Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, April 1, 2011

Sambal PETAI Udang......


Kemarin member wife 1 opis bagi petai punyala banyak. Kebetulan pulak dalam esbok ada udang.....cantik la. Petai ni salah satu ulam feberetsss no.2 mr.mama selain dari taugeh mentah yang berada di tangga no.1....hehehehe..... . Buat pulak nasi lemak pehhhh...memang mansyuk sesangat la dengan sambal petai udang ni. Resepi nasi lemak mr.mama tak payah la letak rasanya coz dah ada dalam n3 yang lepas2.  Petai ni plak bagi mr.mama, mr.mama lagi suka kalau makan yang mentah2 dari di masak ka bakar ka atau rebus...tapi kiranya boleh lajak lagi la. Cuma petai jeruk ja mr.mama tak bleh nak pegiii...out terus....kakakaka... . Okeylah tu maila kita pakat2 tengok bahan2 dia n Selamat Menjamu Mata.......


Bahan-bahan :
  • 1/2 kg udang sederhana besar - bersih dan toskan
  • 1 cawan petai - setelah dibuang kulit
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 1/2 inci belacan - dikisar
  • 15 tangkai cili kering - rebus dan dikisar
  • 1 cawan air
  • 1 sudu pes asam jawa adabi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar, masak hingga garing
  2. Masukkan udang dan air masak hingga mendidih.
  3. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa, kacau sebati.
  4. Masak hingga pecah minyak, masukkan petai yang telah dibasuh dan toskan.
  5. Kacau balik-balik, biar mendidih sebentar dan boleh matikan api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.




2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Petai oo petai kenapa ngko sedap?

    ReplyDelete
  2. Salam Mr. Mama...waah sambal udang ni leh hancusskan diet kan..kan...mau berpinggan2 makan..ok gak kot makan camni sempena anniversary kan..kan..hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...