Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, August 21, 2011

Lailatulqadar...10 Malam Terakhir

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Copy : http://belogfadah.blogspot.com


Sunday, August 14, 2011

Ayam Goreng Kunyit


Assalamualaikum...........

Sebelum mr.mama nak berangkat pergi K.L, nak la post 1 lagi ne nie. Lagipun flight mr.mama pukul 7 petang, sekarang baru jam 4.30 petang. Mr.mama gerak p K.L sorang ja, nak bagi AYAHANDA sokongan moral sikit sebelum nak buat pembedahan hari Selasa ni. Menu nie mr.mama n wife berganding bahu buatnya, main campak2 baling2 ja. Tau2 jadi sedap pulak....lepas tu nak taip resepi ni pakat2 pening dok pikir apa yang dah letak dalam resepi nie..kakakakaka..... . Setelah pakat2 perah otak jadi dapatlah semua bahan2 yang kami letak tu... . Selamat Mencuba.... Oklah mr.mama dah nak gerak pegi airport dah nie. DOA2kan lah yeee agar semuanya selamat.....

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil & gaul garam kunyit
  • 2 biji kentang - dipotong baji dan goreng hingga masak
  • 2 sudu makan sos lada hitam #
  • 2 sudu makan sos tiram #
  • 1 sudu makan kicap manis #
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih #
  • 2 ulas bawang putih -kisar
  • 4 ulas bawang merah -kisar
  • 1/2 inci halia - kisar
  • 6 biji tomato ceri
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara :
  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah digaul garam kunyit seketika.
  2. Masuk bahan kisar, kacau seketika hingga bau wangi dan terbit minyak.
  3. Masukakan bahan bertanda # dan kacau sebati.
  4. Bila dah mendidih masukkan daun limau purut dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul lagi dan masukkan tomato ceri.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan boleh diangkat dan hidangkan.




Doa Buat Abah.....




Assalamualaikum...............
Mr.mama nak berkongsi dan nak minta pengunjung2 budiman untuk menDOAkan kesihatan AYAHANDA mr.mama yang akan menjalankan PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG (BYPASS) di HUKM pada hari Selasa 16 Ogos 2011 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1432 Hijriah ini. Semoga dengan DOA2 kalian dapatlah ALLAH memudahkan pembedahan ini dan memberi kesihatan yang baik buat AYAHANDA mr.mama... AMIN....
Terima kasih semua atas kesudian menDOAkan AYAHANDA mr.mama..... .



Saturday, August 13, 2011

Keju Bebola Daging

Assalamualaikum........

Buat apa hari ni?... Tak keluar cari barang2 persiapan untuk AIDILFITRI ke?. Tepung, butter nak buat kek dah beli ke..tudung tingkap, sofa macamana?. Yang nak cat rumah tu dah beli cat ka....he3x.. . Nak buat apa pun buatlah cuma JANGAN lupa pesan kat cik abg masing2.....ZAKAT FITRAH yaaa..... . Mr.mama n family biasala nanti balik kampung baru pikir semua tu. N3 ni mr.mama letak gambaq dulu nanti mr.mama edit cara2nya ka...... . Jamu la mata dulu....

 






Friday, August 12, 2011

Tenggiri Masak Lemak...Ala2 Pedas Gitu...


Assalamualaikum.......

Gelak dulu...kakakakaka...., bukannya apa cuma nak bgtau mr.mama masih lagi copy n paste idea masakan DJ@DapurKu Sayang kita leeee.... . Yang lainnya n3 ni DJ guna 'Ikan Kerisi' n mr.mama guna 'Ikan Tenggiri', ikan tenggiri ni lebihan hari tu punya. Kena cepat2 post ni nak p tolong wife masak untuk berbuka hari ini pulak.... . Ok..... Selamat Menjamu Mata...kalau nak jamu perut kena tunggu azan Maghrib dulu...... .
Sumber Inspirasi : DayangJack@DapurKu Sayang

Bahan-bahan kisar :
  • 3 biji cili merah - dibuang biji
  • 4 biji cili padi
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
Bahan-bahan :
  • 5 kepingan ikan tenggiri - dicuci dan toskan
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 kiub pati ikan bilis knor
  • Santan secukupnya
  • Daun kunyit - dihiris
  • Garam
  • Gula
Cara-cara :
  1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan sedikit air, ikan, kiub ikan bilis dan santan. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan garam, gula, asam gelugur dan daun kunyit. Kacau sebati.
  4. SIAP untuk di hidangkan.


Ayam Masak Sambal Hijau





Assalamualaikum.....

Selalu sangat dok buat masak merah, masak hitam....ni mr.mama cuba pulak buat 'Masak Hijau'. Menu mr.mama n family berbuka semalam. Terliur pulak mr.mama tengok kat blog 'Blogger Masakan'....teringin nak cuba. Alhamdulillah akhirnya jadi juga. Mmmmm....memang SEDAP, rugi kalau tak cuba. Makaseh sudi kongsi resepi yeee..... . Selamat Menjamu Mata....

BAHAN-BAHANNYA... 
  • 1 kg ayam dipotong sederhana kecil...dicuci dan ditoskan.
  • Serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk digaul rata bersama ayam...kemudian digoreng sehingga masak...jangan terlampau lama digoreng...ketepikan.
  • 2 biji bawang besar *
  • 2 ~ 3 ulas bawang  putih *
  • 9 ~ 11 biji cili padi *
  • 7 biji cili hijau *
  • 2 batang serai dititik
  • 1 biji bawang besar lagi...dihiris
  • 1/2 batang "leek"...dihiris
  • 2 biji cili hijau...dihiris
  • 7 biji tomato cherry
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis
CARA-CARA PENYEDIAANNYA....
  1. Kisar sume bahan2 yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak...tumis bahan2 kisar bersama serai sehingga naik baunya...kacau sekali sekala dan biarkan bahan2 tumisan di masak hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi...kacau sebati...perlahankan api...biarkan kuah agak pekat...tambahkan garam dan gula secukup rasa...garam jangan letak banyak2 ya...ayam yang digoreng tadi pun dan berperisa garam..nanti terlebih masin lak kuahnya...
  4. Akhir sekali masukkan bawang,cili hijau dan leek yang telah dihiris dan jugak tomato cherry...gaul sebati...siap dah..tutupkan api.

Menu Sampingan....



Thursday, August 11, 2011

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa

Renung-renungkan.........  
Copy dari : Klik kat sini

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesilapan dan kesalahan ketika puasa. 

Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
 
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 

5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
 
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan, sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.




Sayur Campur Campak2



Bahan-bahan :
  • 1 cawan kacang panjang
  • 1 batang karot
  • 3-5 ekor udang segar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur ayam 
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak
Cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan udang segar. kacau sebati.
  4. Masukkan sayur, sos tiram, kicap dan garam, kacau sebati.
  5. Masukkan telur, kacau rata hingga masak dan boleh dihidangkan.
Pelengkap menu - Telur ikan....Yummyyy....


Restoran Anak Mami

Assalamualaikum......

Semalam dapur mr.mama tak sekalut macam selalu cuma masak nasi saja, yang lain semuanya IMPORT dari Restoran Anak Mami....hanya satu2nya restoran Nasi Kandar yang memenuhi selera tekak mr.mama n family. Jadi wife on da way balik kerja terus ja TAPAU kat situ. Mr.mama kat rumah cuma ready pinggan kosong ja...kakakaka.... . Wife ada meting kat opis, jadi lewat sikit dia balik rumah, mr.mama pulak sibuk sikit dok settle hal2 yang tak dapat di elakkan, jadi terpkasa la makan air tangan mamak semalan.... . Apa2 pun SEDAP dan Layan........... .

Ayam Masak Merah
Daging Masak Hitam
Murtabak Daging & Murtabak Sardin
Kuah Parpu & Kuah Kari Ikan



Wednesday, August 10, 2011

Nasi Daging & The Geng


Assalamualaikum.............
 Ada ka yang dah mula buat 'Kuih Raya'?..... . Mr.mama n family asyik dok menghitung hari ja nak BALIK KAMPUNG, maklumlah dah setahun tak balik. Oklah berbalik pada juadah berbuka mr.mama, minggu nie mr.mama asyik serang blog DJ sesaja. This time mr.mama cuba buat 'NASI DAGING + AYAQ ASAM'. Nasi Daging nie memang feberetsss mr.mama kena pulak dengan regu pilihan...AYAQ ASAM, memang lajak terlajak semua cukup. Mr.mama pun terbabas la jugak 2 kali tambah..kakakaka..., nak buat macamana dah SEDAP. All the best la untuk DJ@DapurKuSayang untuk resepi yang KEKABOOMM nie. Mr.mama kopi n pes yeee.... .  

Untuk Hidangan 4 Orang

Bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
Bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 

Bahan Air Asam
Bahan-bahan :
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 8-10 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 cawan air asam jawa (+/-)
  • Sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • Sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara : Satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.







Tuesday, August 9, 2011

Tenggiri Masak Garo Rica


Assalamualaikum.........

Menu berbuka mr.mama n family semalam wife yang masak. Wife dapat resepi ni dari blog DJ. Kebetulan ada stok ikan tenggiri kat dalam esbok, kalau biaq lama2 dalam esbok pun buat hilang FRESH saja...... . Kalau ikut tekak mr.mama memang MASYUK la dengan selera mr.mama. TQ buat DJ coz sudi menyudi berkongsi resepi nie yeeeee...... . Mr.mama uppp sikit menu sampingan.... SALAD, barulah NGAM-NGAM SUIII...... . Selamat Menjamu Mata... .

Sumber : Majalah Sedap, Mac 2010

Bahan-bahan :
  • 500 gram kepingan ikan tenggiri
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Sedikit garam
  • 8 biji bawang merah - dihiris nipis (boleh juga dikisar jika suka)
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar cili giling/cili kisar
  • 3 helai daun bay - optional
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit serbuk lada sulah
Bahan-bahan kisar :
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili merah - dibuang biji
  • 6 biji buah keras - disangai
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Perapkan ikan bersama air asam jawa dan garam selama 30 minit. Kemudian gorenglah dengan api sederhana sehingga berkulit. Jangan goreng terlalu lama supaya tidak keras.
  2. Tumis bawang merah, serai, daun bay, bahan kisar dan cili giling/kisar hingga terbit aroma dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga bersalut rempah.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit air, kemudian masukkan kicap manis, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga pekat dan rempah menyerap.
  5. Hidangkan setelah masak.

SALAD - Menu Sampingan



Terhangat Di Pasaran.......

Assalamualaikum.......
Niee...mai dekat sikit nak cerita sat... . Hari tu sebelum puasa adalah mr.mama n wife pegi 'TAMU' Gaya Street...saja2 nak jamu mata sambil2 dok pikiaq kat mana nak makan BREAKFAST, orang melayu kata PECAH LAJU...hahahaha..., sarapan la.. . Sambil2 tangan dok pegang kamera tu snap la apa yg patut. Tapi kali ni mr.mama snap barang 
KESUKAAN KAUM HAWA................

KERONGSANG
@
BROOCH - betui ka ejaan nie

Mr.mama tengok macam menarik tertarik gitu-gitu laaaa.....macam2 style ada. Yang mr.mama snap ni pun kira antara yang terrrrrrLATEST la. **kata tokey tu la..kakakaka.... . Mana la nak tau kan kot ada yang teringin nak horderka, nak buat bienes ka........bisik2 la kt mr.mama ni..... . 

TAPI......
TAPI......
TAPI......

Pic dia tak berapa nak CLEAR sebab mr.mama guna pun kamera MURAH ja (nak beli baru x dak org nak tolong klik kt "nuffnang" tu)....., tangkap gambaq pulak di bawah khemah depa dok meniaga jadi adalah yang CERAH ada yg KELAM.....

**Segala kesulitan amat dikesali....kakakakaka.....























Monday, August 8, 2011

I Follow.....Day 2

Assalamualaikum.......

Hahaha.....sambungan dari 'I Follow....Day 1'. Dah puas mr.mama satu family dok terketaq-ketaq SEJUK kat kaki Gunung Kinabalu tu akhirnya selesailah seminar wife. Jadi kena la berangkat pulang, dah alang2 ada kat sana mr.mama n family terus balik ke 'Ranau' untuk pi ushar satu tempat tu. Nama dia 'HOT SPRING'..... . Dah puas terketaq sejuk pi pulak kat situ...apa lagi terkedik-kedik panas la pulak...kakakaka... . Mr.mama tak mandi pun cuma p rendam2 kaki saja kat sana, tak lama pun kat sana dalam 1 jam mr.mama dah kena gerak balik Kota Kinabalu.... . Kalau lewat takut ada kabus....tak nampak jalan tuuuu, dah la mr.mama ni mata tak berapa nak cantik kalau drive malam2... . Niat nak p ladang 'Sabah Tea' terpaksa la di tangguh lain kali pulak. Sambil2 tu macam biasa tangan klik sana...klik sini. Boleh la, nama pun potographer amatur..... Tengok2 la yaaa... 

Anak2 posing kat pintu masuk
Muka masing2 baru bangun tidoq...BLURRR ja...
Pintu gerbang kat jambatan gantung......

Keindahan alam sekitar...........
Nak mandi....tp malu, ada tempat jangan takut...hehehehe..

Kalau yang mana kulit gelap mcm mr.mama, kalau nak putih tu bleh la terjun kat dalam nie...

Yang ni untuk pengunjung yg nak rendam kaki saja...

Yang ni untuk yang tak malu...kakakaka....

Ini plak untuk yang dah terer berenang...dalam siot. Siap ada 'Guard Baywatch' lagi....

Nak shoruuu?... Ikut kanan.

Dah puas berjalan tu, bila dah cukup time kat sini JANGAN pulak LUPA nak singgah kat sini....WAJIB tu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...