1st sekali jutaan MAAF dari mr.mama ni coz sepi tanpa berita. Maapla yeee untuk no.2nya coz regu untuk 'Nasi Lobak Merah' ni lambat sikit n3nya, bukan apa semenjak dua ni mr.mama sibuk tahap ultraman dah kiranya. Banyak reja2 yang nak kena buat, nak kena settle...tu yang terrrrlewat sikit tu. Oklah berbalik pada n3 pagi ni, amacam terliuq dak nengok gambaq.....sedapkan?... . Kalau makan lagi la bertambah sedapnya. Tima kaseh la buat tuan empunya resepi yang sudi kongsi menu yang SEDAPPP nie. Mr.mama buat 2 ketul ayam yang potong 4 tu, bahagian yang sedap buat mesti la kat drummet yang besaq tu. Lagi 1 kalau nak bagi sedap kena la ada ayaq asam. Ayaq asam tu mr.mama letak sikit kerisik untuk up up n away!!! lagi kesedapannya tu..hehehehe. Mai kita tengok noooo... Selamat Menjamu Mata.....
Sumber asal : http://www.epicurious.com
Copy : http://www.potretkasih.com
Bahan2nya :
- 1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
- 1 cawan yogurt/tairu
- 3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
- 2 1/2 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan garam
- 2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
- Sedikit perasa jika suka
- 1 sudu makan serbuk cili
- 3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
- 3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
- 3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
- 1/2 sudu serbuk kayu manis
- 4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
- 1 sudu makan halia yang telah di tumbuk
- Satukan semua bahan2 di atas.
- Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
- Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
- Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
- Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
- Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!
- Lagi satu....mr.mama tambah kentang yg dipotong berbaji...sedap...biasanya kentang ni abis dulu.....
Menu Sampingan
sedap benor tengok nya.....
ReplyDeletenak try malas...bab tak makan ayam....
just looking je lah.....