Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, November 22, 2010

Siapa Mr.Mama ???????


1stly mr.mama mengucapkan JUTAAN terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Untuk memulakan sekaligus merasmikan blog sendiri nie, biarlah mr.mama menstory sikit tentang mr.mama nie.....
MR.MAMA ?????..... Kenapa guna nickname "MR.MAMA"??..... Jadi kepada pengujung yang budiman kenalah baca sampai habis coretan mr.mama nie...boleh kan...kan....kan. Mr.mama dilahirkan pada tanggal 27 Disember 1974 (pukul berapa tak ingat) di Kepala Batas, Pulau Pinang. Uwekkkk...uwekk....uwekkk....(sound efect). Keluarga mr.mama kiranya dari golongan pertengahan la kiranya. Sekaya pun tak, semekin pun tak. Selepas orang tua mr.mama perah otak maka dengan itu mr.mama dinamakan N....... A...... Bin N......... (minta maaf yaaa..nama 'biarlah rahsia' bak kat Siti Nurhaliza). Mr.mama nie anak yang ke-2 daripada 5 beradik dalam family. Mr.mama ada 1 abang, 1 adik perempuan dan 2 adik lelaki(kembar). Mr.mama lululsan daripada Politeknik dalan jurusan Kejurutetaan Elektronik Perhubungan. Hobi mr.mama adalah mengembara, membaca, melayari internet dan hobi paling top mr.mama ialah MEMANCING. Turun temurun dari big boss(abah la tu). Macam2 pahit manis mr.mama pernah lalui yang mungkin tak semua orang pernah melaluinya dan semua orang tak mahu melaluinya. Mr.mama ada 3 orang anak kesayangan, 2 heroin dan 1 hero. Anis Zulfa, Anis Zulaikh dan Ahmad Ammar Aqil. Mr.mama pernah menjawat jawatan dari sektor swasta dan sektor awam, tp sekarang mr.mama adalah buat kerja sikit2. So bila masa dh banyak kat rumah, mr.mama ingin membantu wife mr.mama.
Jadi mr.mama ambil alih kerja2 rumah(basuh baju, jaga anak, sapu sampah dan kerja2 yang sewaktu dengannya. Daripada dok saja lebih baik buat kerja, keluar la jugak peluh tegar tu. Kurang la sikit beban wife mr.mama, sambil2 tu buat blog nie la. Tu lah dapat nama "MR.MAMA" tu. Ok la kot. Nanti mr.mama cerita lagi.......
Terima Kasih..........

  


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...