Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, August 12, 2011

Tenggiri Masak Lemak...Ala2 Pedas Gitu...


Assalamualaikum.......

Gelak dulu...kakakakaka...., bukannya apa cuma nak bgtau mr.mama masih lagi copy n paste idea masakan DJ@DapurKu Sayang kita leeee.... . Yang lainnya n3 ni DJ guna 'Ikan Kerisi' n mr.mama guna 'Ikan Tenggiri', ikan tenggiri ni lebihan hari tu punya. Kena cepat2 post ni nak p tolong wife masak untuk berbuka hari ini pulak.... . Ok..... Selamat Menjamu Mata...kalau nak jamu perut kena tunggu azan Maghrib dulu...... .
Sumber Inspirasi : DayangJack@DapurKu Sayang

Bahan-bahan kisar :
  • 3 biji cili merah - dibuang biji
  • 4 biji cili padi
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
Bahan-bahan :
  • 5 kepingan ikan tenggiri - dicuci dan toskan
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 kiub pati ikan bilis knor
  • Santan secukupnya
  • Daun kunyit - dihiris
  • Garam
  • Gula
Cara-cara :
  1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan sedikit air, ikan, kiub ikan bilis dan santan. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan garam, gula, asam gelugur dan daun kunyit. Kacau sebati.
  4. SIAP untuk di hidangkan.


1 comment:

  1. assalamualaikum dan salam Ramadhan, sedapnya lauk mr.Mama... ikan tenggiri masak lemak pekena dengan sambal belacan dgn nasi panas2..sedapnye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...