Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, April 3, 2011

Kek Coklat Inanam


Tak sempat mr.mama nak buh 'topping'...tinggal 7...8 ketui saja, yang lain dah pakat2 masuk dalam perut kakakaka..... . Biasala budak2 kalau nengok saja kek ni satu kedai pun boleh licin, tambah2 perisa coklat memang tak hengat la makan. Buatnya awal dari kek pandan lagi tapi mr.mama terrrrlepas pandang nak post. Kesian kat kek ni hehehehehehe.... Maila kita pakat2 tengok n Selamat Menjamu Mata.....


Bahan A:
  • 2 cawan tepung kek (blue key)
  • 1 cawan serbuk koko vanhauten/ tudor
  • 1/2 sudu teh baking powder
Bahan B:
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan gula kastor
Bahan C:
  • 3 biji telur ayam - pukul hingga kembang
 Cara :
  1. Ayakkan semua bahan A dalam bekas, ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan B, pukul sebati.
  3. Masukkan bahan C ke dalam bahan B, kacau sebati.
  4. Tuang sedikit demi sedikit campuran bahan B+C ke dalam bahan A dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit dengan suhu 160 darjah celcius selama 40-50 minit atau hingga masak ikut kesesuaian oven masing2.
  7. Boleh juga dikukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.
TOPPING:
  • 130 gm koko bar
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu teh susu pekat manis
Cara :
  1. Campur semua bahan dalam bekas/periuk kecil, masak semua bahan menggunakan kaedah double boil dan tuang ke atas kek.




2 comments:

  1. rajinnya mr mama buat kek..
    ni kek coklat lak......

    ReplyDelete
  2. Hmmm for some reason only half the post can be seen. I tried reloading but still same.

    cheap cialis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...