Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, May 26, 2011

Sayang Kinabalu........

Dah dok kat SABAH nie kena la layan lagu nie.....SEDAP telinga mendengarnya.....hehehe....
Tak caya????.... Cuba layan dulu baru tau...





Menu Orang Diet.......


Nie haaa...salah satu menu mr.mama dalam bulan DIET nie. Kurangkan minyak, lemak dan macam2 lagi benda yg menambahkan berat badan..hehehehe.... Layan je la ya... Selamat Menjamu Mata...

SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan :
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 peket Sup Ikan ADABI
  • 600 gram ikan merah
  • 8 ~ 10 biji bawang merah - dikisar
  • 5 ~ 7 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • 1500 ml air
  • 2 biji kentang
  • 1 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 1 batang seleri
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup & daun bawang untuk hiasan
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan di luar bunjut bersama bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, kentang dan bunjut.
  3. Apabila kentang telah empuk, masukkan ikan, serai, seleri dan tomato. Masak selama 8~10 minit.
  4. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Sediakan untuk hidangan dengan menaburkan daun sup dan daun bawang.
  5. Siap untuk di hidangkan.


Monday, May 23, 2011

Al-Fatihah



Semoga roh-roh mangsa rumah anak yatim Al-Taqwa di cucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. Dan buat keluarga2 mangsa semoga dapat menempuhnya dengan tabah......
Dari mr.mama & family


Thursday, May 19, 2011

Sepagi D Tamu Gaya Street...

ASSALAMUALAIKUM.....

Nie pic yang mr.mama sempat snap kat TAMU di K.Kinabalu, Sabah. Nak tangkap banyak2 pun tak sempat, sebelah tangan dok dukung hero...tambah pulak dengan ribuan manusia dari luar dan dalam negara...SESAK siot. Tengok lah apa yang ada noooo....., ni kiranya baru 1:20 barang2 yang ada di TAMU yang sempat mr.mama snap...korang bayangkanlah banyak ke idaknyeee. Nak Order??.... Boleh..bagitau saja..hehehehe.....
p/s : maap la kalau gambar tak propesional yeee....




































Wednesday, May 18, 2011

Salad Buah


Projek hari nie dari mr.mama...amacam??... . Masih lagi dengan resepi dari buku 'Senangnya Memasak Kerabu & Salad' dari Chef Hanieliza. Minat betul mr.mama dengan masakan dan resepi dari Chef ni, cuma belum ada kesempatan untuk berjumpa...nak ambik sign autograf..hehehehehe... Maklumla Chef dok semenanjung, mr.mama plak dok sabah.....camna nak jumpa... . Insyallah mana nak tau kan satu hari nanti dapat dipertemukan. Oklah jom pakat2 ushar n Selamat Menjamu Mata...


Bahan-bahan :
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • 1 biji mangga (yang sudah masak tetapi keras)
  • 1 biji betik (saiz kecil)
  • 3 cawan yogurt (perisa mengikut citarasa)
  • Beberapa biji anggur merah dan hijau
  • Kismis hitan dan kuning
  • 3 cawan aiskrim vanilla (di tambah sekiranya suka)
Cara membuat :
  1. Potong dadu buah-buahan yang bersaiz besar
  2. Gaul rata yogurt dengan semua bahan.
  3. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
  4. Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan.



Tuesday, May 17, 2011

Salad Telur


Menu ni mr.mama ambik dari buku 'Senangnya Memasak Kerabu & Salad' dari CHEF terkenal, sapa lagi kalau bukan Chef Hanieliza. Senang ja nak buatnya, sesuai la dengan SLOGAN buku tu... . Layan jugak makan dengan nasi atau ratah-meratah saja.Tengok jangan tak tengok...Selamat Menjamu Mata... .

Bahan A :
  • 4 biji telur rebus
  • 1 pokok salad hijau
  • 3 biji tomato
  • 1 batang timun
Bahan B (Untuk Sos) :
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 sudu minyak jagung
  • 1 biji limau kasturi
Cara-cara :
  1. Telur rebus dikupas kulit dan dihiris kasar.
  2. Hiriskan tomato dan timun, kemudian bersihkan salad.
  3. Bancuh semua bahan untuk sos.
  4. Susunkan dalam pinggan dan tuangkan sos yang dibancuh tadi.
  5. Sedia dihidangkan.


Monday, May 16, 2011

Ayam Bakar..Menu Ulangan Lagi!!!...

Ni lagi satu sepatutnya dah keluar kat n3 last week, TAPI....takpa2 mr.mama post lagi sekali untuk tatapan semua. Yang lain semua sama cuma mr.mama taruh 'lenga' sikit. Tau kot apa tu lengan kan..kan... .  Meh nengok lagi sekali walaupun dah berkali-kali mr.mama dah buat..kakakaka....  Selamat Menjamu Mata... .


Bahan2nya :
  • 1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
  • 1 cawan yogurt/tairu
  • 3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
  • 2 1/2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan garam
  • 2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
  • Sedikit perasa jika suka
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3/4 sudu makan campuran  jintan kasar dan halus – ditumbuk
  • 3/4 sudu makan biji  ketumbar – ditumbuk
  • 3/4 sudu makan  lada hitam – ditumbuk
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis
  • 4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
  • 1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan2 di atas.
  2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
  3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
  4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
  5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
  6. Dah SIAP... apa lagi belasah leeee......hehehehe....






Kerabu Kacang Botor

Heran bin ajaib betui...baru2 ni nak hupdate blog tak bleh, apa hal pun tak tau. Mr.mama baru ja buka nak update tapi pelik pulak jadinya. Yang mr.mama dah post seminggu lalu tetiba ja hilang. Kacau bilau betuiiii laaa. Jadi kena la post n3 ni sekali lagi. Bagi yg dah nengok tu pejam mata ja la tapi bagi yang belum lagi nengok tu buka mata luas2 noooo.... Selamat Menjamu Mata...

Bahan A :
  • 20 kacang botor
  • 1 cawan kubis
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji limai kasturi (diambil jusnya)
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar) :
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 sudu makan udang kering

Cara-cara :
  1. Semua sayur dihiris. Basuh dan toskan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, kelapa dan garam ke dalam kuali. Kacau sehingga sedikit kering.
  3. Tutupkan api. Kemudian masukkan semua sayur, gula dan jus limau kasturi.
  4. Sedia dihidangkan.


Wednesday, May 11, 2011

Udang Sizzling

Masih lagi menu udang untuk mr.mama n family hari ni. Buat untuk lunch tadi so maknanya dah habisssss... . Tapi macam tak menjadi saja. Tengok gambar dalam resepi tak sama ja dengan mr.mama buat. Jauh pulak bezanya.....FAIL betul hari ni...kakakaka. Takpa2 nanti cuba lagi. Dalam2 tak jadi pun mr.mama belasah jugak sampai clear, rezeki tak baik nak membazir... . Meh la nengok n Selamat Menjamu Mata...

 

Bahan-bahan :
  • 10 ekor udang - di bersihkan
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 labu bawang merah - dikisar
  • 5 tangkai cili kering - digoreng
  • 10 biji gajus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan stok ayam
  • 1/2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit air
Cara memasaknya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali sekali lagi, tumis bawang besar dan bawang putih yang dikisar sehingga berbau harum.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan, stok ayam, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng bersama cili kering dan gajus. Kacau seketika sehingga kuah pekat.
  6. Angkat. Sedia dihidang dan dinikmati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...