Baru sehari takdak n3 rasa tak cukup korum pulak...kan..kan... . Pagi2 lagi mr.mama seludup masuk rumah
izahdaut. Ada terpandang sekali hari tu resepi kek pisang marble coklat ni tapi bahan2 tak cukup. Semalam mr.mama n wife pi cari bagi lengkap, jadi sesudah subuh ja projek jalan laaaaa. Tak sangka pulak ya gabungan pisang dengan coklat ni boleh jadi sedapppp sangat, anak2 mr.mama apatah lagi 10X sedap la diaorang tu... .
Tahniah buat tuan2 empunya resepi...dan tak lupa gak nak minta izin kopi n pes resepi ni... . Dah buat baru nak minta izin kakakakakka..... . Salah cara tu tak gitu, tapi takpa janji minta. Mai pi tengok jadi ka dak mr.mama buat. Kalau sikit2 terpeleot tu biasala 1st time mencuba. Selamat Menjamu Mata....
KEK PISANG MARBLE COKLAT
Bahan-bahan
150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
180g gula halus - hana kurangkan 150g je (mr.mama pun sama)
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah (mr.mama ikut jugak)
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
*semua kak Hana tambah, semua saya ikut termasuk mr.mama sekali