Assalamualaikum...........
Sebelum mr.mama nak berangkat pergi K.L, nak la post 1 lagi ne nie. Lagipun flight mr.mama pukul 7 petang, sekarang baru jam 4.30 petang. Mr.mama gerak p K.L sorang ja, nak bagi AYAHANDA sokongan moral sikit sebelum nak buat pembedahan hari Selasa ni. Menu nie mr.mama n wife berganding bahu buatnya, main campak2 baling2 ja. Tau2 jadi sedap pulak....lepas tu nak taip resepi ni pakat2 pening dok pikir apa yang dah letak dalam resepi nie..kakakakaka..... . Setelah pakat2 perah otak jadi dapatlah semua bahan2 yang kami letak tu... . Selamat Mencuba.... Oklah mr.mama dah nak gerak pegi airport dah nie. DOA2kan lah yeee agar semuanya selamat.....
Bahan-bahan :
- 1/2 ekor ayam - dipotong kecil & gaul garam kunyit
- 2 biji kentang - dipotong baji dan goreng hingga masak
- 2 sudu makan sos lada hitam #
- 2 sudu makan sos tiram #
- 1 sudu makan kicap manis #
- 1 sudu kecil serbuk lada putih #
- 2 ulas bawang putih -kisar
- 4 ulas bawang merah -kisar
- 1/2 inci halia - kisar
- 6 biji tomato ceri
- 2 helai daun limau purut
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak
- Panaskan minyak, goreng ayam yang telah digaul garam kunyit seketika.
- Masuk bahan kisar, kacau seketika hingga bau wangi dan terbit minyak.
- Masukakan bahan bertanda # dan kacau sebati.
- Bila dah mendidih masukkan daun limau purut dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul lagi dan masukkan tomato ceri.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan boleh diangkat dan hidangkan.
mesti cuba mesti cuba ! yummy..
ReplyDelete