Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, February 28, 2011

Ketam Nipah ??..... Kenal Ka...

Lepas kenyang makan kek pisang, mr.mama dok pikir apa plak la nak masak lunch nanti. Pi selongkaq esbok nampak ketam hijau, kalau kat utara semenanjung depa panggil 'Ketam Nipah'. Mr.mama beli kat pasat last week, ada yang rm5/kilo.....rm7/kilo dan rm10/kilo (lagi besar lagi up la harga dia). Mr.mama bedal ambik yang rm10/kilo dapatla dalam 3 ekor, jadi la makan 1 family sekali hadap....hahahaha... . Sepit awal2 lagi mr.mama booking, anak2 pun serender.....jadik bapak dia la menang...muahaahahaha... . Resepi ni dah 2 kali buat, yang lain tu sama ja cuma spesis ketam ja yang lain. Sambil2 beli ketam tu mr.mama teringin nak tanya kat brother jual tu awat ketam ni dijual hidup2 tak macam ketam lain semua dah KO.... . Korang tau kenapa???.... Sebabnya ketam bakau@hijau ni kalau dah KO...otomatik isinya terus jadi hancur... . TAK CAYA??.. Cuba la....... . Nanti bleh la hirup isi ketam tu saja.... . Panjang pulak cerita hari ni... Mai2 pakat nengok. Selamat Menjamu Mata....

Bahan-bahan :
  • 3 ekor ketam - rebus, toskan dan ketepikan
  • 15 biji cili kering - direbus dan kisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 1/4 inci belacan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji telur ayam - dikocok
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • Sedikit minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, asam jawa, garam, gula dan sedikit air, masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ketam yang telah siap dibersihkan, dipotong dan direbus. Gaul sebati dengan kuah dan tutup kuali.
  4. Agak2 dah masak, buka penutup kuali, tuang telur yg telah dikocok, kacau sebati.
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, kacau balik2 , matikan api, sedia untuk dihidangkan.




Pisang Dan Coklat

Baru sehari takdak n3 rasa tak cukup korum pulak...kan..kan... . Pagi2 lagi mr.mama seludup masuk rumah izahdaut. Ada terpandang sekali hari tu resepi kek pisang marble coklat ni tapi bahan2 tak cukup. Semalam mr.mama n wife pi cari bagi lengkap, jadi sesudah subuh ja projek jalan laaaaa. Tak sangka pulak ya gabungan pisang dengan coklat ni boleh jadi sedapppp sangat, anak2 mr.mama apatah lagi 10X sedap la diaorang tu... .


Tahniah buat tuan2 empunya resepi...dan tak lupa gak nak minta izin kopi n pes resepi ni... . Dah buat baru nak minta izin kakakakakka..... . Salah cara tu tak gitu, tapi takpa janji minta. Mai pi tengok jadi ka dak mr.mama buat. Kalau sikit2 terpeleot tu biasala 1st time mencuba. Selamat Menjamu Mata....

KEK PISANG MARBLE COKLAT
sumber : kak hana, Noorsha
sumber copy : izahdaut

Bahan-bahan
150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
180g gula halus - hana kurangkan 150g je (mr.mama pun sama)
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah (mr.mama ikut jugak)
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes


Cara-cara
Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

*semua kak Hana tambah, semua saya ikut termasuk mr.mama sekali



Sunday, February 27, 2011

Ayam Bali TTM

Hidangan tambahan dengan 'Nasi Udang Goreng' semalam, oleh kerna udang dalam nasi tu dah licin dulu sebelum nasi. Apa boleh buat anak2 suka makan udang dari nasi kakakaka... . Resepi ni mr.mama terjah kat blog TTM. Untuk terus direct to the point kat resepi tu kena lah klik kat sini... . Memang THE BEST lah rasa ayam bali tu, tak menyesal mr.mama mencuba. Masyuk la pulak dengan nasi udang goreng. Makaseh ya TTM kerna berkongsi resepi dan minta izin kopi n pes ya.... . Mr.mama masak bagi kuah tu pekat kaw-kaw punya......memang slluuupppp lah. Mai pakat2 tengok. Selamat Menjamu Mata......

Bahan-bahan :

  • 1 ekor  ayam potong ikut suka
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan gula
  • 1 1/2 sudu makan air limau
  • 4 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 ibu jari halia
  • 3 biji buah keras
  • 4 batang lada merah
  • 1 sudu makan kicap manis
Cara :
  1. Panaskan minyak,goreng ayam separuh masak.
  2. Tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi. Masukkan gula, air limau, garam dan santan
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan ayam dan masak sampai pekat.



Saturday, February 26, 2011

Sedap Punya Cerita....Buat Lagi....

Baru saja mr.mama buat nasi udang goreng ni, kalau tak silap minggu lalu rasanya. Sebab punya hal, lagipun hari ni cuti masa pun free banyak tu yang menjadi lagi resepi ni. Kali ini buat periuk besar sikit coz wife buat overtime, so bawak la sikit untuk kengkawan kat opis tu. Mai la pakat2 usharrrr. Selamat Menjamu Mata..


Sumber : MadihaA

Bahan-bahannya:

Bahan untuk udang :
  • 1/2 kg udang sederhana besar
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*

Caranya :
  1. Udang di potong kepala(potong separuh ja kepala tu baru rasa manis tak hilang), bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  2. Setelah siap, angkat udang dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi :
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
  • 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
  • Sedikit minyak
** Sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) -mr.mama guna 1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu minyak


Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
  3. Susunkan udang yang sudah digoreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ikan bilis dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak. Masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)


Friday, February 25, 2011

Roti Pratha Jadi Murtabak......

Terpikat dengan murtabak pratha yang Mas buat semalam, kebetulan pulak ada belen roti pratha dalam esbok...memang sesuai sangat. Daging cincang ada, ubi kentang ada....cuma mr.mama menderhaka sikit sebab mr.mama tambah serbuk lada hitam sikit dengan kiub daging. Saja gatai tangan..jangan mareee Mas dan tuan empunya resepi ya...sambil2 tu minta izin cnp ya. Buat makan petang pekena dengan kopi tenom, sabah pulak...memang uummmppp lah. Kat sabah murtabak dia lain sangat dengan semenanjung, kat sini isi murtabak cuma ada sayuran ja. Pas tu plak cara menggoreng tu macam goreng pisang, minyak boleh berenang......cicah pulak dengan sos cili/tomato ngan mayonis saja....tak masyuk selera mr.mama cakap lu....... .Oklah nanti marah pulah depa kt mr.mama...hehehehehe.... .Selamat Menjamu Mata.... .


Murtabak Pratha
Copy : Mas@Duniaku
Bahan :
  • 2 keping Roti Paratha
  • Daging@isi ayam - potong kecil-kecil@cincang
  • 2 biji Ubi Kentang - potong dadu
  • 3 @ 4 sudu makan Rempah kari
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 biji bawang besar  - potong dadu
  • Garam,Gula
  • Air
  • 2 biji telur - 1 biji untuk 1 biji roti paratha

Kuah bawang merah

Sumber : Ros Jintanmanis
Copy : Mas Duniaku
Bahan :
  • 1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili maggi
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam
Untuk buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

Cara membuatnya :
  1. Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
  2. Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
  3. Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.
  4. Nipiskan roti paratha (saya guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
  5. Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
  6. Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
  7. Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan.
Saya lebihkan garam dan gula dalam inti sebab murtabak ni makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan.


Sambal Tumis Ikan Keli

Salam penghulu segala hari dari mr.mama untuk semua pengunjung blog nie. N3 ni sebenaqnya menu malam semalam membawa ke hari ni untuk post...kekekekeke..... . Nak post semalam tak sempat coz bagi ruang kat wife guna laptop, hari nie dia kena p meeting...kena present power point leee...... . Jadi mr.mama semalam layan tv saja. Berbalik pada resepi ni, mr.mama beli ikan keli ni last week, bagi dia relek dalam esbok sat. Bila sebut ikan keli teringat satu kedai makan kt perlis, ikan keli goreng dia lain dari yang lain...memang pro la. Nama kedai makan tu pun 'Anjung Keli'. Orang mai makan jangan cerita la macam semut hurung gula.....ramai siot. Mr.mama dulu kalau p mesti angkat 3...4 ekor sekali hadap lah. Menitik ayaq liur teringat..... . Meh2 nengok n3 nie... Selamat Menjamu Mata..... .

Bahan-bahan :
  • 6 ketul ikan -letak garam kunyit
  • 20 biji cili kering - direbus dan kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar  
  • 1/2 inci belacan - dikisar
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan sampai masak, ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar masak hingga garing.
  3. Masukkan air, gula dan garam masak hingga mendidih, masukkan pes asam jawa dan kacau.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan ikan, balik2 kan , kemudian kacau skit dan siap untuk dihidangkan.


Thursday, February 24, 2011

Lagi..Lagi...& LAGIII....


Ais-Krim Goreng

Pagi2 ni orang makan roti canai ka nasi lemak ka bihun ka mee ka tapi mr.mama hentam makan aiskrim goreng...kakakaka....ketaq dari gigi sampai telinga dibuatnya. Saja nak perabih aiskrim dalam esbok, tinggai pun sikit sangat buat penuh esbok ja.... . Janji layan....... . Dah penah buat dah, nak resepi??...klik kat sini.... Sat lagi ingat baru nak buat bihun la, diet tak yah makan nasi hari nie. Masak nasi cukup2 saja untuk anak2 mr.mama. Meh tengok....Meh...


Wednesday, February 23, 2011

Ayam Masak Lemak Pedas LOVE


Ha...ha...ha..ni la resepi lunch mr.mama. Resepi kali ni ambik kat sini Mimiey@aLkiSahKu, tqvm sebab share resepi yg sedap medap ni.... mr.mama ada adjust skit ja ye.... ikut stok bahan yg ada.... Cara masak pun mr.mama buat lebih kurang mcm Mimiey, main humban ja...tumis semua bahan kisar, masak kejap hingga garing, masuk ayam dll..... seterusnya sama ja la..he..he..he.. Akhir kata, mr.mama minta izin cnp di sini supaya senang mr.mama nak rujuk di masa akan datang. ... kepada tuan punya resepi LOVE2COOK dan pengedar2 resepi ni..mr.mama ucapkan ribuan terima kasih........ . Selamat Menjamu Mata...

sumber : LOVE2COOK
copy dari : Mimiey


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong sederhana (digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam) - x gaul garam kunyit sbb x goreng
  • 10 tangkai cili kering * ~ dididihkan bersama air dan garam terlebih dahulu (adjust kuantiti)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm lengkuas * xletak, xde stok
  • 1 cm halia *
  • 1 biji bawang besar *
  • 3-4 batang serai *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 8 tangkai cili padi * - 5 biji je
  • 200ml santan pekat - ambe guna 100 ml =jugak
  • 100 ml air - ambe tambah
  • 2 asam keping
  • daun limau purut (optional) - ambe letak = jugak
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
  • 2 sb olive oil - ambe tambah = jugak
  • sedikit gula melaka 
  • 3 biji buah keras* - mr. mama tambah
Cara-cara:
  1. Kisar bersama bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak, tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak. Kacau selalu.
  4. Tambahkan air dan garam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan santan dan asam keping... kacau dan biarkan mendidih lagi.
  6. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutupkan kuali dan biarkan seketika, taburkan daun limau purut.
  7. Kacau sekali lagi dan padamkan api.
  8. Sedia dihidang!


Basic Dough

Meroti lagi mr.mama hari nie. Resepi ni...majoriti blogger2 masakan dah mencuba...mr. mama baru nak cuba dan memang tak dapat disangkal lagi akan kelembutan roti ini...... makaseh Kak Nor....minta izin share kat sini ye....mr. mama terpesona lihat resepi ni dirotikan oleh izahdaut kat sini... dan resepi asal kat bawah ni... . Sajala mr.mama buah 2 patern, ada lebih choclate chip...mr.mama tabur ja la.... . Selamat Menjamu Mata...


copy dari : izahdaut


Bahan-bahan:

·         380gm tepung high protein (tpg roti)
·         3 sudu besar susu tepung
·         80gm gula castor
·         3 sudu kecil yis segera
·         1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
·         100ml air
·         100gm water roux*
·         1/2 sudu kecil garam
·         30gm butter
·         30gm shortening

Cara-cara:
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung. 
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain. 
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4.  Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika. 
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening. 
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai. 
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat. 
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda. 
  9. Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.
# kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.




Tuesday, February 22, 2011

Ikan Bayan Stim


Selamat tengahari dan selamat sejahtera semua. Semoga di berkati olehNYA. Rasanya mesti ramai yang tak pernak tengok 'Ikan Bayan' nie... . Kalau kat semenanjung susah nak dapat ikan bayan nie, bila dah susah nak dapat harga tu mencecah puluhan  hingga ratusan ringgit/kg tapi kat Sabah memang murah dalam rm10/kg saja. Ikan bayan ni yang paling sedap buat stim la, isi pun putih melepak dan ada rasa macam makan ayam pun ada...... . Okey berbalik pada n3 hari ni, resepi ni mr.mama buat cara hentam kromo...sebab ikut bahan yg ada dalam esbok tuu ja.... tengah rembang2 ni teringin nak makan yg  stim2 pulak (kurangkan minyak, kurangkan kolesterol...kakaka.....) rasa sedap nak ala2 tomyam pun ada....kiranya licin la sekor ikan tuu kat mr.mama sorang2, main ratah2 ja. Wife tak makan, dia kata tak lalu...RUGI2........ . Sedap Tu.... . Selamat Menjamu Mata Dan Mencuba......


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan bayan (700 gram)
  • 3 sudu besar sos tiram *
  • 2 sudu besar sos cili *
  • 1 sudu besar sos tomato *
  • 1 sudu besar sos ikan * 
  • 1 sudu besar minyak zaitun *
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar - hiris nipis
  • 5 biji cili padi - hiris  nipis
  • Sedikit carrot - dipotong nipis
  • Sedikit daun sup - potong pendek
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 2 biji limau kasturi - ambil jusnya   
    p/s : 2 biji lima kasturi + sedikit garam - guna untuk perap ikan bagi menghilangkan hanyir.


    Cara : 
    1. Cuci ikan bersih dan perap sekejap dengan dengan limau dan garam lebih kurang 15 minit. Basuh dan toskan.
    2. Lumurkan dengan gula, garam dan kuib ikan bilis.
    3. Masukkan ikan dalam bekas bujur dan tabur semua bahan hiris tadi.
    4. Campurkan semua bahan bertanda * dalam mangkuk kecil, gaul sebati dan tuang ke atas ikan yang telah ditabur bahan hiris.
    5. Kukus ikan dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit atau hingga masak. Taburkan daun sup yang telah dipotong dan jus limau kasturi biar 1-2 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan.



    Monday, February 21, 2011

    Karipap Pusing Daging

    Cuaca petang ni kat K.K hujan, maknanya sejukkkkkk...... . Apa nak buat untuk memenuhi panggilan perut ni. Selongkaq dalam esbok ada daging, keperluan penting macam kentang, tepung gandum dan kawasan sewaktunya pun ada....Apa lagi jom buat karipap daging laaa. Cuma kelainannya mr.mama nak cuba buat karipap pusing, seumuq hidup tak penah buat lagi yang jenis pusing2 nie. Try buat tengok apa nak jadi...mmmm..... . Hasilnya amat bangga sekali kembang hidung semua cukup, siap puji2 diri sendiri lagi kakakaka.....walaupun tak la secantik mana pun sangat pusing2 tu. Rupanya tak la susah mana pun, memang ranggup ja kulit tu... . Inti mr.mama punya sendiri cuma kulit karipap mr.mama ambik kat RECIPE2U . Tima kaseh la buat tuan empunya blog tu kerna berkongsi resepi kulit karipap yeeee..... . Selamat Menjamu Mata.....


    INTI KARIPAP 


    Bahan-bahannya :
    • 300 gram daging (dipotong dadu/kecil2) - basuh dan toskan 
    • 2 sudu besar lada hitam      - ditumbuk halus
    • 1 sudu besar jintan putih     - ditumbuk halus
    • 1 sudu besar jintan manis    - ditumbuk halus
    • 1 kg ubi kentang (dipotong dadu)
    • 3 biji bawang besar (dipotong dadu/kecil2)
    • 3 biji cabai hidup (dipotong dadu/kecil2) 
    • Daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 1 liter air (ikut pd kelembutan daging)
    • ** lada hitam, jintan putih dan jintan manis harus direndam bersama dalam air panas selama 5 minit sebelum ditumbuk.

    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali.
    2. Tumiskan lada hitam, jintan manis dan jintan putih yang ditumbuk. (jangan terlalu lama nanti hangit)
    3. Masukkan daging dan kacau sebati, biarkan selama 5 minit kemudian masukkan air.
    4. Setelah daging separuh masak, masukkan bawang besar, ubi kentang dan gula. Masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.
    5. Masukkan garam dan masak hingga separuh kering.
    6. Perlahankan api kemudian masukkan cabai, daun bawang, daun sup dan masak sehingga kering.

    KULIT KARIPAP

    Kulit karipap pusing nie mr.mama ambik kat RECIPE2U
    Boleh la klik kat situ coz ada step by step untuk buat kulit karipap pusing..... .




    Nasi Udang Goreng


    Nie haaa...resepi malam semalam tak sempat nak post, pagi nie baru la ada free sikit DAN Minta maaf ya MadihaA, mr.mama memandai-mandai dalam kata kata lain menderhaka ja ubah resepi ni dari "Nasi Ayam Goreng" yang penah buat kat sini  kepada "Nasi Udang Goreng". He3x..... . Maklumla kat K.K ni udang lagi murah n fresh dari ayam. Rasa boleh tahan..kiranya dalam kategori sedap la kira-kiranya. Masyuk la dengan tekak mr.mama's family. Mari2 la pakat2 mai tengok ye.... Selamat Menjamu Mata...

    Bahan-bahannya:

    Bahan untuk udang :
    • 1/2 kg udang sederhana besar
    • 2 sudu kecil garam*
    • 1 sudu besar serbuk kunyit*
    • 1 sudu besar rempah kari*


    Caranya :
    1. Udang di potong kepala(potong separuh ja kepala tu baru rasa manis tak hilang), bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
    2. Setelah siap, angkat udang dan ketepikan dahulu.

    Bahan Utk Masak Nasi :
    • 1 sudu rempah kari
    • 1 inci halia-tumbuk kasar
    • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
    • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
    • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
    • 2 inci kulit kayu manis
    • 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
    • 3 kuntum bunga lawang
    • Sedikit kiub ikan bilis
    • Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
    • 2 bay leaves/ daun ketumbar
    • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
    • 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
    • 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
    • Sedikit minyak
    ** Sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) -mr.mama guna 1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu minyak

    Cara-Caranya:
    1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
    2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
    3. Susunkan udang yang sudah digoreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ikan bilis dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak. Masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)


    Sunday, February 20, 2011

    Nah Ambik...Sarapan Pagi.......

    Apa habaq semua.....cuti sat mr.mama semalam p mancing. Awai2 pagi semalam buat mee goreng sebelanga nak bawa bekal p mancing...., kiranya sehari suntuk tak makan nasi la kira-kiranya... . Balik semalam pun terus ja pengsan.... . Tu yang pagi nie makan ala heavy metal la jawabnya sambung dengan makan tengahari sekali.... . Safe lagi muahahahaha.... . Lai chi peng ciak puiii... . Selamat Menjamu Mata..... . 

     Bahan-bahan :
    • 1/2 kg udang segar saiz sederhana
    • 20 biji cili kering - direbus dan kisar
    • 1 biji bawang besar - dikisar
    • 1/2 inci belacan - dikisar
    • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
    • 1 sudu teh gula
    • Garam secukup rasa
    • Minyak untuk menggoreng

    Cara masak :
    1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, kacau sebati.
    2. Masukkan gula dan garam, masak hingga pecah minyak.
    3. Masukkan udang yang telah dibersih dan ditoskan.
    4. Masukkan pes asam jawa, kacau sebati biar hingga mendidih.
    5. Siap untuk dihidangkan.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...