Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, June 5, 2011

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan


Salam dari mr.mama......
Lama betui mr.mama tenggelam, bukan apa pun cuma mr.mama tak dak resepi nak post sebab mr.mama masih lagi dalam program DIET...hehehehe...jadi masak pun yang memang betui2 punya simple macam sayur, ikan rebus, ikan masak asam...macam gitu2 saja..... . Jadi nak post pun rasa macam TAK SESUAI la pulak. Ni mr.mama nak bagitau yang 31hb lepas mr.mama saj la p jalan2 kat PESTA KAAMATAN di Penampang, Sabah. Kebetulan pulak rumah mr.mama dekat sesangat dengan tempat tu, kalau jalan kaki 5 minit dah sampai. Dah 3 tahun kat Sabah ni tak sempat nak pegi, jadi kali ni mr.mama ambil sikit masa p ronda2 dalam KDCA( Kadazandusun Cultural Association), penampang nie.... . Pehhh...memang ramai sesangat orang mai kat PESTA KAAMATAN ni. Tak kira bangsa dan agama.....1 Malaysia la katakan... . adala sikit pic yang mr.mama sempat snap... . Sila la cuci2 mata nooooo...... . Sebelum p cuci mata mr.mama nak cerita la sikit Apa Itu Pesta Kaamatan?

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...