Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, March 1, 2013

Devil's food chocolate cake





Satu lagi resepi kek yang ramai dah buat. ambik resepi dari masam manis, tapiiii.... kek dia mr mama buat resepi kek kukus munira aje, sbb senang. ... yg lain tuuu sama la. Tengok la ye.....




DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : masam manis




Bahan Kek Coklat  ( tak guna adunan ni, ganti dgn kek kukus munira)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 / 2 cawan cocoa powder
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 / 2 sudu kecil garam
  • 1 / 2 cawan gula pasir
  • 1 / 2 brown sugar
  • 125 gm mentega
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu kecil vanila ekstrak
  • 1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
  • 1 cawan air suam


Cara : 
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Sediakan loyang ukuran 9 inc.
  3. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
  7. Terakhir masukkan vanili estract.
  8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.


Cream Cheese Frosting

  • 125gm Philadelphia cream cheese
  • 60gm mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sdt vanili ekstrak - esen vanila ja
  • 1 sudu kecil jus daripada lemon
  • 1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah - xletak


Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache

  • 100ml double cream/ whipping cream
  • 250gm coklat gelap dicincang halus
  • sedikit garam ~ ita tak letak - tak letak
  • 1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
  • 1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah



Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
Lap mata pisau dan potong.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...