Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, December 31, 2010

Selamat...Selamat......Selamat.......



SELAMAT DATANG 2011 SELAMAT TINGGAL 2010
MR.MAMA N FAMILY MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011 SEMOGA DI TAHUN BARU INI KITA SEMUA AKAN MENDAPAT APA YANG DI INGINKAN DAN DI BERKATI OLEH YANG MAHA ESA.........AMIN..................

Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru


Pengumuman!!!!..... . Kalau korang ada follower kurang 300
cuba2 la join bloglist ni .
Cuba jangan tak cuba..............
KLIK KAT SINI
'Usaha Tangga Kejayaan'

Mr.Mama Tag : -

Simply Chili Crab

Mari menjamu mata dengan menu simple mr.mama ari nie...... mood nak masak kureng skit hari ni....tapi kena masak jugak sebab mood nak makan tak kureng2 wakaka...... apa pun layannnnnnnnnnnnn. Selamat Menjamu Mata.............


Bahan-bahan :
  • 1.5 kg ketam segar - dipotong 4
  • 20 biji cili kering - direbus dan kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 1/2 inci belacan - dikisar 
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, kacau sebati.
  2. Masukkan gula dan garam, tambahkan lebih kurang 1/2 cawan air, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau sebati biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ketam bila sambal sudah agak garing skit.
  5. Kacau sebati, tutup sekejap kuali hingga ketam masak. 
  6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.


Thursday, December 30, 2010

Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum semua.....

Masakan feberett... anak2 mr.mama, kalau setakat sebelah peha tu lincin sekejap saja. Kat mr.mama hanya tinggal periuk saja tu pun untuk basuh...He3x.... . Kalau nak sedap mr.mama sarankan guna lah kicap cap kipas udang, nie bukan promosi tau....cuma nak menyedapkan resepi nie saja. Selamat Menjamu Mata....

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg ayam - dipotong kecil (garam kunyitkan)
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan kicap manis (adjust ikut selera)
  • 1 biji bawang merah - dimayang*
  • 1 inci kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 kuntum bunga cengkih*
  • 1 kuntum buah pelaga*
  • 1 helai daun pandan*
  • 1 tangkai daun bawang - dipotong pendek2
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diletak garam kunyit hingga separuh masak.
  2. Kurangkan minyak tadi, tumis semua bahan bertanda * hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan kisar, kacau sebati, biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam yang digoreng 1/2 masak tadi bersama kicap, kacau sebati dan biar hingga pecah minyak dan masak.
  5. Masukkan garam dan gula jika perlu. (ikut citarasa masing2)
  6. Masukkan daun bawang, kacau gaul sekejap dan matikan api.


Wednesday, December 29, 2010

Berapa 'Tahil' Berat Blog Anda ????.........

Assalamualaikum semua....

Petang tadi tak dak nak buat reja apa2 mr.mama buatla blogwalking sikit, nak jadi cerita terjumpa la blog C.U.N.A . Mr.mama baca salah satu n3 dan terpanggil untuk share dengan korang semua. Tajuk n3 kat blog blogger kita tu bertajuk ' Timbang berat blog guna kati' jadi bila sampai kt mr.mama jadilah tahil plak. He3x.... . Mr.mama rasa ianya sesuatu yang penting bagi blogger2 untuk mengetahui 'average speed' untuk blog masing2, kalau terlampau banyak sangat letak benda2 macam text2 yang lip..lap...lip..lap, ntah apa2 lagi tu dan macam2 lagi lah akan menyusahkan para2 pengunjung terutamanya yang menggunakan kelajuan internet yang agak rendah untuk memasuki blog kita. Lama2 nunggu kang menyampah jadinyeee, lastly orang malas dah nak ke blog kita. Nie boleh mempengaruhi trafik untuk blog para2 blogger....betul kan...kan..??. Panjang pulak mr.mama bebel..kakakaka........ . Mr.mama pun ada cuba jugak....alhamdulillah setakat sekarang nie blog mr.mama masih di kategorikan dalan situasi 'RINGAN' la lagi...... . Kalau teringin nak mencuba nie haaa IWEBTOOL . Lepas korang masuk site tu klik kat 'Speed Test'.









Alahai...Tak Sama Dengan

Salam semua.....
Projek nie mr.mama buat malam tadi, kiranya projek kali pertama la.....tapi sungguh kecewa... lihatlah dunia....


Resepi nie first time jumpa dari dapur kak zai KL masa gi shopping kat jln TAR, lepas tuu cuti2 sekolah nie melancong ke Jepun singgah kat dapur hana, rupanya resepi asal dari dapur malus domestica TTM di Melbourne..... apa pun trimas kepada semua yang terlibat dalam penghasilan kek ala puding ye ke..atau.. puding ala kek??? mana2 ajalah yang pasti sedap rasanya. Walaupun kejadian kek yg mr mama buat ni agak 'buruk' tapi rasanya sedapppp. Frankly speaking mr mama ni tak reti buat kek, ni yang dok cuba ni, cream cheese tu pun first time beli, jenoh mencari ... nak tanya my wife, dia pun kira gagap la jugak kalau bab2 buat kek ni, gigih salin resepi je dia...ha..ha..ha (jgn marah ye sayang I luv U la).


Jadi dikesempatan ini (gaya bagi ceramah pulak), mr mama nak mintak khidmat nasihat percuma dari sifu2, otai2 yang ada di seantero dunia untuk khidmat nasihat/ memberi jawapan secara percuma kepada persoalan yang merunsing  jiwa raga dengan kejadian kek ni. Soalannya seperti berikut : (haah.. baru soalan, yg panjang berjela tu...intro je....)


Lapisan 1:

mr mama guna resepi eggless chocolate cake, resepi, sukatan dan cara ikut sebijik dari dapur hana, tapi hana buat cantik, mr mama buat kek tuu jadi  'dry' bila potong tak cantik...failed.

Lapisan 2:

mr mama rasa takde masalah dengan lapisan 2 ni, buat dia tiptop dan rasanya pun yummy, resepi pun sebijik dari dapur hana ... pass

Lapisan 3:

yang ni paling mr mama tension, resepi dari dapur hana jugak, tapi kejadian nya tak = hana buat, masalahnya:
  • cream cheese berketul2, walaupun dah dikeluarkana ikut suhu bilik, pukul lama la jugak dgn gula
  • bila masukkan whipping cream tu nak pukul sampai mcm mana? dan berapa lama?
  • rasanya banyak kesilapan teknik yg berlaku kat lapisan 3 ni.... failed
Jadi.....diharapkan dapatlah kiranya sesiapa yang tahu tampil membantu memberi  tunjuk ajar.....

Cucuq Udang Utara


Assalamualaikum semua......

Amacam..??. semua sihat kot.....,harap2 tu semua sihat walafiat.....murah rezeki dan di berkati olehNYA. Preparation buat cucuq nie mr.mama & wife buat dari semalam lagi. Saja ja buat awal sikit kalau tak kalut pulak pagi nie nak buat semua tu. Lagipun kat K.K susah sangat nak cari cucuq udang ala2 utara. Kalau jumpa pun al-maklumlah rasa tu.....shhhh....x berapa nak di terima oleh tekak mr.mama... . Bukannya mr.mama nie memilih orangnya tapi kita dah selalu makan citarasa utara nie paham2 ja la.......nasi kandaq la...pasemboq la... macam2 lagi lah.... . Yang paling best tentang resepi cucuq udang ni mestilah kuah dia, memang kick la... Macam biasa kata2 dari mr.mama. Selamat Menjamu Mata n Selamat Mencuba...., rugi kalau x cuba.....

Bahan-bahan Cucur :
  • 1/2 kg tepung gandum*
  • 1/2 kg udang segar kecil *- dibuang kulit
  • 1 cawan taugeh *
  • 1 cawan kucai* - dipotong 1cm
  • 1 cawan bawang besar* - dicincang
  • 1 cawan daun bawang* - dipotong 1cm
  • 1 biji cili merah* - dihiris nipis
  • 1 biji telur ayam*
  • Gula sesedap rasa*
  • Sedikit air panas + 1 sudu besar garam= air garam
  • Air secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam mangkuk besar, tuang air garam dan air secukupnya, kacau sebati.
  2. Tambah lagi air jika perlu atau sehingga adunan lembut dan agak cair.
  3. Simpan dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan awal 1/2 jam jika hendak menggoreng.
  5. Panaskan minyak, sendukkan adunan cucur dan goreng hingga masak/garing.
  6. Potong 4 dan hidangkan dengan kuah kacang.

Bahan-bahan Kuah :
  • 200 gram kacang tanah
  • 4 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10 biji cili kering*
  • 1 inci belacan*
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • Air panas mendidih

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kacang tanah hingga masak, angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng semua bahan bertanda * hingga layu angkat dan toskan.
  3. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng tadi hingga lumat (kacang tuu biar ada yg kasar2 skit la), masukkan dalam mangkuk.
  4. Masukkan asam jawa garam dan gula.
  5. Tuang sedikit air panas mendidih, kacau sebati, tuang lagi air jika perlu. (kuah mesti agak pekat supaya sedap dicicah nanti.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama cucur udang utara.


Tuesday, December 28, 2010

Udang Masak Rekha



Assalamualaikum.......

Lewat sikit n3 mr.mama hari ni. Banyak reja nak kena buat, nama pun mr.mama...ahaksss, bukan buat reja sangat pun tapi join my hero yg kecil tu buat taik mata dalam erti kata yang senang di fahami 'LENA/TIDUR'. Tidur lambat semalan dok buat blogwalking sikit, biasala blog baru setahun jagung kena la usaha lebih sikit baru orang kenal blog mr.mama nie.....tak gitu. Cukup dah rasa muqadimah tu, kita berbalik pada  n3 tengahari ni. Resepi ni nak habaq bagi keluar spontan ja dari dalam kepala otak. Tak dak ikut mana2 resepi yang dok ada..... . Tu yang nampak bahan2 agak banyak di gunakan tapi rasanya.......mmmm... cuba la dulu baru tau... Selamat Menjamu Mata......

Bahan-bahan :
  • 30 ekor udang segar - bersihkan dan tos.
  • 1 sudu teh jintan manis* -dikisar
  • 1 sudu teh jintan putih* -dikisar
  • 2 sudu teh ketumbar *-dikisar
  • 10 biji cili  kering / 3 sudu besar cili kisar*
  • 2 ulas bawang putih* - dikisar
  • 2 ulas bawang merah* - dikisar
  • 1 sudu teh kunyit serbuk*
  • 2 sudu besar sos cili*
  • 2 sudu besar kicap manis*
  • 1/2 - 1 cawan air
  • 1/4 cawan susu segar (optional)
  • 1/2 cawan daun bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 5-6 biji cili padi (jika suka la)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam / secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara :
  1. Masukkan udang dalam mangkuk dan semua bahan bertanda *gaul sebati. Perapkan selama 1-2 jam.
  2. Panaskan minyak dan butter dalam kuali, masukkan udang sahaja, goreng separuh masak, kemudian baru masukkan baki bahan perap bersama air, masak hingga mendidih.
  3. Masukkan susu segar, kacau sebati dan biar mendidih.
  4. Masukkan bawang besar,  cili padi dan daun bawang putih kacau hingga layu dan matikan api.
  5. Hidangkan dengan nasi panas....sedappp (ikut tekak mr mama la).... licin pinggan nasi tuu...


Monday, December 27, 2010

Sedap......... Tapi Pelik


Assalamualaikum dr mr.mama.....

Jeng...jeng....jeng.... . 1st time mr.mama makan udang spesis ni. Masa kat semenanjung biasa juga makan tapi yang kecil, nama dia Udang Lipan. N3 nie adalah pengalaman pertama untuk mr.mama and family try. Pi pasar pagi td wife mr.mama terpandang la udang kertak tu lalu jatuh cinta nak rasa tapi bila sampai rumah geli pulak dia tengok udang tuu...ha.ha..ha.  Harga sekilo rm20, wife ambik 1/2 kilo ja...habuan nak rasa......dapat la dalam 2 ekor. Kalau nengok dr segi luaran tu memang out la....he3x tp "dont judge abook by it's cover" kata orang. Isinya sedap bangat, lupa sekejap luaran dia yg semacam tuu .....Macam biasa..............Selamat Menjamu Mata....


UDANG KERTAK MASAK LEMAK

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg udang kertak - cuci bersih, toskan
  • 10 ekor udang segar (saiz sederhana) -cuci bersih, toskan
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 cawan air
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 cawan daun bawang putih - dipotong pendek
  • 4 keping asam gelugor
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
 Cara-cara :
  1. Rebus udang kertak sehingga masak bersama sedikit garam dan 2 asam gelugor. Toskan dan keluarkan isinya (perlu hati2 sbb agak tajam sedikit kulitnya tuuu....).
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
  3. Masukkan 1 cawan air bersama serbuk kunyit, 2 asam gelugor dan garam, kacau sebati, biar hingga mendidih.
  4. Masukkan udang segar dan biar hingga masak.
  5. Masukkan santan dan isi udang kertak, kacau sebati biar mendidh.
  6. Masukkan daun bawang putih masak hingga layu dan matikan api.
  7. Sedia untuk dihidangkan..... udang kertak agak pelik rupanya tapi rasanya sedapppp.
nie la nama dia UDANG KERTAK......amacam ada bran..........
selepas di rebus.......untuk nak keluarkan isi
hah..........ni la isi UDANG KERTAK tu................. hilang sudah kegelian my wife nengokkan isi si KERTAK ni...





    Jom Menyorok.........


    LA CUCUQ PISANG

    Salam semua....
    Jom menyorok (kalau orang utara depa paham la, maksud menyorok tu sarapan pagi leee).....sedap ni pekena cucuq pisang panas2 dengan ayaq teh panass (cawan saja lipton, brand teh sabah maklum la dok kat sini..) Jemput2 tauk dalam belanga, kacau pi kacau mai...siap ....dah boleh makan, ini saja la menyorok pagi ni....

    Mr.mama tak letak resepi pun sebab senang sangat ...segan la pulak kan.... so layan gambaq aje la.....




    Sunday, December 26, 2010

    Ayam Masak Lada Hitam Bercili


    Salam dr mr.mama......
    Assalamualaikum semua. Selamat malam semua, n3 mr.mama kali nie berasaskan lada hitam. Sebenarnya dah tinggal bekas saja menu nie coz mr.mama & family dah selesaikan petang tadi. Mr.mama memang suka menu yang ada lada hitam nie. Lagi pedas lagi sedap... Kalau nak rasa 'kesedapannya' tu cuba la. Ok......... Selamat Menjamu Mata........



    Bahan-bahan :
    • 1/4 ekor ayam - dipotong kecil2
    • 1 sudu teh serbuk kunyit
    • 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
    • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 5-10 biji cili padi - ditumbuk
    • 3 sudu besar sos lada hitam (mr mama guna brand life)
    • 3 sudu besar kicap manis
    • 1 biji cili merah - dipotong serong
    • 5 biji cili padi
    • 1- 2 tangkai daun bawang - dipotong pendek2
    • 1 tangkai daun kari
    • Sedikit minyak untuk menggoreng
    • Garam secukup rasa
    Cara-cara:
    1. Perapkan ayam yang telah dipotong dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan semua bahan tumbuk selama 1/2 - 1 jam.
    2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi bersama daun kari hingga separuh masak.
    3. Kurangkan minyak sahaja dari kuali tadi sekiranya banyak sgt (tak perlu keluarkan ayam) dan masukkan sos lada hitam dan kicap manis, kacau sebati, biar mendidih sehingga ayam betul2 masak.
    4. Boleh tambah sedikit lagi garam jika perlu atau belum cukup rasa masin.
    5. Masukkan cili merah yang telah dipotng, cili padi (jika suka) dan daun bawang, kacau sebati, biar mendidih sekejap dan boleh diangkat.
    6. Sedap dimakan panas-panas bersama dengan nasi panas..... terasa kepanasan lada hitam tu...perghh...


    500 BLOG !


    Pencarian Harta Karun Dari Otai Ben Ashaari
    Berminat klik disini....


    • mr.mama nie ayah kepada 2 orang puteri dan 1 putera
    • asal tu orang kedah, merantau ke sabah
    • amat meminati tetapi masih baru lagi dalam dunia blogger nie
    • seorang yg low profile dan amat meminati sukan memancing (hardcore la jugak)
    • tujuan jadi blogger nie adalah untuk mendalami ilmu dalam bidang nie dan berkongsi apa yang mr.mama ada serta mengambil apa yang mr.mama tiada.........
     

    Terima Kasih Semua..........


    Salam dr mr.mama....

    1stly mr.mama ingin mengucapkan JUTAAN terima kasih buat para2 follower dan pengunjung, tak lupa juga kepada otai2 yang sudi menjengah blog mr.mama yang masih setahun jagung lagi. Sokongan daripada anda semua amat2 mr.mama hargai. Semoga para2 blogger dan pengunjung terhibur dan berkongsi dengan apa yang mr.mama sajikan di blog resepihidupku ini..... . Tak sangka pulak follower mr.mama dah menjangkau 100 dalam masa tak sampai 2 bulan sejak blog nie di buka. Insyallah mr.mama akan beri yang lebih terbaik lagi di masa2 akan datang. Tak lupa juga buat my lovely wife yang backup mr.mama dari belakang sejak dari blog ni di buka. Semoga dengan adanya blog nie persahabatan antara mr.mama, follower dan pengunjung lebih rapat lagi. Sekali lagi terima kasih buat semua.................  :) . Hep...hep...Horeeeee.....


    Saturday, December 25, 2010

    Masam + Manis + Masin = Sedap


    Salam dr mr.mama.......

    Hampa semua dah makan ka? (loghat Kedah nooo)...Dah???.....Belum???. Kalau mcm tu boleh la cuba resepi ni. Mr.mama pun ada satu masalah kt sini.......... iaitu intenet. 2...3 hari nie cam slow motion ja, awat tak tau. Takpa2 kita ke-n3 mr.mama hari nie. Belum ada resepi lagi this day, n3 nie set lunch mr.mama n family. Digabungkan pula dengan sayur taugeh dengan telur masin...pehh...... . Gambar tu mr.mama crop sikit, kalau tak nampak la pulak gigi si ikan ni potong stim pulak nanti. Wakakakaka...... Apa2 pun Selamat Menjamu Mata....



    IKAN KERAPU 3M

    • 1 ekor (700 gm) ikan kerapu - digoreng dengan campuran garam dan tepung
    • 2 biji cili merah - ditumbuk
    • 10 biji cili padi - ditumbuk
    • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 1 biji tomato - dicincang dadu
    • 1/2 cawan sos cili*
    • 1/2 cawan kicap manis*
    • 2 sudu besar sos tiram*
    • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
    • Sedikit daun bawang - dihiris nipis
    • Garam secukup rasa
    • Minyak untuk menggoreng
    Cara-cara:
    1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan kerapu yang telah disalut tepung dan garam. Ketepikan.
    2. Tumis semua bahan tumbuk, kacau dan masukkan tomato.
    3. Masukkan semua bahan bertanda * kacau sebati biar hingga mendidih.
    4. Masukkan garam dan bawang besar yang telah dipotong bulat, kacau sebati.
    5. Matikan api dan tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi, sedap dimakan dengan nasi panas.

    SET PELENGKAP MENU




    Masuk Senarai Tu.....


    Terkejut ......

    Tqsm BA kerana menyenaraikan blog mr.mama yang masih setahun jagung sbg top 200 blog dlm list segmen BA. Ramai gak blogger yg terjah blog mr.mama. Terima kasih sekali lagi..... . Mr.mama akan ziarah balas secepat yang mungkin kay...... MR.mama kira bernasib bak la...coz number pun ujung2 ja ( 199 ).





    Ohh.....Lihatlah Dunia


    Salam dr mr.mama.....

    Ha3x. Apa2 pun titlle mesti mau grand. N3 kali nie ofcos tentang award. Xcited sungguh mr.mama nie. Mana taknya, buat julung2 kalinya setelah lebih kurang 2 bulan mr.mama merasmikan blog 'resepihidupku' maka semalam dapat la 'Friendly Blog Award' dr "umar yang cute" . Terima kasih bebanyak la noo...... . Harap2 dapat lagi ahakss...ahakss.... AMIN. Terima Kasih sekali lagi.......           


    1. apa pendapat tentang blog Eita?
        - biru melambangkan kedamaian/peace


    2. tempat yang paling nak lawat?
        - mestilah Makkah

    3. 3 perkara tentang diri anda....
        - cool kot..
        - suka travel agaknya...
        - luv my family

    4. Mr.mama pn nk langgar pantang n nak kasi award ni kat semua..... :D
        sila amek yer kawan-kawan..

    5. Sebabnya mr.mama rasa siapa pun yang terjah blog mr.mama, semuanya my FRIENDS.....

     SILA........OO... SILA........


    Friday, December 24, 2010

    Mari Berpantun.......

    Salam dr mr.mama....

    DARI PERLIS HINGGA KE SABAH
    MERANTAU JAUH MENCARI REZEKI
    SAJIAN ENAK ANEKA PERENCAH
    ITULAH KUETEOW GORENG CILI PADI

    Haa...tuuu dia...... keluaq dah pantun, malam2 ni tetiba nak berpantun pulak, walhal tak reti pun nak pantun, jadi belasah aje la.... nanti mr.mama buat contest 'mari berpantun' untuk semua blogger, tungguuuuuuu....

    Sebelum mr.mama melabuhkan badan2 yang lenguh dan letih nie di tilam empuk mr.mama tu......, nie n3 mr.mama untuk penutup pada malam nie. Resepi nie datang spontan ja coz malas nak makan nasi malam2 nie. Resepi nie nak habaq bagi agak pedas sedikit la kan.....tengok pun dah tau dah, nampak cili padi tercongok kat celah2 kueteow tu. Kata orang tak pedas tu tak cukup syarat la. Apa2 pun Selamat Mencuba........

    tuu dia cili padi  berposing sakan....

    Kueteow Goreng Cili Padi

    Bahan-bahan :
    • 1 kg kueteow - dibasuh dan toskan
    • 1 sudu teh lada hitam
    • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
    • 10 ulas cili padi merah- ditumbuk
    • 1/2 cawan sos cili*
    • 1/2 cawan kicap manis*
    • 1/2 cawan sos OTA-KU *
    • 2 sudu besar sos tiram*
    • 1/2 cawan air*
    • 1 keping dada ayam - dipotong nipis-nipis
    • 10 ekor udang segar
    • 1 cawan kobis - dipotong
    • 2 cawan taugeh
    • Sedikit cili padi
    • Garam secukup rasa
    • Minyak untuk menggoreng

    Cara-caranya:
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan tumbuk dan ayam yang telah dipotong hingga garing.
    2. Masukkan semua bahan bertanda * bersama 1/2 cawan air, kacau sebati dan masak hingga mendidih.
    3. Masukkan udang dan garam secukup rasa, biar mendidih sehingga udang masak.
    4. Masukkan kueteow dan kacau sebati, kemudian masukkan kobis dan cili padi, kacau lagi.
    5. Masukkan taugeh dan kacau sekejap aje, matikan api, siap untuk dihidangkan.

    Hirup Pun Sedap.......


    Salam dr mr.mama....

    Korang dah shoru...ka ?. Kalau tak tu boleh la try2 cuba2 resepi kt n3 nie. N3 lepas2 tu mr.mama guna ikan temenung@kembong tapi kali nie tukar spesis la pulak. Mr.mama guna ikan nyok2 (panggilan semenanjung), kalau di Sabah ni nama saintifik 'Ikan Putih' ahakss...... . Ikan nie kalau fresh (belum kena ais lagi) pehhh.... rasanya manis sangat bukan lah manis cam gula nanti kena diabetes plak........he3x. Apa2 pun selamat mencuba.....

    Bahan-bahan : 

    • 5 ketul ikan nyok-nyok
    • 3 sudu besar rempah kari ikan
    • 1 labu bawang besar - dikisar
    • 2 ulas bawang putih – dikisar
    • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
    • 1 biji tomato
    • 10 biji bendi
    • 2 cawan santan
    • Garam secukup rasa
    • Sedikit minyak untuk menumis
    Bahan tumis:
    • 1 sudu besar halba campur
    • 1 ulas bawang putih - dimayang
    • 1 ulas bawang merah -dimayang
    • 2 tangkai daun kari

    Gulai Ikan Nyok-Nyok

    Cara :
    1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik bau.
    2. Masukkan rempah yang telah dicampur dengan bahan kisar dan pes asam jawa ke dalam bahan tumis, kacau sebati dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
    3. Masukkan tomato dan santan biar sampai mendidih.
    4. Masukkan ikan biar sampai masak, masukkan bendi, bila bendi dah masak boleh tutup api dan dihidangkan bersama nasi putih...


    200 Blog !!!!!!....


    Siap............


    5 Saudara.......


    Salam dr mr.mama......

    N3 mr.mama buat sekian kalinya nie amat2lah MUDAH, SIMPLE, SENANG, CEPAT dan SEMPOI. He3x sekali sekala puji diri sendiri kira ok la tu.... . N3 nie tak la seganas n3 yang lain2 tu, coz nak cepat main campak2, lontar2, baling2....alhamdulillah siap. Oh ya....5 saudara tu??..., biasala yang tertonggek kt atas nasi goreng tu la(udang la apa lagi). Satgi dok ingat Hang tuah 5 saudara plak.... Jauh tu jauh..... ahaksss.... Selamat Mencuba......

     
    NASI GORENG REDAH AJE..

    Bahan-bahan :
    • 4 cawan nasi
    • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 2 sudu besar ikan bilis - ditumbuk kasar2
    • 1 sudu besar pes cili kisar
    • 8 ekor udang segar
    • 2 sudu kicap manis
    • 2 sudu sos cili
    • 1 sudu kecil sos ikan
    • 1 biji telur ayam
    • Garam secukup rasa
    • Sedikit minyak untuk menggoreng

    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan tumbuk dan pes cili kisar, kacau sekejap.
    2. Masukkan semua bahan bertanda * dan kacau sebati, masak hingga pecah minyak.
    3. Masukkan nasi dan kacau sebati (ala2 kat warung siam tu la gayanya...)
    4. Masukkan telur ayam dan kacau lagi hingga masak.
    5. Angkat dan hidangkan dan boleh dingap..nyum..nyum..nyum...........burrppp...
    Alhamdulillah....Rezeki Dari ALLAH


    Thursday, December 23, 2010

    Kari Udang Galah.......


    Nie menu lunch mr.mama sefamili...... kiranya udang ni kategori feveret seisi rumah....sbb tu mcm2 menu dari mr.mama 95% mesti ada terselit udang.... Kari Udang Galah ni makan sekali dengan feveret menu jugak...apa lagi................... ikan belah belakang la..he..he..he... Resepi ikan ni dah ada mr.mama letak di n3 terdahulu, jadi di sini layan gambar ajelah ye.....

     
    Bahan-bahan :
    • 1/2 kg udang segar
    • 200 gm kacang buncis - dipotong pendek2 serong
    • 3 sudu besar rempah
    • 2 ulas bawang putih - dikisar
    • 5 ulas bawang  merah - dikisar
    • 1 cawan santan
    • 1 sudu pes asam jawa
    • Garam secukup rasa
    • Sedikit minyak untuk menumis
    • 1 ulas bawang merah* - dimayang
    • 1 ulas bawang putih* - dimayang
    • 1/2 inci halia* - dimayang
    • 2 tangkai daun kari*

    Cara-caranya:

    1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis semua bahan bertanda * hingga naik bau.
    2. Masukkan bahan kisar bersama rempah dan pes asam jawa, kacau sebati, masak hingga pecah minyak.
    3. Masukkan udang yang telah dibersihkan, kacau sebati, masukkan garam secukup rasa biar hingga mendidih.
    4. Masukkan santan, kacau sebati, masukkan kacang buncis dan masak hingga betul-betul mendidih.
    5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

    Menu Pelengkap.......





    Menu Penyejuk Tekak........


    Salam dr mr.mama untuk pengunjung.....

    Al-kisah n3 kali nie berdasarkan resepi original dr KakWatie kemudian berpindah ke halaman KakZana , melompat pulak ke blog HaNa's barulah sampai kt mr.mama nie. Maklumla budak2 baru belajar, kalau puding tu 'tepeleot' biasala kan..... 1st time buatnyeeee............ apa2 pun tima kaseh bebanyak kt otai2 yang kat atas tu.... . Minta kebenaran cnp ye......akak2 semua.


    Agar-agar Santan Gula Melaka

    Bahan-bahan :
    • 10 gram serbuk agar-agar
    • 1/2 cawan gula merah
    • 1/4 cawan gula putih
    • 1150 ml air
    • 120 ml air campur 1 paket santan serbuk(mr.mama pun guna jenama KARA)
    • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
    • Secubit garam
    • 1 helai daun pandan
    Cara-cara :
    1. Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis).
    2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut.
    3. Kecilkan api kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.
    4. Tuang kedalam acuan yang anda suka.
    5. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.


    Wednesday, December 22, 2010

    Dawn Operation........


    Salam dr mr.mama untuk semua......

    Untuk n3 nie adalah sambungan dari n3 'Agar2 Santan Salju' yang mr.mama & wife pulun dok buat sesudah subuh tadi untuk jamuan kat opis wife mr.mama. My wife selalu masak macaroni cara mcm nie...ikut tekak melayu kalau resepi omputih tuu...tak dapet mr.mama nak telan sgt...maklum la org kampung.... hehehe.... meh layan resepi barat yang telah di 'kampung'kan oleh wife mr.mama. Selamat Mencuba...


    Macaroni Goreng Ala Kampung

    Bahan-bahan :
    • 1 bungkus macaroni - direbus dengan sedikit butter, toskan.
    • 300 gram daging kisar
    • 1 batang carrot -dipotong dadu
    • 1 biji tomato - dipotong dadu*
    • 15 biji cili kering - dikisar
    • 6 ulas bawang putih - dikisar
    • 1 biji bawang besar - dikisar
    • 2 sudu besar lada hitam - dikisar
    • 2 sudu besar sos tomato*
    • 1/2 cawan sos cili*
    • 4 sudu besar kicap pekat*
    • 2 sudu besar sos tiram*
    • 1 sudu besar oregano
    • 1 sudu besar gula*
    • 2 biji telur ayam
    • Garam secukup rasa
    • Sedikit minyak untuk menggoreng

    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan kisar.
    2. Masukkan daging kisar dan kacau sebati. 
    3. Masukkan semua bahan bertanda * dan masak sehingga daging empuk.
    4. Masukkan carrot yang dipotong dadu dan garam secukup rasa.
    5. Masukkan macaroni yang telah direbus dan ditoskan, kacau sebati.
    6. Masukkan oregano dan telur ayam, kacau lagi.
    7. Setelah masak boleh la dihidangkan. Sedap dimakan ketika masih panas.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...