Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Saturday, November 27, 2010

Kacang Bali


Salam dari mr.mama......

Nampak ringkas saja kacang bali nie, tapi rasanya mmmmm.....kalau layan depan tv boleh lincin satu balang. Mr.mama nie ada satu perangai yang pelik sikit, coz lepas makan mr.mama mesti kena ada dessert. Tapi dessert mr.mama bukannya aiskrim ka, buah-buahan ka, puding ka ataupun banana split, tapi dessert mr.mama kerepek ubi, kerepek pisang dan sebarang jenis kacang (pedas ka masin ka ok ja)......Tu yang terjadinya resepi kat bawah nie....Selamat Mencuba....

Bahan-bahan:
  • 1 kg kacang tanah
  • 1/2 cawan ikan bilis       - dikisar
  • 30 biji cili kering            - dikisar
  • 15 ulas bawang putih     - dikisar
  • 1 biji telur
  • 1 kotak tepung goreng KFC
  • 2 cawan tepung gandum
  • 60 gram jintan putih
  • Daun kari secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya :
  1. Pecahkan telur ke dalam bekas, masukkan semua bahan yang dikisar, garam dan gula kacau sebati.
  2. Masukkan tepung KFC dan gaul sebati.
  3. Masukkan 1/2 kg kacang tanah ke dalam satu bekas kecil, tuang adunan sedikit demi sedikit supaya kacang dan adunan tepung bersalut. Taburkan sedikit tepung gandum, sedikit jintan putih dan daun kari yang dihiris halus, kacau sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan kacang tadi.
  5. Setelah masak, angkat dan toskan.
  6. Ulang langkah no.3 untuk lebihan kacang yang ada. 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...