Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, April 10, 2011

Huh........!!! Lagi Lagi Lagi Lagi Lagi....


Untuk kesekian kalinya kek ni mr.mama buat, kena ikut la kuasa2 VETO kat umah yang kecik2 tu.......asyik sebut nak kek...nak kek....nak kek cang... . Jadi kena la buat, mr.mama kluaq p beli pisang wife settle apa yang patut la... . Nak cerita panjang2 pun dah tak laku dah, banyak kali sangat dah buat ni.... Mai tengok ja la....

sumber asal : kak hanaNoorsha
sumber copy : izahdaut

Bahan-bahan
  • 200g pisang berangan - dilecek 
  • 180g tepung kek  
  • 150g gula halus
  • 3 biji telur ayam
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1/2 sudu teh esen pisang
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas ~ bancuh jadikan pes

Cara-cara
  1. Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  3. Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  4. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...