Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Saturday, March 2, 2013

Meatball ala ikea c/w special sauce





Tetiba teringin pulak nak makan meatball ala ikea yang dah banyak ada di blog2. Cuma terlupa nak save link  blog yang mr. mama ambik resepi sos ni, mohon halalkan ye tuan punya resepi. Mr. mama ada adjust skit iku kesedapan tekak dalam rumah ni.


o


Meatball guna yang segera aja, brand AZMY - grill dalam pan dengan sedikit minyak zaitun hingga masak.

Resepi sos :

  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 sudu besar  tepung gandum -membukit
  • 1 biji buah tomato - dicincang
  • 11/2 cawan air
  • 2 sudu besar sos lada hitam*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • 1 sudu besar sos tomato*
  • 2 sudu besar sos cili*
  • 2 sudu kicap manis*
  • 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk*
  • 1/2 kuib pati daging*
  • 1 sudu kecil gula*


Cara-caranya:

  1. Cairkan butter lepas tu masukkan bawang, goreng hingga layu.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
  3. Masukkan tomato, goreng lagi, masukkan air.
  4. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.
  5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi).
  6. Grillkan meatball hingga masak , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama sos yang dimasak tadi.

** mr. mama tak makan bersama jem, takde stok di rumah.

1 comment:

  1. teringin nak makan meatball ikea...daging korban dapat ni boleh la try buat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...