Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, April 11, 2011

Nasi 'Carrot'.......

Salam 1 Malaysia semua......
Hari ni mr.mama nak share satu resepi yang boleh dikatakan berkhasiat. Apa dia???.... Ya betul... 'Nasi Lobak Merak' kata orang melayu. Mr.mama buat ni dua hari lepas. Mr.mama ambil resepi ni dari Chef yang terkenal iaitu 'Chef Hanieliza' dalam buku 'Senangnya Memasak'. Mmmm....memang ada ummmp, mr.mama regukannya dengan menu yang berkhasiat jugak iaitu 'Ayam Bakar'. Kalau dah tak guna minyak tu kiranya jaga kesihatan la tu..... . Cuma ada sedikit derhaka coz mr.mama tukar dari rempah kurma kepada rempah beryani....jangan marah nanti kena jual. Cerita panjang berjela pun tak guna....mai kita pakat2 usharrrrr... Selamat Menjamu Mata....


Bahan A :
  • 6 cawab beras basmati
  • 1 cawan lobak merah
  • 1/2 cawan susu cair
  • 7 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil gula (sekiranya suka)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Bagi Menumis) :
  • 2 sudu besar rempah kurma - mr.mama x stok jd tukar dgn rempah beryani
  • 5 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 sm halia - dimayang halus
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar - diracik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan bahan tumis, bawang halia dan daun pandan.
  2. Apabila sudah wangi, masukkan rempah kurma. Kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air, garam. kiub ayam dan susu cair. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras, lobak merah dadu (mr.mama guna sagat aja) dan daun ketumbar.
  5. Masukkan bahan tumis kedalam periuk nasi dan biarkan masak seperti nasi biasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

SUMBER
Chef Hanieliza


1 comment:

  1. Mr mama,wah nmpk sedap lah nasi lobak nih..Selalunya resepi dari kak liza,mmg marbeles kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...