Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, March 5, 2013

Nasi Tomato VS Ayam Masak Merah





Dah pernah buat dah dalam n3 lepas2. Kali ni buat pun tak banyak, 2 mulut saja nak makan. Tp ayam tu kiranya banyak ketui la jugak.....habuan nak ratah. Anak mr.mama yang kecil sekali pun sekarang nia dah makan pedas2 dah. So kerja tu makin mudah la kan...kan...kan. Cakap banyak pun buat kering rengkong ja, apa kata p cuba dulu noooooo............... . 


Nasi Tomato Mr. Mama

Bahan:
  • 4 cup beras basmathi
  • 4 1/2 cup air
  • 1/2 cup susu cair
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar badam kisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji cili hijau -potong 4
Bahan tumis :
  • 1/4 labu bawang besar - dimayang
  • 1 batang serai dititik
  • 4 helai daun pandan wangi - disimpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga


Cara :
  1. Panaskan minyak masak + minyak sapi dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kisar, kacau sebati, biar mendidih. 
  3. Masukkan  air, susu cair, tomato puri, sos tomato, garam dan gula, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan beras, kacau dan masak hingga kering air, kecilkan api, tutup periuk.
  5. Biar hingga nasi masak, tabur cili hijau yg telah di potong  kareh nasi dan matikan api.


Ayam Masak Merah II

Bahan-bahan :

  • 10 ketul paha ayam / kepak ayam
  • 20 biji cili kering - direbus dan dikisar
  • 2 biji cili merah - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 kuib ayam
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
Bahan tumis:
  • Sedikit  kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • 1 batang serai dititik
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kuib ayam, masak sekejap hingga mendidih.
  3. Masukkan paha ayam dan air, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebati, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong pendek2, kacau sebati.
  6. Matikan api dan siap untuk dimakan.

Monday, March 4, 2013

Lapis Cheese with Salted Cheese Biscuit





Dah sarapan ka?.... . Kek cheese kedua, tp yang ni dengan biskut yang kat dalam tu pun dari cheese jugak. Berbeza sikit dari sebelum nie yang guna biskut marie. Saja cuba nak tengok perbezaan rasa macamana. Nak tau beza mana yang lebih sedap kena try buat dua2 skali la.... . Try la noooo......



Resepi ni CnP dari sky blue's Kitchen  tapi diolah ikut citarasa tekak le,  boleh rujuk di sana untuk resepi penuh yang lebih detail. Tqvm pada tuan blog dan tuan resepi ini.

Ini resepi yang telah diolah untuk rujukan mr.mama

Bahan² 

  • 125 gm mentega 
  • 250 gm cream cheese
  • 1 cawan gula aising
  • 170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )
  • 3 bungkus Khong Guan salt cheese crackers - kuantiti biskut bergantung kepada ketebalan setiap lapisan
  • 1 cawan susu segar atau susu jenis lain - tak celup dalam susu.




Cara²
  1. Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu. 
  2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
  4. Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
  5. Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
  6. Ulangi proses No.4 dan No.5 hingga habis.
  7. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah  kepada citarasa masing-masing.
  8. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
  9. Akhir sekali taburkan nestum dipermukaan.
  10. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.

Sunday, March 3, 2013

Butter Prawn 'Basah'



Menu kegemaran sekeluarga..... terutama sekali di kala perut berkeroncong minta diisi segera, jadi menu segera inilah yg paling sesuai. Butter prawn ni sedappp sangat kalau guna udang yang fresh.....selalu sangat dah buat tapi tak sempat snap dah kena ngap... .


Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang sederhana besar (kalau udang fresh lagi cantik la...)
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar mentega
  • 3 tangkai daun kari
  • 1sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat (kalau suka la..)
  • 2-3 biji cili padi (dihiris)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang separuh masak, angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali yang lain, masukkan mentega biar cair kemudian masukkan daun kari.
  3. Bila daun kari agak layu, masukkan susu cair kacau sebati kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biar seketika kemudian masukkan udang yang telah digoreng separuh masak tadi. Masukkan cili padi, kacau sebentar.
  4. Angkat dan hidangkan, sedap dimakan ketika masih panas.


    Saturday, March 2, 2013

    Meatball ala ikea c/w special sauce





    Tetiba teringin pulak nak makan meatball ala ikea yang dah banyak ada di blog2. Cuma terlupa nak save link  blog yang mr. mama ambik resepi sos ni, mohon halalkan ye tuan punya resepi. Mr. mama ada adjust skit iku kesedapan tekak dalam rumah ni.


    o


    Meatball guna yang segera aja, brand AZMY - grill dalam pan dengan sedikit minyak zaitun hingga masak.

    Resepi sos :

    • 2 sudu besar butter
    • 1/2 labu bawang besar - potong dadu
    • 1 sudu besar  tepung gandum -membukit
    • 1 biji buah tomato - dicincang
    • 11/2 cawan air
    • 2 sudu besar sos lada hitam*
    • 1 sudu besar sos tiram*
    • 1 sudu besar sos tomato*
    • 2 sudu besar sos cili*
    • 2 sudu kicap manis*
    • 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk*
    • 1/2 kuib pati daging*
    • 1 sudu kecil gula*


    Cara-caranya:

    1. Cairkan butter lepas tu masukkan bawang, goreng hingga layu.
    2. Kemudian masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
    3. Masukkan tomato, goreng lagi, masukkan air.
    4. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.
    5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi).
    6. Grillkan meatball hingga masak , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama sos yang dimasak tadi.

    ** mr. mama tak makan bersama jem, takde stok di rumah.

    Friday, March 1, 2013

    Devil's food chocolate cake





    Satu lagi resepi kek yang ramai dah buat. ambik resepi dari masam manis, tapiiii.... kek dia mr mama buat resepi kek kukus munira aje, sbb senang. ... yg lain tuuu sama la. Tengok la ye.....




    DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

    By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
    Rujukan : masam manis




    Bahan Kek Coklat  ( tak guna adunan ni, ganti dgn kek kukus munira)

    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 / 2 cawan cocoa powder
    • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1 / 2 sudu kecil garam
    • 1 / 2 cawan gula pasir
    • 1 / 2 brown sugar
    • 125 gm mentega
    • 2 biji telur gred A
    • 2 sudu kecil vanila ekstrak
    • 1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
    • 1 cawan air suam


    Cara : 
    1. Panaskan oven pada suhu 170C
    2. Sediakan loyang ukuran 9 inc.
    3. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
    4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
    5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
    6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
    7. Terakhir masukkan vanili estract.
    8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.


    Cream Cheese Frosting

    • 125gm Philadelphia cream cheese
    • 60gm mentega
    • 1/2 cawan gula aising
    • 1 sdt vanili ekstrak - esen vanila ja
    • 1 sudu kecil jus daripada lemon
    • 1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah - xletak


    Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

    Chocolate Ganache

    • 100ml double cream/ whipping cream
    • 250gm coklat gelap dicincang halus
    • sedikit garam ~ ita tak letak - tak letak
    • 1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
    • 1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah



    Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair 
    Angkat dan sejukkan

    Melapis Kek
    Tunggu kek benar-benar sejuk
    tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
    Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
    Tuangkan ganache coklat atasnya
    Hiaskan kek mengikut kreativiti.
    Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

    Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
    Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
    Lap mata pisau dan potong.

    Thursday, February 28, 2013

    Kek Lumut





    Resepi ambik dari blog masam manis, sbb tertarik dengan kek-kek di sana, asal dari dayang jack. Teramatlah sedap kek lumut dayang jack ni, harum semerbak satu rumah. Dah 3 kali buaat kek ni...berbaloi-baloi.

    KEK LUMUT

    By : Dayang
    sumber : masam manis

    Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")

    • 1 cawan tepung gandum ~ diayak
    • 1 cawan horlicks
    • 3/4 cawan gula halus 
    • 250 g mentega
    • 4 biji telur A
    • pewarna hijau secukupnya 
    • 4 sudu besar seri kaya
    • 1/4 cawan susu pekat manis
    • 1 sk esen vanilla







    1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
    2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
    3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
    4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
    5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
    6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
    7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
    8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

    * Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik 



    Wednesday, February 27, 2013

    Kek Mable





    Buatnya dah lama, nie haaa baru nak post n3 ni. Mr.mama take over resepi ni dari blog kak ummi. Tengok dari blog kak ummi tu memang nampak lembut, manarik dan sedap sangat. Bila dah cuba...memang tidak syak wasangka lagi. Memang terbukti sedap bebenor la kek mable nie. Sekali hadap tu, mr.mama bleh kasi clear 1/4 la kiranya.... . Tak pecaya????... Cuba buat leeee dulu.



    EASYBAKE MARBLE CAKE
    sumber : Ummi @ Home Sweet Home

    Ingredients:-

    • 5 eggs
    • 40 ml water
    • 10 gm ovallette
    • 1 tbsp. strawberry paste
    • 1 tbsp. chocolate paste
    • 210 gm Hong Kong flour
    • 55 gm plain flour
    • 200 gm butter (softened)
    • 1 tsp baking powder
    • 250 gm castor sugar (i just used 210 gm) mr.mama guna 180gm



    Method:-
    1. Combine all ingredients (except butter and the 2 pastes) in a mixer and beat (slowly to high speed about 5 minutes) till well combined and thick.
    2. Add softened butter and mix till well combined.
    3. Divide into 3 portions ( leave 1 plain).
    4. Add strawberry & chocolate paste into each of the 2 bowls.
    5. 'Marbled' the 3 portions depending on your creativity into a 10x7x3" pan. Bake for 45 mins. at 150C (*i used round loosepan 8 inch. )




    Tuesday, February 26, 2013

    Sehari di 1B dgn Ammar
























    Lamb Chop....kambeng....kambeng...




    Minggu ni saja dah 3x buatnya. Dah rasa sedap, jadi lepas makan...perap lagi, lepas tu makan pulak...perap lagi. No komen la dari mr.mama, lu cuba lu rasa la... . Cerita panjang pu tak guna la... . 




    Resepi

    • 4 keping kambing / lamb shoulder


    Bahan perap

    • 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
    • 1/2 inci halia - ditumbuk
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar sos lada hitam
    • 2 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • 1 sudu teh gula pasir
    • 1 sudu teh oregano
    • 1 sudu teh parsley
    • 1 sudu besar madu lebah asli
    • 1/2 cawan air
    • Sedikit minyak zaitun/ butter - utk menggoreng/ panggang


    **kaedah masak ni mr. mama belajar dengan my wife, my wife belajar dgn ofismate dia yg pakar masak kambeng ni si jusnika namanya.

    Cara:

    1. Mula-mula rendam sekejap kambing tuu dengan sedikit air dan tepung gandum antara 1/2 hingga 1 jam, boleh jugak kalau kambeng tu masih keras lagi, rendam je.
    2. Basuh bersih-bersih bilas dan perahkan lemon biar seketika. Bilas bersih-bersih, toskan.
    3. Masukkan semua bahan perap ke dalam mangkuk besar (agak2 muat letak kambeng tuu), gaul sebati.
    4. Masukkan kambeng dalam mangkuk bahan perap dan gaul sebati.
    5. Perap dalam peti sejuk beberapa jam, satu malam lagi baik.
    6. Panaskan minyak zaaitun atau butter dalam pan. Masukkan daing kambeng yang telah diperap dengan 1/2 cawan air. Tutup pan tersebut, api sederhanaa kecil supaya daging tu masak dan serap semua bahan-bahan perap tu. Masak hingga kering, matikan api.
    7. Siap untuk dimakan, makan panas2 baru sedap


    Kalau nak makan dengan sos blackpaper pun boleh atau nak makan begitu saja pun sedap.
    Resepi blackpaper penah buat kat sini, sejarahnya pun adakat sini jugak .

    Bahan:

    • 1 tin krim cendawan (brand Campbell)
    • 1 biji bawang besar  - dipotong dadu
    • 2 ulas bawang putih  - dicincang
    • 3 cawan air
    • 3 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar2
    • 4 sudu besar sos lada hitam (brand life)
    • 1 sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk lada putih
    • 1 kuib daging knorr
    • 1 sudu besar sos tiram
    • Sedikit minyak untuk menumis

    Cara memasak:

    1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
    2. Masukkan kuib daging dan kacau sebati.
    3. Masukkan krim cendawan, kacau dan tuangkan air, kacau sebati dan biar mendidih.
    4. Masukkan serbuk lada hitam, lada hitam yang ditumbuk, sos tiram dan sos lada hitam, kacau sebati.






    Monday, February 25, 2013

    Chocolate Cake Trifle



    Kek ni dah pernah  buat dulu kat sini, tapi tak berapa nak jadi. Ni kira 2nd round baru la nampak rupa dia tu.cer tengok .....Mr.mama masih menggunakan resepi yang sama dari blog hana, cuma tukar lapis kek coklat tu guna resepi kek kukus munira. Kalau nak refer boleh check kat sini, yang lain-lain sama je...



    Resepi :

    Lapisan pertama = kek coklat kukus munira
    Masak kek ikut resepi (klik sini), sejukkan kemudian potong dan susun dalam bekas kaca.


    Lapisan kedua = http://topsyturvymum.blogspot.com/

    • 2/3 cawan tepung jagung
    • 1/3 gula kastor
    • 21/2 cawan susu segar
    • 200g dark chocolate


    Cara

    1. Campur tepung jagung dengan gula dalam periuk
    2. Tuang susu perlahan-lahan sambil kacau
    3. Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
    4. Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
    5. Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15 min atau lebih.



    Lapisan ketiga = http://topsyturvymum.blogspot.com/

    • 250 gm cream cheese
    • 1/4 cawan gula
    • 150 gm thickened cream / whipping cream




    Cara

    1. Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth
    2. Masukkan thickened cream/ whipping cream, pukul sebati.
    3. Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dalam peti ais.
    4. Tabur la apa yg suka kat atasnya seperti badam panggang, parutan coklat, stoberi dsbgnya.







    Monday, February 18, 2013

    Lapis Marie Cheese




    Alhamdulillah....baru selesai makan tengahari. Saja makan lewat sikit hari ni, rasa kenyang nak makan tadi tu yang lajak sikit time makan hari nie. Hari ni wife mr.mama masak, mr.mama tukang pekelear saja..kakaka . Sahabat2/kawan2/akak2/adik2 dah makan ka? Berbalik untuk n3 hari ni, resepi asal ambik kat kitchenguardian tapi mr.mama dah ubah skit ikut citarasa tekak. Apa2 pun trimas pada tuan resepi. Kek ni pun kiranya termasuk dalam salah satu feberet mr.mama jugak la. Jenis kek2 yang banyak guna ising tu mr.mama kureng sikit la. Adik mr.mama yang kat Kedah memang "HANTU" la. Kalau bawa balik kat dia kek marie cheese ni ka, jangan harap sapa2 pun nak kongsi dengan dia. Kek ni mr.mama ada buat dua version, yang ni mr.mama guna biskut marie. Dan yang lagi satu tu mr.mama guna biskut cheese, nanti akan masuk n3 jugak tu... . Sambil2 minum teh ka kopi ka mai kita pakat ambik sorang sepotong.....haha... . Cuba la nooo...... .




    Bahan-bahan :

    • 1 bungkus biskut marie
    • 300ml whipping cream
    • 250 gm cream cheese
    • 150 gm susu pekat
    • Sedikit keju cheddar - diparut

    Caranya :

    1. Sediakan loyang yg di alas dengan plastik atau aluminium foil.
    2. Pukul cream cheese sampai berkrim, masukkanwhipping cream dan susu pekat, gaul sebati.
    3. Tuang satu senduk dalam loyang, susun biskut marie di atasnya... buat sampai habis. lapisan terakhir mestilah cream cheese. Kemudian parut keju cheddar kat atasnya.
    4. Sejukkan dalam peti sejuk , lepas tu boleh potong dan ngap.... yummy.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...