Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, January 31, 2011

Ayam Kashmir DJ


Nie haa..menu lunch mr.mama, request dari my wife...tiba2 ja fon dari opis dia minta mr.mama buat resepi dari blog DapurKu SaYang oleh DJ kita laaa... . Minta izin ya DJ minta cnp... . Rosek2 dalam peti sejuk nasib baik semua bahan ada, cantikla mission completed..... .

Anak2 suka makan coz mr.mama kurangkan sikit kepedasan tu, kalau tak mr.mama balun sorang2 ja la. DJ cerita asalnya resepi nie dari 'Majalah Rasa-Januari 2011', tapi resepi yang mr.mama follow dari gubahan oleh DJ coz ada pilihan 2 resepi kat situ. Selamat Menjamu Mata.....


Ayam Kashmir
sumber : majalah Rasa, Januari 2011

bahan-bahan :
  • 1 kg ayam (dipotong 14)
bahan A :
  • 81 g bawang merah (dihiris)
  • 40 g bawang putih (dihiris)
  • 60 g halia (dihiris)
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 8 biji buah pelaga
  • 4 batang serai
bahan B :
  • 100 g pes tomato
  • 60 g serbuk cili
  • 80 g rempah beriyani
  • 80 g serbuk kari daging
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan gaulkannya. biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, rempah beriyani, rempah kari daging, pes tomato dan asam keping. Biarkan ia masak selama 20 minit.
  4. Masukkan serbuk perasa dan sedia dinikmati.

versi DapurKu SaYang 


bahan-bahan :

  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
bahan A :
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari
bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  4. Hidangkan setelah masak.


Sunday, January 30, 2011

Sambal Sotong "Sinar Kehidupanku"

1stly tima kaseh la Yatie @ Sinar Kehidupanku coz banyak mengeluarkan resepi2 yang menjadi pililhan mr.mama untuk di kopi n pes...He3x... . Mmmm...sebelum terlupa mr.mama nak ucapkan TAHNIAH buat Yatie Sinar Kehidupan coz beliau punya follower dah mencecah 1K oooooo....., banyak tu. Hoyeee...hoyee...Syabas Betee... . Ok berbalik pada n3 hari ni tema dia sotong plak..., request anak pompuan mr.mama suruh buat yang tak pedas2 punya. Terjah punya terjah maka terkeluaq la n3 nie untuk semua. Mai la jengok n Selamat Menjamu Mata..


Bahan-bahan :
  • 1 kg sotong - potong bulat
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 10 ulas bawang merah - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar gula melaka/brown sugar
  • 2 sudu besar air asam jawa pekat
  • 4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • 1 labu bawang besar - potong bulat

Cara-cara :
  1. Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sebentar, angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari.
  4. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
  5. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam.
  6. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
  7. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
  8. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat.
  9. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.
  10. Siap dan boleh dihidangkan.


Merempit Di Tamu Tuaran

Bangun awei hari ni kejut anak2 mr.mama, nak cargas p tamu kat tuaran, sian kata anak2 teketaq-ketaq..sejuk. Tapi bila cakap nak pakai baju cantik ja hilang sejuk2 tu semua...budak2 kalau nak bejalan no.1 la dia. Tamu tu lebih kurang 15km dari rumah mr.mama. Saja nak tukaq angin coz belum penah pegi lagi kat situ, selalu merempit kat K.K ja. Sampai ja orang merenyut serupa semut hurung gula, ingatkan mr.mama antara yang palling awai...takdak maknanya..kakaka... . Adalah spesis2 yang mr.mama x pernak tengok pun, mr.mama terus klik sana  klik sini. Pakat2 la kita perembang tengok..... . 

Ni apatah orang panggil, rasanya belut kot....belut yang siap kena sembelih. Mr.mama tengok ja beli idaknya.

Ikan Tenggiri, tapi mr.mama beli yang longgok kat atas ikan tu saja..pening tokey ikan tu he3x...

Yang ni baru betoi2 1st time mr.mama dengar nama dia, betui ka idaknya. Kalau tokey ikan tu tipu, tertipulah mr.mama nie. Nama spesis ni ikan bawal bulat. Penah dengar ka?.



Saturday, January 29, 2011

Daging Kandaq

Daging lagi n3 @ makan tengahari mr.mama hari ini. Lebih2 daging beli semalam mr.mama buat, tak banyak pun ..dalam 300gram ja. Resepi ni mr.mama cnp kat blog Yatie@Sinar Kehidupanku, mau lagi clear klik kat sini.... . Resepi ni memang sesuai dengan mr.mama n family, maklumlah orang utara katakan..kalau dengan bunyi kandaq2 nie memang feberettss sangat la kiranya. Dari maklumat Yatie, beliau dapat resepi ni dari 'my resepi'. Memang betul kata Yatie....memang SEDAP sangat, berebut mr.mama dengan anak2...hahahaha.... . Minta izin cnp dari empunya resepi yaa.... . Selamat Menjamu Mata....

**mr.mama buat 1/2 daripada sukatan kat bawah....maklumla daging ada 300gram ja... 

Bahan-Bahan :
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Sedikit daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah, masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.
  7. Perasakan dan masaklah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Setelah cukup rasa, bolehlah di hidangkan.
  9. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti


Friday, January 28, 2011

Daging Blackpepper Finland

Menu tengahari mr.mama dengan anak2, wife mr.mama outstesen seminggu stat dari minggu lepas lagi...hari ahad ni baru balik... . Apa lagi mr.mama, long ranger la seminggu heheheh... . P pasar tadi beli daging batang pinang sekilo...mmm...memang ada niat dah nak buat daging blackpepper ni. Terjah kah blog Nieza Finland atau direct to the point kat sini... ,hari tu terpandang n3 daging blackpepper jadi pasang niat nak buatnya...hari ni barulah terlaksana misi. Minta izin cnp ya Nieza...yg kedua plak minta maaf coz derhaka ubahsuai sikit resepi tu.... . Selamat Menjamu Mata...


Bahan-bahan :
  • 500 gm daging lembu potong kecil dan nipis
  • 2 s/b kicap pekat- mr.mama x letak
  • 1 cawan air 
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 s/b lada hitam ditumbuk 
  • 3 s/b minyak untuk menumis 
  • Garam secukup rasa...- mr.mama x letak pun
Bahan yang mr.mama tambah :
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil madu

Bahan tumis dimayangkan/hiriskan
  • 5 ulas bawang merah/kecil
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 labu bawang besar

Cara membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
  2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
  3. Masukkan air, serai, serbuk lada hitam, kicap manis, sos tiram dan madu. 
  4. Masakkan sehingga pekat.


Thursday, January 27, 2011

Nasi Tomato resepihidupku...

Resepi nie dah penah buat sebelum ni tapi tak sempat nak post coz dah boliau, cuma kekdahnya berbeza dan untuk kali ni ada penambahan bahan sikit. Resepi asal masih dari.... siapa lagi kalau bukan TTM, nk lagi tepat klik kat sini.... Cuma kali nie mr.mama ada olah sikit bahan2nya, sebab nak bagi ada kelainan dari yg kami sekeluarga makan 2-3 hari sudah. Kali nie..nasi tomato resepihidupku disajikan dengan ayam ceti (dah post entri lepas), jelatah timun nenas dan papadom (dapat bayang kot nooo...). Sekali lagi minta izin cnp kat TTM ya... Selamat Menjamu Mata.......

Bahan-bahan :
  • 750ml stok ayam (air + 3 kiub stok ayam) 1 kiub ja
  • 500g beras basmathi, cuci bersih, toskan.
  • 2 sm minyak ( samada ghee, canola atau olive oil)
  • 3 biji capsicum - merah, hijau, kuning(hiris)
  • 1/2 cawan sos tomato, 1/2 cwn kismis
  • 1/4 st serbuk buah pala dan kayu manis
  • 1/2 cwn hirisan badam bakar - ommit 
  • mr. mama tambah : 
  • 1 helai daun pandan 
  • 4 sudu susu cair 
  • 1 sudu badam kisar

Cara-cara :

Didihkan stok ayam dalam periuk. Di samping itu panaskan minyak dlm kuali dan goreng beras selama 1 minit. Masukkan sos tomato, serbuk buah pala dan kayu manis serta garam. Kemudian masukkan capsicum dan kismis. Goreng sehingga bergaul rata. Padamkan api dan langsung tuang beras goreng ke dalam stok ayam yg sedang mendidih. Tutup periuk dan masak nasi hingga kembang tapi tak kering. (aku masak dalam rice cooker sampai nasi masak) mr. mama masak sampai nasi masak le....


Wednesday, January 26, 2011

Ayam Ceti...

Resepi dari dapus malus domestica lagi...... nak wat camna, wife mr.mama suka sgt resepi dari TTM nie, lagi detail ??...klik kat sini... . Kalau tak silap mr.mama macam dah abis wife katam blog TTM ni tau.... Resepi ayam nie sedap dan bahan2nya pun mudah, baunya harum sangat... 2 thumbs up. Mr.mama ikut ja dari resepi asal cuma tambah cili hijau dibelah 2..... he..he..he... TTM minta izin cnp resepi kat cni untuk kesekian kalinya.


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - basuh, lumur garam dan kunyit, goreng sampai masak. - mr.mama guna drumet 12 ketui
  • Minyak untuk menumis
  • 1 1/2 sudu kecil jintan halus(aku tak tau manis ke putih..ikut omputih cummin seeds) jintan putih le tuu..
  • Setangkai daun kari - 3 tangkai
  • Satu biji bawang besar, hiris
  • 6 ulas bawang putih ketuk
  • 1/2 inci halia ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar(kisar dgn bawang merah dan bwg putih)
  • 2 sudu besar rempah kari IKAN
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu besar kicap manis
  • Garam gula penyedap rasa
* tambah 2 biji cili hijau - belah 2

Cara-cara :
  1. Tumis jintan ngan daun kari.
  2. Masukkan bwg putih ngan halia. Kacau sampai naik bau
  3. Masukkan cili kisar dan bwg besar. Kacau sampai garing
  4. Masukkan rempah kari ikan, kacau sampai naik minyak
  5. Masukkan sos tomato dan kicap manis. Kacau rata
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan ayam goreng dan kacau rata.
*** nasib baik jadi..... kalau tak kena jual kat ceti pulak mr.mama....he..he..he


Gulai Ikan Talang Masin + Nenas


Gulai kegemaran wife mr.mama nieee.... jauh ikan ni mai, terbang nun dari Kedah guna khidmat POS MALAYSIA.... hai.. kalau dah kempunan sanggup tahap maksima tuu mesti jadi punya.... apa pun gulai ni sedap dimakan bersama ikan belah belakang atau ikan masak sambal tumis, kick la..... 3 pinggan nasi pun licin... tak caya??? cuba la....he.he..he. Selamat Menjamu Mata....


Bahan-bahan :
  • 450 gram ikan talang (bahagian tulang shj) - dipotong, bersihkan dan rendam dgn sedikit garam
  • 1/2 biji nenas masak - dipotong2
  • 250 ml santan kotak + 1/2 cawan air - mr.mama guna brand KARA
  • 3 cawan air
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 sudu makan rempah kari IKAN
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 sudu makan gula
  • Garam tak perlu, ikan dah masin
Bahan tumis:
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili merah - dipotong
  • Sedikit minyak

    Cara-cara :
    1. Bilas ikan yang telah direndam, toskan.
    2. Masukkan dalam periuk bersama dengan rempah ikan, semua bahan kisar dan 3 cawan air, rebus hingga masak.
    3. Masukkan pes asam jawa, gula dan nenas yang telah dipotong. Masak seketika.
    4. Masukkan santan yang telah dicampur air, masak hingga mendidh.
    5. Kacau balik2 dan matikan api, ketepikan.
    6. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang, daun kari dan cili kering hingga naik bau, tuangkan ke dalam periuk gulai tadi dan tutup.
    7. Lebih kurang 5 minit, buka penutup dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.


    Tuesday, January 25, 2011

    Kek Keju Cheddar CMG

    Mmmm...kek lagi dan lagi..He3x... . Kek kali ni dari anjung otai masakan kita la CMG atau lebih detail klik sini.... . Daripada yang mr.mama baca kat n3 tu, CMG kata resepi asal dari "Alex Goh". Minta izin yaa..CMG kopi n pes resepi nie... . Kek ni pun sedap dan kena pada citarasa mr.mama n family. Mr.mama buat operasi semalam, pagi nie wife bawa sikit ke opis untuk kengkawan dia. Selamat Menjamu Mata.....


    Bahan-bahan :
    • 250 g mentega
    • 230 g gula halus
    • 4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g setiap biji)
    • 80 g parutan keju cheddar
    • 280 g tepung gandum*
    • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
    • 100 ml susu segar (mat guna susu cair)
    • 1 camca teh esen vanilla
    Cara-cara :
    1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas minyak dgn mentega. Ketepikan.
    2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Pada speed sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
    3. Masukkan keju dan esen vanilla dan putar hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin dan bakar 40 - 45 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang...


    Hidup = 3 Hari + 2 Nafas

    HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI :
    Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
    Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
    Esok ~ Hari yang belum pasti.

    Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
    Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

    HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS :
    Nafas Naik.
    Nafas Turun.

    Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
    Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
    Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

    Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
    Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
    Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

    HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
    Hidup dalam keredhaan Allah.
    Hidup dalam kemurkaan Allah.

    HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
    Kekal di dalam neraka.
    Kekal di dalam syurga.

    Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
    Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
    Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
    Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

    Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
    Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
    Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
    Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
    Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
    Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
    Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

    Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
    Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
    Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
    Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
    Setemnya akan dihantar kemudian.

    Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
    Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

    Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
    Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
    Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
    Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
    Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
    Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
    Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
    Kita redha Dan Allah meredhai.

    Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
    .. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
    Di dalam rahmat Allah s.w.t.


    Monday, January 24, 2011

    Asalnya........Bluberry Yogurt Butter Cake

    Baking project last night, sambil2 tunggu wife layan drama Trilogi Cinta kat TV1... sempat la siapkan kek ni.... Resepi ni ambik kat sini Miss Angel, tapi sebab takde stok bluberry cake ni jadi la camgini.....mr.mama tukar letak kismis... overall sedap lemak2 tak berapa manis sangat, sedap dingap masa panas2.... boleh cuba kepada yang berminat. Terima kasih kepada tuan empunya resepi ..... miss Angel dan minta izin cnp di sini.


    Ingredients:
    (A)
    125g butter
    1 cup sugar (80% filled)(about 160g-170g)
    (B)3 eggs
    (C) – sift together
    2 cups plain flour
    2 tsp baking powder
    ¼ tsp salt
    (D)
    1 small tub yogurt (125g-150g) + milk = 1 cup OR 1 cup yogurt (either plain or flavoured is fine)
    1 tsp lemon juice (optional)
    (E)1½ cups fresh blueberries

    Method:
    1) Beat (A) till creamy and fluffy.
    2) Add (B), one at a time, mix well before each addition.
    3) Fold in (C) alternate with (D) in 3 to 4 additions, beat till just incorporated. Do not over mix.
    4) Pour the batter in a greased 9"x5" loaf pan.. Arrange (E) on top. Do not press.
    5) Bake in preheated oven at 180C for 50-60 mins or until a skewer inserted and comes out clean (mine was cooked in 55 mins). Cool on wire rack.





    Note:
    1) If I were to make this cake again I will probably add more lemon juice because I like to have it to be a bit tangy. I didn't want to add lemon zest because I didn't want it to overwhelm the blueberries.
    2) I used a non-stick black loaf pan. As heat will be absorbed more quickly with dark colour non-stick surface, I baked at 180C for the first 5 mins and reduced to 160C-155C thereafter. I usually reduce the oven temperature 20C to 25C lower when baking with this pan.

    This cake tasted best the next day. Happy baking!


    Sunday, January 23, 2011

    Chili Crab II




    Ni menu mr.mama tengahari tadi, 'Chili Crab'...dah penah buat dah sebelum ni, menu sampingan tak sempat nak snap dah abis kena ngap, 'Ikan Goreng Tepung'....sedap sbb ikan selar kecik2 tu fresh lagi, beli kat Tamu Tuaran, Sabah. Ketam tuu pun masih hidup lagi... so, layannnn....... menu hari nie dengan menjamu mata......


    Bahan-bahan :
    • 3 ekor ketam
    • 15 biji cili kering - direbus dan kisar
    • 5 ulas bawang merah - dikisar
    • 1/4 inci belacan
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar pes asam jawa
    • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
    • 1 sudu teh gula
    • 1 biji telur ayam - dikocok
    • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
    • Sedikit minyak

    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar hingga garing.
    2. Masukkan sos cili, asam jawa, garam, gula dan sedikit air, masak hingga mendidih.
    3. Masukkan ketam yang telah siap dibersihkan dan dipotong. Gaul sebati dengan kuah dan tutup kuali.
    4. Agak2 ketam dah masak, buka penutup kuali, tuang telur yg telah dikocok, kacau sebati.
    5. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, kacau balik2 , matikan api, sedia untuk dihidangkan.


    Spiral Potato


    Sebelum keluar mr.mama nak share n3 ni. Semalam buat coz terpanggil nak cuba bila tengok kat blog HaNa's FamiLy. HaNa's FamiLy kata kalau nak lebih detail klik SINI.. , mr.mama ingatkan susah rupanya mmm... senang sokmo gitu.. . Alat untuk buat spiral tu ada tapi mr.mama ikut yang cara HaNa's tu ja.   HaNa's FamiLy kata lagi kalau nak tengok video camna cara2 menbuatnya tu klik pulak VIDEO You Tube ni... . Oklah mr.mama dah nak gerak nie..... Selamat Menjamu Mata.....

    Ingatkan dulu susah nak buat camni...rupanya mudah aje....
    crispy n tasty...sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos+mayonis

    kegemaran anak2...dan mak bapak jugak...he..he..he




    Saturday, January 22, 2011

    Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean

    Lunch mr.mama n family hari ni agak istimewa sikit...  Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean .... mr.mama rasa istimewa sbb 1st time buat. Resepi ni copy sebijik@sejibik dari dapur malus domestica @ TTM, mr.mama masak nasi tu 1/2 shj dari resepi asal, kiranya cukup la untuk 4 beranak kami lunch tadi...setambun mr.mama makan, abis...licinnnn!!!  tak rugi mencuba kali ni......  Resepi ni rasa dia ala2 nasi tomato jugak dan amat sesuai untuk penggemar nasi yg ada rasa masam2 skit. Mr.mama gandingkan dengan acar timun campur cili, biasa la kan tekak org malaysia...nak ada rasa pedas2 gak. TTM minta izin cnp resepi kat cni ye... resepi asal boleh tgk kat sini... . Selamat Menjamu Mata......


     Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean 
    ( Resepi Hajjah Suraya Bee M Ibrahim)
    Sedap jugak nasi ni, lain dari lain!
    Bahan A :( Lauk Ayam)
    • 10 kpg ayam* 
    • 1 sm madu* 
    • 1 st serbuk lada putih* 
    • 1 ibu jari halia** 
    • 5 ulas bawang putih** 
    • 3 biji bwg besar** 
    • 1/2 cwn hirisan daun ketumbar 
    • 1 st serbuk ketumbar 
    • 1/2 st jintan putih. 
    • 1/2 st jintan manis 
    • 1 x 140g tin tomato puri 
    • 1 st gula perang 
    • 2 sm tairu, dipukul sebentar 
    • 2 sm badam kisar 
    • 2 sm minyak sapi 
    • garam dan serbuk lada putih. 
    • Perap bertanda* selama 15-20 minit 
    • Kisar bertanda **

    Cara:
    Tumis bahan kisar dalam minyak sapi. Masukkan tomato puri, jintan putih + jintan manis + serbuk ketumbar, gula perang dan hirisan daun ketumbar. Masukkan tairu dan badam kisar, tumis lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan kepingan ayam dan masak sampai 3/4 empuk. Tuang sedikit air di sekeliling kuali utk memudahkan minyak terbit. Tabur garam dan serbuk lada putih.

    Bahan B:( Nasi)
    • 750ml stok ayam (air + 3 kiub stok ayam)
    • 500g beras basmathi, cuci bersih, toskan. 
    • 2 sm minyak ( samada ghee, canola atau olive oil) 
    • 3 biji capsicum - merah, hijau, kuning(hiris) 
    • 1/2 cawan sos tomato, 1/2 cwn kismis 
    • 1/4 st serbuk buah pala dan kayu manis 
    • 1/2 cwn hirisan badam bakar

    Cara :
    Didihkan stok ayam dalam periuk. Di samping itu panaskan minyak dlm kuali dan goreng beras selama 1 minit. Masukkan sos tomato, serbuk buah pala dan kayu manis serta garam. Kemudian masukkan capsicum dan kismis. Goreng sehingga bergaul rata. Padamkan api dan langsung tuang beras goreng ke dalam stok ayam yg sedang mendidih. Tutup periuk dan masak nasi hingga kembang tapi tak kering. (aku masak dalam rice cooker sampai nasi masak)

    Sesudah nasi masak alihkan ke casserol dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan dan sendukkan kuah ayam atas nasi, kemudian aturkan ayam atas kuah. Bakar lagi 15 minit atau sehingga ayam masak. Sesudah masak tabur hirisan badam. Permukaan nasi haruslah garing dan lembab di dalam. Hidang panas.








    Hah !.... Biar Betul.......


    Hmmm... mr.mama baru sampai rumah, biasalah kalau hari minggu ni pegi pasar beli barang dapur sikit. Beli la serba sedikit untuk stok 1 minggu, senang nanti tak la kalut2 lagi dah. Semua barang mr.mama beli harga tu kira okey la, TAPI bab yang 1 ni mr.mama jadi terkezut bewak, beruk, monyet, gajah semua cukup. Nak tau apa.. "bawang 3 serangkai"... YaALLAH mahal siot... . Bawang merah sekilo rm25 - rm30, bawang putih sekilo rm11 dan bawang besar sekilo rm10 - rm15, cuma bawang besar yang warna kuning tu ja sekilo rm4 (harga di pasar K.K).....Mak aiii.... . Apa dah jadi ni..... . Macamana harga bawang boleh naik sampai macam tu sekali aarr... . Tensennnn.....


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...