Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Saturday, December 4, 2010

Nasi Goreng Udang Galah



 SARAPAN LEPAS JOGGING......

Salam..........

Hari nie my lovely wife mr.mama tak berapa sihat, jadi sarapan pun ala kadar saja la....., tapi sedap juga. Maklumla bila mr.mama balik dari jogging, perut pun kruk...kruk...kruk...minta di isi. Mr.mama settle bab masak nasi dengan tumbuk bahan tumis, yang selebihnya mr.mama serah kt lovely wife la.... Ringkas dan Sedap. Selamat Mencuba.

Bahan-bahannya :

  • 4 cawan nasi putih
  • 6 ekor udang sederhana besar
  • 2 biji cabai hidup                  -ditumbuk
  • 4 biji cabai melaka               - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih              - ditumbuk
  • 1 sudu besar udang kering    - ditumbuk
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa
Caranya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk dan kacau.
  2. Bila mendidih, masukkan udang, sos ikan, kicap pekat dan garam. Kacau sebati.
  3. Bila sudah pecah minyak dan agak kering masukkan nasi, kacau sebati.
  4. Bila sudak cukup masak, boleh diangkat dan hidangkan.


Friday, December 3, 2010

Roti Goreng



Salam......
Resepi nie di cipta oleh mr.mama lovely mom. Mr.mama pun tah tau mana dia dapat resepi nie, mr.mama copy and paste saja. Rasanya dalam kategori sedap la, air tangan mak mestila sedap kan??.
Selamat mencuba......


Bahan-bahan :
Bahan A (dikisar)
  • 9 tangkai cili kering (kalau suka pedas letak lebih la)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ekor udang sederhana besar
Bahan B
  • 10 keping roti sandwiah dipotong dadu
  • 2 genggam taugeh (agak2 padan la)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak





Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan A, masukkan garam, gula dan tunggu sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan roti sandwish dan gaul supaya sebati.
  4. Buat lubang kecil di tengah, pecahkan telur biar seketika dan kacau sebati.
  5. Masukkan taugeh dan gaulkan sama rata, tutup api.
  6. Siap untuk di hidangkan.










Thursday, December 2, 2010

Lamb Chop Putri Bahang 2nd Edition




Malam nie mr.mama and lovely wife tak ada selera nak makan nasi, jenguk2 dalam freeze ada daging kambing 2 keping balance hari tu. Tilik pi tilik mai terus ja masuk dalam oven buat lamb chop. Mr.mama urus daging kambing, wife buat black pepper sos. Resepi ni asalnya terjumpa di blog ayu Singapore  http://curlybabesatisfaction.blogspot.com , seperti kata ayu boleh adjust ikut citarasa masing2. Jadi dengan bangganya mr mama ada la adjust sikit2.  Berbanyak-banyak terima kasih kepada ayu Singapore kerana berkongsi resepi yang ringkas dan sedap serta memenuhi citarasa mr mama sekeluarga. Minta izin share resepi kat sini tapi versi yang dah mr mama adjust ikut tekak  mr mama, yg asal boleh check disini

Bahan:
  • 1 tin krim cendawan (brand Campbell)
  • 1 biji bawang besar  - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih  - dicincang
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar2
  • 4 sudu besar sos lada hitam (brand life)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 kuib daging knorr
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan kuib daging dan kacau sebati.
  3. Masukkan krim cendawan, kacau dan tuangkan air, kacau sebati dan biar mendidih.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, lada hitam yang ditumbuk, sos tiram dan sos lada hitam, kacau sebati.
  5. Masak sehingga kuah pekat  dan siap untuk dicicah dengan apa2 yang anda suka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...