Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, February 17, 2013

Kek Coklat Kukus Munira



Resepi ni mr.mama ceduk dari blog dapurmas. Antara blog yang mr.mama suka 'bw'. Kiranya ramai yang dah buat kek yang marvelous ni antaranya kak nor, hana, kak yati dan ramai lg. Nak cerita panjang pun rasanya ramai dah mencuba keenakan kek nie. Yang bolom cuba tu, mau cuba try buat la kay......



Kek Coklat Kukus Munirah
Sumber : Mas duniaku  
Resepi asal : Puan Munirah Baharom - KR
Bahan :
Bahan A :
  • 1 cawan gula pasir -  dikurangkan 3/4 cawan shj
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :
  • 4 biji telur - diblender - pukul dgn tangan je

Cara membuatnya:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu  kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

Topping suka guna resepi ni. dah ada jugak dlm resepi sebelum ni kat blog ni.

topping :

130 gm koko bar
2 sudu besar butter
1/4 cawan susu cair
1 sudu teh susu pekat manis

campur semua bahan dalam bekas, masak guna kaedah double boil dan tuang atas kek.

5 comments:

  1. Assalamualaikum...kek coklat mmg fv kami sekeluarga..kira peminat tega hee..mmg sdp kek coklat kukus munira ni..akk pun dah cuba...

    ReplyDelete
  2. salam mr mama.. demmam kek cekelat agaknya minggu ni ya.. k.nor pun buat kek cekelat gak.. :)

    ReplyDelete
  3. Sheila Shafeareen : yup....mmg sodap..hahahaha... . feberet anak mr.mama
    yg lelaki tu...

    ReplyDelete
  4. k.Nor : ya ka... tu dh jadi demam pasas dh tu akak..hehehehehe.....

    ReplyDelete
  5. salam..kek ni boleh dibakar tak?
    jika boleh, berapa suhu dan berapa minit?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...