven buat lamb chop. Mr.mama urus daging kambing, wife buat black pepper sos. Resepi ni asalnya terjumpa di blog ayu Singapore  http://curlybabesatisfaction.blogspot.com , seperti kata ayu boleh adjust ikut citarasa masing2. Jadi dengan bangganya mr mama ada la adjust sikit2.  Berbanyak-banyak terima kasih kepada ayu Singapore kerana berkongsi resepi yang ringkas dan sedap serta memenuhi citarasa mr mama sekeluarga. Minta izin share resepi kat sini tapi versi yang dah mr mama adjust ikut tekak  mr mama, yg asal boleh check disini

Bahan:
  • 1 tin krim cendawan (brand Campbell)
  • 1 biji bawang besar  - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih  - dicincang
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar2
  • 4 sudu besar sos lada hitam (brand life)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 kuib daging knorr
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan kuib daging dan kacau sebati.
  3. Masukkan krim cendawan, kacau dan tuangkan air, kacau sebati dan biar mendidih.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, lada hitam yang ditumbuk, sos tiram dan sos lada hitam, kacau sebati.
  5. Masak sehingga kuah pekat  dan siap untuk dicicah dengan apa2 yang anda suka.

Monday, November 22, 2010

Lamb Chop Putri Bahang 1st Edition


Salam...
Sebelum nie mr.mama tak la berminat sangat nk mkn daging lamb2 nie. Maklumla kalau tak pandai masak nanti ada bau....baula.... . 1st time cuba makan kt upper star sempoi la pulak, tapi time nak bayar kira pi kira mai campuq tolak bahagi jadila rm25++(baru 1 keping) jugak la. Lepas tu wife mr.mama cuba try buat sendiri la. Modal lamb rm15++(4 keping lagi tu), campuq pi campuq mai semua baru dalam rm20++. Uuurrpppp...kenyang. Mr.mama nak berkongsi resepi nie dengan korang semua. Selamat mencuba. Nanti mr.mama bagi resepi black pepper sos sempoi punya, sehingga menjilat tupperware ahak...ahak.... TUNGGUUUUUUU ................

Bahan-bahan:

  • 4 keping lamb shoulder
  • 4 sudu besar sos worcestershire (brand LEA & PERRINS)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar lada hitam   - ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih         - ditumbuk
  • 1 inci halia                       - ditumbuk
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar italian herb

Cara-caranya :
  1. Basuh lamb shoulder sehingga bersih dan toskan.
  2. Gaulkan lamb tersebut dengan semua bahan di atas dan perap selama 4 jam atau lebih (lagi lama lagi sedap).
  3. Alas dulang bakar dengan aluminium foil, susun lamb dan bakar dalam oven selama 40 minit dengan suhu 170 darjah celcius (suhu ikut kesesuaian oven).
  4. Selepaskan 20 minit yang pertama, balikkan lamb supaya masak dan gairng yang sekata.
  5. Boleh dihidangkan dengan black pepper sos. (lagi sedap kalau ada kentang goreng dan coselow)

Note : bagi yang tak tahu apa itu " Sos Worcestershire (Brand LEA & PERRINS) ", gambar disetakan di bawa.

 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...