Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, August 10, 2011

Nasi Daging & The Geng


Assalamualaikum.............
 Ada ka yang dah mula buat 'Kuih Raya'?..... . Mr.mama n family asyik dok menghitung hari ja nak BALIK KAMPUNG, maklumlah dah setahun tak balik. Oklah berbalik pada juadah berbuka mr.mama, minggu nie mr.mama asyik serang blog DJ sesaja. This time mr.mama cuba buat 'NASI DAGING + AYAQ ASAM'. Nasi Daging nie memang feberetsss mr.mama kena pulak dengan regu pilihan...AYAQ ASAM, memang lajak terlajak semua cukup. Mr.mama pun terbabas la jugak 2 kali tambah..kakakaka..., nak buat macamana dah SEDAP. All the best la untuk DJ@DapurKuSayang untuk resepi yang KEKABOOMM nie. Mr.mama kopi n pes yeee.... .  

Untuk Hidangan 4 Orang

Bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
Bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 

Bahan Air Asam
Bahan-bahan :
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 8-10 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 cawan air asam jawa (+/-)
  • Sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • Sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara : Satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.







2 comments:

  1. tGK GMBAR PUN DAH LELEH AIR LIUR LUM LAGI MAKAN
    NI .... BILALAH NAK CUBA BUAT LAK NI !!!

    ReplyDelete
  2. CT NOARIZAH : hehehe...takpa ada masa banyak lagi, nanti boleh la cuba.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...