Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, November 24, 2010

Oreo Chocolate Cake

 
Bak kata pepatah " Don't Judge A Book By It's Cover " menunjukkan kepada gambar kat bawah nie walaupun nampak gelap ja...., TETAPI apa pun kena la cuba buat dan rasa. Mr.mama makan dekat2 setengah jugak la kek tu. Esok pagi sesudah subuh kena la jogging lebih dari biasa, nak potong kalori la katakan. Hehehe...... Selamat Mencuba.

Bahan A
  • 2 cawan tepung super fine
  • 3/4 cawan oreo (setelah dikisar halus)
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
Bahan B
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 320 ml mayonis
  • 250 gram mentega (dicairkan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar (dipanaskan)
Topping
  • 130 gram coklat masakan
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu teh susu pekat manis
  • 2 sudu besar coklat rise (untuk ditabur)
**Masak semua bahan menggunakan kaedah double boil dan tuang ke atas kek.

Cara-caranya :
  1. Griskan loyang dan panaskan oven 170 darjah celcius.
  2. Ayak kesemua bahan A kemudian ketepikan.
  3. Campur semua bahan B dalam mangkuk pengadun kecuali susu segar, pukul sebati.
  4. Masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B sedikit demi sedilkit berselang dengan susu segar yang dipanaskan dan kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang, bakar selama 50-60 minit dengan suhu 170 darjah celcius atau mengikut kesesuaian oven.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...