Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, February 3, 2011

Selamat Pengantin Baru......


Ada lagu nak tuju niee.........


SELAMAT PENGANTIN BARU.....Untuk RAJA SEHARI buat IJUN DAN KIMIE yang akan di IJAB KABULKAN pada hari ini tanggal 3 Febuarii 2011. Hari bersejarah untuk adik ipar(pompuan) mr.mama hari ni...... . Tapi yang sedihnya mr.mama n family tak dapat nak balik kampung atas masalah2 yang tak dapat nak mengelaknya.... . Mr.mama n family harap semoga kedua-dua mampelai bahagia menjalani hidup sebagai suami isteri dan tabah menghadapi segala dugaan dalam kehidupan suami isteri....Sedangkan lidah lagi tergigit-P.Ramlee kata... . Semoga kekal hingga akhir hayat..... . Mr.mama n family sentiasa mendoakan.... . Ingat nooo... hampa dua2 dah kawen nie jangan dok ingat SOLO lagi plak...He3x.... .  Kena tutup buku lama....n buka buku baru maaa...... . Ok apa2 pun SELAMAT BERBAHGIA.....

p/s....
KIMIE : Ingat bila tok kadi henjut tangan tu jangan dok gelabah bewak plak...kakakaka....rilekkkkk....Tarik napas lepas, jgn lepas angin plak.....
IJUN : Dah jadi bini orang tu kena jaga LAKI baik2 nooo...... . Syurga dah bertukar dari bawah tapak kaki ibu kepada bawah tapak kaki suami.... .


Wednesday, February 2, 2011

Donut Yogurt


Sarapan pagi dengan donut yogurt, intai kat dapur Mas..nampak cam sedap, gebu semua cukup so pagi ni try laa.... . Memang sempoi la dengan gebunya, lemaknya...pehhh..., tima kaseh la Izah n Mas coz kongsi resepi ni.. . Laju ja anak2 mr.mama makan lepas 1 nak lagi...nak lagi... He3x... . Selamat Menjamu Mata...



Donut Yogurt
Sumber :  IzahVideojug.com
Sumber : Mas

Bahan-bahan :
  • 250 gm tepung gandum
  • 80 gm gula * Mas,Izah dan mr.mama letak 3 sudu makan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 125 ml plain yogurt
  • 1 sudu besar yis segera * Mas,Izah & mr.mama guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
  • 20 gm butter dicairkan
  • * Mas,Izah & mr.mama tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • Minyak masak untuk menggoreng
 Resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara :
  1. Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
  2. Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
  4. Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
  5. Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
  6. Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba! 



Tuesday, February 1, 2011

Ais Krim Goreng LAGI !!!...

Mr.mama hari ni badan tak berapa cantik, rasa lenguh sana...lenguh sini. Masa dok habih merekot kat atas tilam ja... . Kalau bangun pun sebab mandi ngan solat ja . N3 nie  buat semalam, petang tadi baru goreng. Dah penah buat dah kat sini... . Yang lain semua sama ja cuma perisa ja yang lain kali nie... . 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...