Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Ketam Nipah ??..... Kenal Ka...

Lepas kenyang makan kek pisang, mr.mama dok pikir apa plak la nak masak lunch nanti. Pi selongkaq esbok nampak ketam hijau, kalau kat utara semenanjung depa panggil 'Ketam Nipah'. Mr.mama beli kat pasat last week, ada yang rm5/kilo.....rm7/kilo dan rm10/kilo (lagi besar lagi up la harga dia). Mr.mama bedal ambik yang rm10/kilo dapatla dalam 3 ekor, jadi la makan 1 family sekali hadap....hahahaha... . Sepit awal2 lagi mr.mama booking, anak2 pun serender.....jadik bapak dia la menang...muahaahahaha... . Resepi ni dah 2 kali buat, yang lain tu sama ja cuma spesis ketam ja yang lain. Sambil2 beli ketam tu mr.mama teringin nak tanya kat brother jual tu awat ketam ni dijual hidup2 tak macam ketam lain semua dah KO.... . Korang tau kenapa???.... Sebabnya ketam bakau@hijau ni kalau dah KO...otomatik isinya terus jadi hancur... . TAK CAYA??.. Cuba la....... . Nanti bleh la hirup isi ketam tu saja.... . Panjang pulak cerita hari ni... Mai2 pakat nengok. Selamat Menjamu Mata....

Bahan-bahan :
  • 3 ekor ketam - rebus, toskan dan ketepikan
  • 15 biji cili kering - direbus dan kisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 1/4 inci belacan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji telur ayam - dikocok
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • Sedikit minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, asam jawa, garam, gula dan sedikit air, masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ketam yang telah siap dibersihkan, dipotong dan direbus. Gaul sebati dengan kuah dan tutup kuali.
  4. Agak2 dah masak, buka penutup kuali, tuang telur yg telah dikocok, kacau sebati.
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, kacau balik2 , matikan api, sedia untuk dihidangkan.




Sunday, January 23, 2011

Chili Crab II




Ni menu mr.mama tengahari tadi, 'Chili Crab'...dah penah buat dah sebelum ni, menu sampingan tak sempat nak snap dah abis kena ngap, 'Ikan Goreng Tepung'....sedap sbb ikan selar kecik2 tu fresh lagi, beli kat Tamu Tuaran, Sabah. Ketam tuu pun masih hidup lagi... so, layannnn....... menu hari nie dengan menjamu mata......


Bahan-bahan :
  • 3 ekor ketam
  • 15 biji cili kering - direbus dan kisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 1/4 inci belacan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji telur ayam - dikocok
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • Sedikit minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, asam jawa, garam, gula dan sedikit air, masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ketam yang telah siap dibersihkan dan dipotong. Gaul sebati dengan kuah dan tutup kuali.
  4. Agak2 ketam dah masak, buka penutup kuali, tuang telur yg telah dikocok, kacau sebati.
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, kacau balik2 , matikan api, sedia untuk dihidangkan.


Friday, December 31, 2010

Simply Chili Crab

Mari menjamu mata dengan menu simple mr.mama ari nie...... mood nak masak kureng skit hari ni....tapi kena masak jugak sebab mood nak makan tak kureng2 wakaka...... apa pun layannnnnnnnnnnnn. Selamat Menjamu Mata.............


Bahan-bahan :
  • 1.5 kg ketam segar - dipotong 4
  • 20 biji cili kering - direbus dan kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 1/2 inci belacan - dikisar 
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, kacau sebati.
  2. Masukkan gula dan garam, tambahkan lebih kurang 1/2 cawan air, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau sebati biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ketam bila sambal sudah agak garing skit.
  5. Kacau sebati, tutup sekejap kuali hingga ketam masak. 
  6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.


Tuesday, December 7, 2010

Gulai Ketam Suri




Perghhh!!!!  Ni feveret  mr.mama....2-3 ekor boleh selesai dengan sekali henjut. He...he...he. Mr.mama suka makan ketam suri sebab kat sepit dia banyak isi. Wife mr.mama la yang masak ni... ketam ni satu ekor dah dekat2 1 kilo tapi mujur la sekilo RM 12.00 aja... tapi mr.mama beli 4 ekor ja.... . Kat sabah nie makanan laut boleh di kategorikan 'murah' dan 'fresh' berbanding dengan sebelah semenanjung, jom layannnnn..... . Selamat Mencuba....

Bahan-bahan :
  • 1 kg ketam suri
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit minyak
Bahan Tumis :
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 1/2 inci halia - dimayang
  • 2 tangkai daun kari

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masuk rempah bersama bahan kisar dan sedikit air, masak rempah hingga pecah minyak.
  3. Masukkan asam gelugor bersama tomato kacau sebati.
  4. Masukkan santan biar hingga mendidih dan masukkan ketam bersama garam.
  5. Bila ketam dah masak, masukkan daun bawang  yang dipotong  ½ inci.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...