Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Sebelum Kempunan....

Buat apa yang teringin siap2 sebelum nak memulakan 'DIET', takut nanti kempunan meleleh pulak air liur kakaka.... . Makan pun ala2 kadar ja, tak la pulak menambah sampai 2..3 pinggan macam selalu....yang lebih2 tu pasing kat wife ngan anak2 leeee.... . Orait latu kan... . Meh la pakat2 nengok.... Selamat Menjamu Mata.....


Bahan :
  • 1/2 kg mee kuning
  • 200 gram ayam - dipotong kecil2
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar udang kering - dikisar
  • 1 sudu teh lada hitam - dikisar
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 2 sudu besar sos cili *
  • 3 sudu besar OTA-KU *
  • 3 sudu besar kicap pekat*
  • 1 cawan kobis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan hiasan :
  • Daun bawang
  • Daun salad

Cara  masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar, kacau sebati dan biar mendidih.
3. Masukkan ayam dan semua bahan bertanda * kacau sebati
4. Masukkan garam dan masak seketika
5. Bila dah agak kering masukkan mee dan kobis yang telah dibersih dan toskan.
6. Kacau sebati biar masak seketika.
7. Boleh dihidangkan dengan bahan hiasan.


Thursday, March 10, 2011

Mee Goreng Basah............ + Vlog Dari 1Tube


Assalamualaikum......
Lama tak sarapan mee goreng, hari ni termakbul sudah nawaitu nak pekena mee. Bahan2 tu macam dah selalu masak cuma ada la yang tambah ada yang kurang...bak kata íkut sedap tangan baling masuk belanga'. Pedas tu dah semestinya la kalau tak ummppp tu hilang laaa... . Buat pun tak banyak habuan alas perut pagi sementara dok pikir apa plak nak masak lunch nanti, nak kena bw nampak gaya2nya. Sebelum bw mai kita pakat2 tengok, kalau nak join sekaki pun boleh...hehehehe.... Selamat Menjamu Mata.... . 

Sebelum nak ushar resepi tu mr.mama upload video antara blogger2 sabah semasa di temuramah oleh krew 1Tube.my . Malu + Segan la pulak nak letak vlog mr.mama........ . Tengok yang orang punya pun kira lebih kurang saja la yaaa..... . Selamat Menonton dan rajin2lah klik kat 1Tube tu....

  • 1/2 kg mee kuning
  • 200 gram daging - dipotong kecil2
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar udang kering - dikisar
  • 1 sudu teh lada hitam - dikisar
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 2 sudu besar sos cili *
  • 3 sudu besar OTA-KU *
  • 3 sudu besar kicap pekat*
  • 1 keping tauhu - digoreng
  • 2 cawan taugeh
  • 1 cawan kobis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan hiasan :
  • Daun bawang
  • Cili merah/hijau (jika suka)
  • Bawang goreng

Cara  masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar, kacau sebati dan biar mendidih.
3. Masukkan daging dan semua bahan bertanda * kacau sebati
4. Masukkan garam dan masak seketika
5. Bila dah agak kering masukkan mee dan kobis yang telah dibersih dan toskan.
6. Kacau sebati biar masak seketika, masukkan taugeh kacau dan gaul sebati.
7. Boleh dihidangkan dengan bahan hiasan.





Friday, December 24, 2010

Mari Berpantun.......

Salam dr mr.mama....

DARI PERLIS HINGGA KE SABAH
MERANTAU JAUH MENCARI REZEKI
SAJIAN ENAK ANEKA PERENCAH
ITULAH KUETEOW GORENG CILI PADI

Haa...tuuu dia...... keluaq dah pantun, malam2 ni tetiba nak berpantun pulak, walhal tak reti pun nak pantun, jadi belasah aje la.... nanti mr.mama buat contest 'mari berpantun' untuk semua blogger, tungguuuuuuu....

Sebelum mr.mama melabuhkan badan2 yang lenguh dan letih nie di tilam empuk mr.mama tu......, nie n3 mr.mama untuk penutup pada malam nie. Resepi nie datang spontan ja coz malas nak makan nasi malam2 nie. Resepi nie nak habaq bagi agak pedas sedikit la kan.....tengok pun dah tau dah, nampak cili padi tercongok kat celah2 kueteow tu. Kata orang tak pedas tu tak cukup syarat la. Apa2 pun Selamat Mencuba........

tuu dia cili padi  berposing sakan....

Kueteow Goreng Cili Padi

Bahan-bahan :
  • 1 kg kueteow - dibasuh dan toskan
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 10 ulas cili padi merah- ditumbuk
  • 1/2 cawan sos cili*
  • 1/2 cawan kicap manis*
  • 1/2 cawan sos OTA-KU *
  • 2 sudu besar sos tiram*
  • 1/2 cawan air*
  • 1 keping dada ayam - dipotong nipis-nipis
  • 10 ekor udang segar
  • 1 cawan kobis - dipotong
  • 2 cawan taugeh
  • Sedikit cili padi
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan tumbuk dan ayam yang telah dipotong hingga garing.
  2. Masukkan semua bahan bertanda * bersama 1/2 cawan air, kacau sebati dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan udang dan garam secukup rasa, biar mendidih sehingga udang masak.
  4. Masukkan kueteow dan kacau sebati, kemudian masukkan kobis dan cili padi, kacau lagi.
  5. Masukkan taugeh dan kacau sekejap aje, matikan api, siap untuk dihidangkan.

Tuesday, December 21, 2010

Mee Goreng Udang

 

Salam dr mr.mama.....

Sebelum tutup n3 untuk malam nie, mr.mama ada 1 lagi resepi nak kongsi dengan pengunjung2 blog mr.mama. Jengok2 dalam peti sejuk ada mee belen dalam 1/2 bungkus lagi. Buka freeze tengok ada udang....hah jadik. Mr.mama kluaq pi kedai beli kobis ++ apa yang patut sementara wife mr.mama buat bahan tumis. Ketung...ketang....ketung...ketang = kat bawah tu.....
Selamat Mencuba..................



Bahan :
  • 1kg mee kuning
  • 10 ekor udang segar saiz sederhana
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar udang kering - dikisar
  • 1 sudu teh lada hitam - dikisar
  • 2 sudu besar sos tiram *
  • 4 sudu besar sos cili *
  • 6 sudu besar OTA-KU *
  • 6 sudu besar kicap pekat*
  • 1 keping tauhu - digoreng
  • 2 cawan taugeh
  • 1 cawan kobis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan hiasan :
  • Daun bawang
  • Cili merah/hijau (jika suka)
  • Bawang goreng

Cara  masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar, kacau sebati dan biar mendidih.
3. Masukkan semua bahan bertanda * kacau sebati
4. Masukkan udang dan kacau, masukkan garam dan masak seketika
5. Bila dah agak kering masukkan mee dan kobis yang telah dibersih dan toskan.
6. Kacau sebati biar masak seketika, masukkan taugeh kacau dan gaul sebati.
7. Boleh dihidangkan dengan bahan hiasan.





Tuesday, December 7, 2010

Mee Cakalang aka Mee Telur




Salam semua.....
Pagi ni mr.mama nak share menu breakfast  kami sekeluarga..... mr.mama lovely wife cuti hari ni....so giliran dia la jadi chef kat dapur hari ni....he..he..he...

MEE TELUR versi goreng

Bahan-bahan :


  • 1 bungkus mee telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 5 ekor udang segar
  • 1 cawan daging lembu
  • 2 sudu besar cili kisar*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar sos cili*
  • 2 sudu besar cikap pekat*
  • 1 sudu besar sos ikan*
  • 1 cawan kobis
  • 1 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau, masukkan daging yang telah dihiris nipis-nipis, kacau.
  2. Masukkan semua bahan bertanda * dan sedikit air supaya daging masak dan empuk.
  3. Masukkan udang segar , garam dan kacau sebati.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan mee  dan kobis, kacau sebati .
  5. Masukkan telur ayam dan kacau lagi hingga masak.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama taburan daun bawang dan cili.


Wednesday, November 24, 2010

Kueteow Goreng Seafood OTA-KU


Bahan :
  • 1kg kueteow
  • 10 ekor udang segar saiz sederhana
  • 10 ekor sotong saiz sederhana
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar udang kering - dikisar
  • 1 sudu teh lada hitam - dikisar
  • 2 sudu besar sos tiram *
  • 2 sudu besar sos cili -  xletak sebab tiada stok *
  • 6 sudu besar OTA-KU *
  • 4 sudu besar kicap pekat*
  • 1 keping tauhu - digoreng
  • 2 cawan taugeh
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan hiasan :
  • Daun bawang
  • Cili merah/hijau (jika suka)
  • Bawang goreng
Note : OTA-KU adalah perencah char kuey teow yang ada dijual dipasaran.

Cara  masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar, kacau sebati dan biar mendidih.
3. Masukkan semua bahan bertanda * kacau sebati
4. Masukkan udang dan sotong kacau, masukkan garam dan masak seketika
5. Bila dah agak kering masukkan kueteow yang telah dibersih dan toskan.
6. Kacau sebati biar masak seketika, masukkan taugeh kacau dan gaul sebati.
7. Boleh dihidangkan dengan bahan hiasan.




Monday, November 22, 2010

Mee Rebus Ketam Edisi Kuala Ketil

 LA SEDAP TUUU.....SINGGAH RASA

Salah 1 resepi kegemaran.... resepi asal dari mak mentua mr mama.... kalau mak mentua masak pehh..bukan nak cakap la... memang terangkat pinggan tambah lagi skali ...:)  Tapi semenjak di perantauan ni susah la nak  merasa MEE REBUS KETAM  ni lagi.... jadi tepaksa la ...siapa lagi mrs mama la yang buat. Kira 1st time la dia buat ni.... puas dia menelefon mak dia minta resepi... kejap-kejap telefon ha..ha..ha kesian..tapi sebab semangat nak memasak tu membara jadi hasilnya tidak mengecewakan.... 4 star to my wife (yg 5 star tu mak mentua punya ..mana boleh lawan sifu).

Mr mama nak berkongsi sikit la.... keenakan rasa mee kuah ketam ni dari.....adunan seafood segar seperti sotong, ketam dan udang serta air rebusannya menyedapkan kuah mee tuuu.... Kenapa nama dia mee rebus ketam??? sedangkan ada udang, sotong, daging???? Cepat, cepat siapa yang boleh jawab....:)  Baunya harum menyelerakan adunan dari kacang tanah, bijan udang kering yang digoreng. Pendek kata sedap, panjang pun kata sedap jugak. !!!


Resepinya mr mama tepek di sini, ceduk dari buku resepi wife mr mama... baru ja dia tulis hasil perbualan telefon dengan mak di kampung...

MEE REBUS KETAM
  • 1 kg mee kuning - dicelur 
  • 250 gram taugeh - dicelur 
  • 1/2 kg daging segar - direbus 
  • 4 biji ubi kentang  (kalau saiz kecil mcm telur ayam gred A) -direbus dan kisar 
  • 350 gm udang segar (saiz kecil/ sederhana) - direbus dan kisar 
  • 1 ekor ketam 
  • 250 gm sotong
  • 1 cawan kacang tanah - digoreng 
  • 30 biji cili kering - digoreng 
  • 2 sudu besar bijan -digoreng 
  • 3 sudu besar udang kering - digooreng 
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • garam dan gula secukup rasa 
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 4 keping tauhu - digoreng dan dipotong kuib 
  • 2-3 pokok daun bawang - dihiris halus 
  • 3 biji cili merah - dihiris halus 
  • 5 biji telur ayam - direbus dan di potong-potong 
  • Bawang goreng 
  • Limau kasturi - dibelah dua

Cara memasak :
  1. Rebus daging + ubi kentang + ketam+ udang+ sotong hingga masak.
  2. Kisar ubi kentang yang telah masak, tuang dalam satu bekas.
  3. Kisar udang hingga halus dan tapis ke dalam bekas ubi kentang tadi. (udang dikisar dgn kepala dan kulit sekali).
  4. Kisar bahan-bahan yang telah digoreng tadi. 
  5. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan goreng yang telah dikisar dan kacau sebentar. Tuang ubi kentang + udang yang telah dikisar ke dalam periuk, kacau sebati. 
  6. Tuang lebihan air rebusan + daging + sotong + ketam ke dalam periuk dan masak sampai mendidih. 
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  8. Bila dah masak tutup api dan sedia dihidangkan dengan mee, taugeh dan bahan-bahan sampingan yang telah siap dipotong/dihiris.
  9. Sedap dimakan ketika panas.... Selamat Mencuba!!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...