Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, June 28, 2011

Kacang Peas Udang

Lama sesungguh hilang mr.mama ni. Kebelakangan ni bzzzz betul la..... . Dah lama STOP hupdate nak karang ayat pun dah blurrr tahap maksima dah.. . Buah mula ni pelan2 la dok susun ayat. Meh kita tengok resepi ni. Menu yang sangat mudah. Selamat Menjamu Mata..........

Bahan-bahan :
  • 500 gran udang - dibuang kulit
  • 300 gram kacang peas
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang besar - ditumbuk
  • 3 biji cili merah - ditumbuk
  • 1/2 inci belacan - ditumbuk
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 biji tomato - potong 4
  • Sedikit air
  • Garam & gula secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan serai dan bahan yang ditumbuk, masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan air, sos tiram dan kacang peas.
  4. Masukkan udang, tomato, garam dan gula.
  5. Dah siap.........





Sunday, June 5, 2011

Berkelah d Sg. Kibunut......




Sempena cuti PESTA KAAMATAN mr.mama n family ambil peluang ni pegi berkelah di SG.KIBUNUT. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari rumah mr.mama di Penampang. Ni kiranya kali pertama mr.mama p kat situ. Puas jugak la sesat mencari, padahal tak jauh mana pun...kakakaka.... . Tp takpa akhirrrrnya berjaya jugak mr.mama sampai.... . Time mr.mama sampai tu tak ramai lagi coz dalam kategori awal lagi la.... . Lagipin time KAAMATAN ni memang tak ramai, yang pegi kat situ pun time2 PESTA KAAMATAN ni orang2 n family macam mr.mama la....."orang perantauan". boleh dikatakan semua nombor plat kereta yang ada kat situ pun semua dari Semenanjung. Dah masing2 tak tau nak pegi mana, jadi kat situ la semua dok tuju piii.... . Meh la tengok pic yang sempat mr.mama ambik coz sonok sekali sekala layan mandi air terjun ni...kakakaka...... . 





View Sungai Kibunut in a larger map



Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan


Salam dari mr.mama......
Lama betui mr.mama tenggelam, bukan apa pun cuma mr.mama tak dak resepi nak post sebab mr.mama masih lagi dalam program DIET...hehehehe...jadi masak pun yang memang betui2 punya simple macam sayur, ikan rebus, ikan masak asam...macam gitu2 saja..... . Jadi nak post pun rasa macam TAK SESUAI la pulak. Ni mr.mama nak bagitau yang 31hb lepas mr.mama saj la p jalan2 kat PESTA KAAMATAN di Penampang, Sabah. Kebetulan pulak rumah mr.mama dekat sesangat dengan tempat tu, kalau jalan kaki 5 minit dah sampai. Dah 3 tahun kat Sabah ni tak sempat nak pegi, jadi kali ni mr.mama ambil sikit masa p ronda2 dalam KDCA( Kadazandusun Cultural Association), penampang nie.... . Pehhh...memang ramai sesangat orang mai kat PESTA KAAMATAN ni. Tak kira bangsa dan agama.....1 Malaysia la katakan... . adala sikit pic yang mr.mama sempat snap... . Sila la cuci2 mata nooooo...... . Sebelum p cuci mata mr.mama nak cerita la sikit Apa Itu Pesta Kaamatan?

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...