Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, March 5, 2013

Nasi Tomato VS Ayam Masak Merah





Dah pernah buat dah dalam n3 lepas2. Kali ni buat pun tak banyak, 2 mulut saja nak makan. Tp ayam tu kiranya banyak ketui la jugak.....habuan nak ratah. Anak mr.mama yang kecil sekali pun sekarang nia dah makan pedas2 dah. So kerja tu makin mudah la kan...kan...kan. Cakap banyak pun buat kering rengkong ja, apa kata p cuba dulu noooooo............... . 


Nasi Tomato Mr. Mama

Bahan:
  • 4 cup beras basmathi
  • 4 1/2 cup air
  • 1/2 cup susu cair
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar badam kisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji cili hijau -potong 4
Bahan tumis :
  • 1/4 labu bawang besar - dimayang
  • 1 batang serai dititik
  • 4 helai daun pandan wangi - disimpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga


Cara :
  1. Panaskan minyak masak + minyak sapi dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kisar, kacau sebati, biar mendidih. 
  3. Masukkan  air, susu cair, tomato puri, sos tomato, garam dan gula, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan beras, kacau dan masak hingga kering air, kecilkan api, tutup periuk.
  5. Biar hingga nasi masak, tabur cili hijau yg telah di potong  kareh nasi dan matikan api.


Ayam Masak Merah II

Bahan-bahan :

  • 10 ketul paha ayam / kepak ayam
  • 20 biji cili kering - direbus dan dikisar
  • 2 biji cili merah - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 kuib ayam
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
Bahan tumis:
  • Sedikit  kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • 1 batang serai dititik
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kuib ayam, masak sekejap hingga mendidih.
  3. Masukkan paha ayam dan air, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebati, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong pendek2, kacau sebati.
  6. Matikan api dan siap untuk dimakan.

Monday, March 4, 2013

Lapis Cheese with Salted Cheese Biscuit





Dah sarapan ka?.... . Kek cheese kedua, tp yang ni dengan biskut yang kat dalam tu pun dari cheese jugak. Berbeza sikit dari sebelum nie yang guna biskut marie. Saja cuba nak tengok perbezaan rasa macamana. Nak tau beza mana yang lebih sedap kena try buat dua2 skali la.... . Try la noooo......



Resepi ni CnP dari sky blue's Kitchen  tapi diolah ikut citarasa tekak le,  boleh rujuk di sana untuk resepi penuh yang lebih detail. Tqvm pada tuan blog dan tuan resepi ini.

Ini resepi yang telah diolah untuk rujukan mr.mama

Bahan² 

  • 125 gm mentega 
  • 250 gm cream cheese
  • 1 cawan gula aising
  • 170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )
  • 3 bungkus Khong Guan salt cheese crackers - kuantiti biskut bergantung kepada ketebalan setiap lapisan
  • 1 cawan susu segar atau susu jenis lain - tak celup dalam susu.




Cara²
  1. Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu. 
  2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
  4. Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
  5. Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
  6. Ulangi proses No.4 dan No.5 hingga habis.
  7. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah  kepada citarasa masing-masing.
  8. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
  9. Akhir sekali taburkan nestum dipermukaan.
  10. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.

Sunday, March 3, 2013

Butter Prawn 'Basah'



Menu kegemaran sekeluarga..... terutama sekali di kala perut berkeroncong minta diisi segera, jadi menu segera inilah yg paling sesuai. Butter prawn ni sedappp sangat kalau guna udang yang fresh.....selalu sangat dah buat tapi tak sempat snap dah kena ngap... .


Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang sederhana besar (kalau udang fresh lagi cantik la...)
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar mentega
  • 3 tangkai daun kari
  • 1sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat (kalau suka la..)
  • 2-3 biji cili padi (dihiris)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang separuh masak, angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali yang lain, masukkan mentega biar cair kemudian masukkan daun kari.
  3. Bila daun kari agak layu, masukkan susu cair kacau sebati kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biar seketika kemudian masukkan udang yang telah digoreng separuh masak tadi. Masukkan cili padi, kacau sebentar.
  4. Angkat dan hidangkan, sedap dimakan ketika masih panas.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...