Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, January 6, 2011

Kari Ikan VS AYAQ ASAM


Asalamualaikum semua.....

Nyok2 lagi....hahaha....mr.mama nak habiskan stok2 ikan yang ada dalam peti sejuk, nak masukkan ikan yang baru2 pulak. N3 ikan nyok2 nie dah masuk kali ke-2 cuma n3 kali nie mr.mama tambah 1 lagi menu yang mr.mama rasa menjadi kesukaan ramai termasuklah mr.mama n family. AYAQ ASAM !!!!... Selalunya 'guu' dia ikan bakaq ka atau daging bakaq tapi mr.mama makan macam sambal belacan ja. Ok. Selamat Menjamu Mata..

KARI IKAN NYOK2

Bahan-bahan : 

  • 5 ketul ikan nyok-nyok
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 labu bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 1 biji tomato
  • 10 biji bendi
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumis:
  • 1 sudu besar halba campur
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 ulas bawang merah -dimayang
  • 2 tangkai daun kari

Cara :
  1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah yang telah dicampur dengan bahan kisar dan pes asam jawa ke dalam bahan tumis, kacau sebati dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  3. Masukkan tomato dan santan biar sampai mendidih.
  4. Masukkan ikan biar sampai masak, masukkan bendi, bila bendi dah masak boleh tutup api dan dihidangkan bersama nasi putih...




AYAQ ASAM KERISEK

Bahan-bahan :
  • 3 biji cili merah - ditumbuk
  • 10 biji cili padi hijau  - ditumbuk
  • 1/2 inci belacan - ditumbuk
  • 3-4 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1 sudu teh pes asam jawa adabi
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2-3 sudu besar air masak

Cara-cara :
  1. Masukkan cili merh, cili padi dan belacan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk kecil dan letak air dalam lesung batu dan tuang air bekas lesung tu ke dalam mangkuk tadi.
  3. Masukkan semua bahan lain kat atas tuu... dan gaul sebati...siap.


Wednesday, January 5, 2011

Yang Sedang2 Saja




Assalamualaikum......

Jom makan kek cekelat....my peveret kek ni kalau yang ada koko. Buat 1/2 adunan saja sbb kehabisan stok serbuk koko...sukat2 dapat 1/2 cawan saja.... makanya kek pun jadi 1/2 adunan saja la so dapat la yang sedang-sedang saja...... :) .


Kek ni salah satu kek kegemaran keluarga mr.mama yg my wife selalu buat...tapi la ni cuba diambil alih oleh penulis blog..ehem..ehem..tau kan sapa dia...he..he..he...coz baru belajaq hasilnya pun sedang2 saja....tapi mr.mama tetap puas hati sebab my juri aka my son cakap "emmm dapnya" bila kunyah kek nie....:)



KEK COKLAT INANAM

Bahan A:
  • 2 cawan tepung kek (blue key)
  • 1 cawan serbuk koko vanhauten/ tudor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B:
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan gula kastor
Bahan C:
  • 3 biji telur ayam - pukul hingga kembang
 Cara :
  1. Ayakkan semua bahan A dalam bekas, ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan B, pukul sebati.
  3. Masukkan bahan C ke dalam bahan B, kacau sebati.
  4. Tuang sedikit demi sedikit campuran bahan B+C ke dalam bahan A dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit dengan suhu 160 darjah celcius selama 40-50 minit atau hingga masak ikut kesesuaian oven masing2.
  7. Boleh juga dikukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.
TOPPING:
  • 130 gm koko bar
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu teh susu pekat manis
Cara :
  1. Campur semua bahan dalam bekas/periuk kecil, masak semua bahan menggunakan kaedah double boil dan tuang ke atas kek.



    Hari CnP Resepi


    Assalamualaikum.....

    Selamat pagi semua..... apa khabar??? Nie kira macam N3 tertunggak jugak la....sepatutnya mr.mama post petang semalam...tetapi ada urusan yang tak dapat dielakkan..... so terlewat la sikit post walaupun dah siap karang ayat segala....... so layannnn.

    Amacam....ok tak ayam goreng sedap tuu......mengancam jiwa raga bila makan....abis seketui ambik lagi seketui...abis nak ambik lagi.....nak lagi...last2 wife kata..simpan kt org belakang sama ooii....wakaka....
    mai layan gambaq ayam goreng sedap sekali lagi .....yang masih panas dan berasap ...pergh!!!!!


    Oklah, sudah la kan mengarut skit2.....sambung balik,  menu lunch ari ni semua cnp resepi orang...nasi putih ja resepi sendiri wakaka.... :)  Resepi udang mamak dicopy dari blog Kak Nor ...nak tau sejarah salasilah resepi ni...boleh pi rujuk di Secubit Garam. La ni mr.mama cnp di sini untuk tatapan semua. Malas pulak nak taip balik...mintak halal ye Kak Nor dan tuan empunya resepi.....


    UDANG MAMAK by Soda Hikari
    sumber: HanaMemories , K.Rose
    sumber: SecubitGaramNor67




    Bahan-bahan :
    • 1 kilo udang - kalo udang galah, lagi terbaekk... punya
    • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
    • 1 biji bawang besar - cincang
    • 1 biji bawang putih - cincang
    • 1 cm halia muda - tumbuk
    • 1 batang serai - di ketuk
    • 1/2 cawan air/stok ikan
    • 1 susu besar sos tomato
    • 1 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar serbuk kari ikan - k.nor letak 2 sb 
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 senduk gulai cili kisar ~ k.nor letak 3 sb 
    • 2 tangkai daun kari
    • 4 helai daun pandan
    • Garam, gula serbuk lada sulah

    Cara-cara :
    1. Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
    2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
    3. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
    4. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
    5. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
    6. Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.

    **
    K.Nor guna 650gm udang jer dan sukatan bahan2 lain semua ikut resipi.
    Saja tak kurangkan sukatan bahan2 lain supaya dpt lebih gravy.
    1/2 dr perahan jus limau tu k.nor gaul dgn udang dan 1/2 lg k.nor masukkan dlm kuah.

    ***
    mr.mama pun ikut mcm kak  Nor guna udang 700 gm sahaja...... ada kuah lebih




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...