Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, January 2, 2011

Kari Ayam Kerisek


Assalamualaikum semua....

Hari nie, my wife masak kari ayam kerisek, macam dah lama tak makan kari ayam yang letak kerisek ni. So malam tadi mr.mama dah buat kerisek ni.... jadi senang la skit. Jenuh jugak la ketong..ketang..ketong..ketang menumbuk kerisek dengan lesung batu.... nak tradisional la konon....he he he..., mr.mama saja buat extra, yang lebih simpan dalam peti sejuk, mana la tau ada nak buat rendang pulak kan......Buat kerisek sendiri nie rasanya lebih original dan lebih sedap. 


Overall, sedap la my wife masak kari ayam kerisek ni..... pagi-pagi nie...sejuk2 lagi cicah roti..pergh!!! abis semangkuk kari ....ni namanya nak membuktikan betapa sedapnya 'air tangan' isteri tuu (puji ada makna ni ...he..he..he).

Bahan- bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong 8
  • 2 sudu besar kerisek
  • 400 ml air
  • 4 biji kentang
  • 300 ml santan
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu besar garam (@ anggarkan secukup rasa)
  • 1 sudu teh gula (optional)
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu kecil biji ketumbar
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
Bahan tumis:
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan
  • 2 ulas bawang merah -dimayang
  • 1 inci  kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

 Cara masak:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan semua bahan tumis, kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar kacau sebati, masukkan air 400ml, biar mendidih seketika.
  3. Masukkan kentang, ayam dan kerisek, kacau dan tutup periuk, masak dengan api sederhana.
  4. Bila dah pecah minyak, ayam dan kentang pun dah empuk, masukkan cili merah, garam dan gula, kacau skit.
  5. Masukkan santan, masak hingga mendidih dan menggelegak.
  6. Bila dah masak, matikan api....sedia untuk dihidangkan.


Saturday, January 1, 2011

Lapis Roti Berdaging


Salam buat semua...

N3 kali ni  ...iaitu roti lapis daging. Mr.mama buat dengan wife pagi tadi...dia mengidam nak makan. Mr.mama masak inti dia saja....yg lain2 tu wife buat, mr.mama kalau spesis mcm ni kureng minat sikit. Resepi ni my wife ambik kat internet jugak, tapi dia tak ingat dah dari sumber mana.... so diharapkan kiranya tuan empunya resepi terbaca, minta izin cnp di sini....dan terima kasih atas resepi yg mudah dan sedap...


Mr.mama totally ubah resepi intinya, kalau yg asal guna serbuk kari tapi me n family tak berapa gemar mcm tu jadi resepinya seperti di bawah.... Selamat Menjamu Mata dan Mencuba kepada yg sudi....


Bahan A :
  • 15 keping roti 
  • 500 ml susu segar
  • 3 biji telur ayam
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:
  • 500 gm daging cincang
  • 3-4 biji kentang - dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis
  • 1 sudu besar lada hitam *- ditumbuk
  • 1 sudu besar jintan putih *- ditumbuk
  • 1 sudu besar jintan manis *- ditumbuk
  • Daun bawang - dihiris halus
  • Daun sup - dihiris halus
Pesanan mr.mama - bahan yang bertanda * mestilah direndam bersama air panas selama 5 minit. 
    Bahan C:
    • 1/2 - 1 cawan parutan cheese (cheddar)
    • Sedikit butter untuk melenser
       Cara-cara :
      1. Sediakan mangkuk, satukan susu, telur dan garam, pukul hingga sebati.
      2. Masukkan roti ke dalam adunan tadi, hancurkan kesemua roti tadi, ketepikan.
      3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan tumbuk, kacau dan masukkan daging dan kacau sebati.
      4. Masukkan air dan biar mendidih seketika, masukkan bawang dan kentang yang dipotong dadu.
      5. Masak hingga daging dan kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula.
      6. Masukkan cili merah, daun sup dan daun bawang, kacau sebati.
      7. Bila agak kering, matikan api, masukkan dalam mangkuk.
      8. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit butter dan letakkan 1/3 bahagian adunan roti yang dihancurkan tadi.
      9. Kemudian letakkan1/3 daripada inti yang dimasak tadi atas lapisan roti.
      10. Ulangi proses yang sama 2X lagi.
      11. Taburkan parutan cheese.
      12. Bakar selama 40 - 50 minit dengan suhu 170 darjah celcius.


      Sarapan Pagi 1 Januari 2011

      Assalamualaikum....
      Salam 1 Januari 2011....

      1stly sepatutnya mr.mama nak post n3 nie awal pagi tadi tp time nak bagi anak mr.mama tidoq dengan mr.mama pulak out sekali, coz tu yang terrrrrrlambat tu. I'm sorry...... . Mr.mama membuka tirai 2011 dengan nasi lemak halba, resepi ni dari 'tuk wan' masa mr.mama kocik2 dulu la selalu merasa makan nasi lemak letak halba ni.... last week ada terbaca kat blog CMG nasi lemak halba ni... tu yg terpanggil nak buat, teringat nostalgia dulu2 bila makan nasi lemak halba ni.... Resepi ni sesuai untuk family yang kecil atau pun org bujang, sebab bahan dan cara masak yg mudah. Kali ni..mr.mama cuma gandingkan dengan sambal tumis ikan bilis dan telur rebus sahaja. Selamat Menjamu Mata......


      NASI LEMAK HALBA
      (4-6 orang makan)

      Bahan-bahan :
      • 3 cawan beras - basuh dan toskan
      • 3 cawan air
      • 2 sudu besar santan serbuk ( mr.mama gunaa KARA)
      • 1 ulas bawang merah - dimayang
      • 1 ulas bawang putih - dimayang
      • 1/2 inci halia - dihiris nipis
      • 1 batang serai - dititik
      • 2 helai daun pandan - disimpul
      • 1/2 sudu teh halba
      • 1 sudu teh garam
      • 1 sudu besar gula
        Cara-cara :
        1. Masukkan beras yang telah dicuci dan toskan ke dalam periuk.
        2. Masukkan air, santan serbuk dan semua bahan di atas, jgn tertinggal satu pun, kacau sikit la.
        3. Masak atas api sederhana sehingga kering air.
        4. Kacau sikit, kecilkan api, tutup periuk dengan tudung periuk dan biar hingga nasi masak.
        5. Hidangkan dengan sambal tumis ikan bilis atau sambal lain mengikut citarasa masing2. 
        Boleh juga dimasak guna rice cooker, masukkan semua dalam rice cooker 'on' saja la.


        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...